Showing posts with label Kenangan Dalam Wad 2013. Show all posts

Rekod Terbaru!


First time!

Sepanjang 14 tahun deno ada SLE, ini kali pertama deno masuk wad hanya 3 hari! ^^ Sebelum ni, Paling sekejap pun seminggu, tapi kali ni tak sampai seminggu...

Tahun lepas pun sebulan duk hospital, sebab ubat doktor nak masuk ikut line (branula) jugak.. Ubat oral ada tapi nak juga cucuk ikut line.. Ish3.. Mujurlah kali ni sekejap je, kalau lama juga tak merasa la raya tahun ni.. walaupun lewat deno beraya, tapi gembira tu tetap ada ^_^



p/s: pecah rekod! :)


Makan Rendang Lewat Malam

Siang-siang kurang selera... semalam pun muntah2.. maybe sebab kesan ubat. Bila malam, mula la lapar, mujurlah kaklong ada bekalkan rendang dan nasi himpit! :)

makan dalam gelap sebab lampu dah tutup

Pukul 10.30pm je, kak sam (nurse) dah tutup lampu.. Mujurlah ada samar2 lampu utama dekat kaunter nurse tu, dapat juga makan dalam cahaya yang sikit tu.. hehe.. ^^ ma buat rendang daging ni, deno suka makan rendang dengan nasi himpit, dari dulu2 lagi memang macam tu. Deno kurang makan ketupat.

Orang lain malam raya dah rasa rendang, deno lambat sebab tak sihat.. Nak makan pun takde selera, mujurlah sekarang selera dah datang balik ^_^



p/s: alhamdulillah feeling much better :)

Baju Raya Limited Edition!


Limited edition!

"Baju raya" di hospital ni warna hijau, besar macam jubah.. Boleh juga diguanakan sebagai baju untuk menyamar jadi hantu... hehe

Siapa yang nak boleh datang ke hospital, tapi boleh pinjam je la.. sama je la warnanya, hehe^^ Kesian baju raya kat rumah, kak hanna cakap dah siap gosok, tergantung dalam almari bersama tudung. Mesti baju raya deno pelik, kenapa tuan dia tak pakai2 dia.. kesian....



p/s: alhamdulillah deno makin sihat... terima kasih atas doa semua....:)



Cerita Di Emergency Room

Sehari sebelum raya...

Petang tu bernafas dah tercungap-cungap.. dah tak boleh gosok dada, sakit sangat! 


Sampai di unit kecemasan, boleh cakap sikit2 je sebab jadi semput.. terus ditolak dengan wheelchair masuk dalam.. Masuk je, doktor on call suruh baring tapi tak boleh, kalau baring lagi la tak boleh bernafas..  Tarik nafas lagi la sakit, dah macam orang asma dah.. huhu^^

Doktor pulak tanya macam-macam.. deno ni dah semput jawab je la.. Kawal pernafasan slow-slow. Bila sebut ada SLE macam cemas sikit doktor tu, mula la dua tiga lagi orang doktor datang.. Lagi2 diaorang tahu SLE serang jantung deno 2 tahun lepas, jadi diaorang pun risau. Tanya tu, tanya ni, ubat apa, rawatan apa, bala bla dan bla bla. Deno pun amik steroid da lama kan, jadi nak bagi ubat pun mesti hati-hati.. Dalam tu mak ayah tak boleh masuk, jadi patient pandai2 ya jawab soalan doktor

Mula-mula perlu pasang branula.. MO lelaki yang pasangkan, dia nak pasang branula hijau, tapi urat2 deno halus sangat.. Dia tukar branula pink! Phewww.. lega! Branula hijau sakittt! tak suka tak suka... hehe^^

branula pink! less pain! ^^

Kali pertama cucuk tak dapat.. bengkak biru terus! Boleh tahan "sedap". Pastu datang MO kedua tolong buatkan, last2 dapat juga.. Kena cucuk tapi boleh senyum ni sebab dapat branula pink! Ada pula macam tu..? hehe..  Terus masuk ubat.. Emmm, emm.. ubat tu pekat dan sakit bila masuk, deno gosok2 sebab pedih.. Mujurlah nurse kat situ baik je... :)Selepas masuk ubat, terus nurse datang buat ECG pula. Siap ECG, kena buat xray pula.. Adoiii, tak larat betul masa tu. Deno dah lemah sangat, jadi pergi xray dengan katil sekali, tak bangun pun. Dua orang MO tolak katil masuk bilik xray, terima kasih abang MO! Baik dioarang layan deno.. alhamdulillah ^^

Last sekali nak dekat waktu berbuka, tiba-tiba doktor deno, Dr. Zaiha datang.. eh? deno pelik dia ada.. rupanya dia on call.. Dia senyum2 kat deno sambil cakap.. "awak raya kat hospital la dayang..." dia senyum lagi.. Hasil xray deno dapat pneumonia.. Sabar je la, time raya jugak nak sakit


p/s: semua doktor, MO dan nurse di unit kecemasan baik2... alhamdulillah :)




Beraya Di Hospital

Sejarah berulang lagi... tahun in deno sambut raya di hospital
Last deno beraya di hospital ialah pada tahun 2000 ketika SLE sedang sangat aktif


Sakit deno baru-baru ni melarat teruk...

Demam seminggu.. Rasa macam demam biasa je sebab takde pula rasa sakit2 sendi. Lepas tu rasa sakit dada, ingatkan boleh tahan lagi.. boleh pergi hospital lepas raya.. Tapi macam yang selalu terjadi, kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan segalanyanya..

Sehari sebelum raya, deno demam lagi.. Tapi hari tu tiba2 je sakit dada dan rasa sakit nak bernafas, mula tu rasa macam boleh tahan.. Lama2 rasa macam nak sesak nafas, sakit sangat sampai tercungap-cungap.. Last2 decide pergi hospital juga... Deno terus ke emergency sebab tak cukup oksigen

Dah agak, mesti masuk wad! Dr. pakar deno *Dr. Zaiha masa tu yg on call cakap pada deno  "awak kena admit, maybe awak kena pneumonia"

Redha.. deno tak nangis sebab deno dah bersedia untuk ditahan di wad, takpe la raya kat hospital janji sihat :)



p/s: selamat hari raya!!!! ^_^





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum. Deno nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf pada semua pembaca Blog DayangDeno. Deno di hospital dan beraya di hospital sebab sakit. Deno harap Deno cepat sembuh. Mohon doakan kesihatan Deno.

Terima Kasih :)