Showing posts with label Kepentingan Pemeriksaan Kesihatan. Show all posts

Pentingnya Pemeriksaan Kesihatan!

Tanya pada diri sendiri.. korang tahun ini dah buat medical checkup? 

Kebiasaan masyarakat di sekeliling kita ambil mudah tentang kesihatan.. Rasa sihat, rasa kuat.. Jadi rasa tak perlu la buat medical checkup la ya...ish3.. salah tu!


ayat femes..

"aku sihat, buat apa buat medical checkup"

"ala nanti la.... aku busy"

"eii.... takut la pergi hospital.. nanti kena cucuk!"

Ayat2 macam ni sepatutnya tak boleh ada.. Kadang2 dalam sihat kita ada "sakit" yang tersembunyi. Bukan mendoakan sakit tapi medical checkup ni penting!

Boleh tengok kandungan urea, creatinin, gula dalam darah, kolestrol dan macam-macam lagi.. Pastu pemeriksaan tekanan darah, yang ni lagi ramai orang ambil mudah. Tiba-tiba kena strok sebab darah tinggi.. Ada juga yang tiba-tiba kena serangan jantung, kan bahaya tu? 

Paling kurang pun buatlah medical checkup setahun sekali. Kan mencegah itu lebih baik daripada merawat? ^_^



p/s: haaaa!! blood pressure korang hari ni berapa? deno 110/80 , yeay normal! ^_^