Showing posts with label Kesan Steroid. Show all posts

Ikut Hati Malas


Terbaca di surat khabar Utusan.. Ramai belia di negara kita mengambil steroid untuk tampil menarik dan berotot!

Erk.. tak waras ke apa la diaorang ambil steroid? "Kerja gila" ambil steroid semata-mata nak nampak menarik sedangkan kesannya sangat berbahaya... Ianya berisiko boleh mendapat serangan jantung, rosak hati dan darah tinggi..

Macam deno, yang dah ambil steroid (prednisolone) sejak ada SLE, ikut hati malas nak makan ubat tu sebab banyak kesan buruk tapi disebabkan ianya ubat wajib untuk pesakit SLE. amik je la.. Kalau tak amik ubat tu, deno sakit jadi demam panas, satu badan sakit-sakit.. paling tak tahan semua sendi sakit, bangun pagi lagi la seksa .. tak boleh tinggal ubat steroid.. sabar je la :p *setiap pesakit SLE amik ubat ni 

*deno yang sakit ni pun malas nak makan steroid, diaorang yang sihat sengaja cari pasal pulak.. memang tak sayang badan


p/s: mula-mula sakit deno amik steroid 60mg.. alhamdulillah sekarang dos steroid deno hanya 5mg :)



Kenapa Saya Tak Besar

 

Deno kecik?
ramai orang macam tak percaya
deno berumur 23tahun
ada yang kata macam budak sekolah
macam kanak-kanak
sampai ada yang kata deno tipu
tapi deno tak tipu!

tahu tak kenapa deno tak membesar normal?
semuanya kerana steroid!
ubat steroid yang deno ambil ialah Prednisolone

sejak deno sakit SLE.. deno perlu ambil steroid setiap hari
deno makan steroid ni sejak tahun 1999 sehingga sekarang

untuk pengetahuan semua....
kanak-kanak di bawah usia 14 tahun yang mengambil steroid
akan membantut tumbesaran
deno ambil steroid sejak bermumur 10 tahun
sebab tu deno tak membesar seperti biasa
deno tak pernah berhenti ambil ubat ni
kalau deno berhenti.. SLE akan kembali aktif
doc pernah cuba sekat steroid untuk deno dulu
tapi deno jadi sakit....jadi kena ambil jugak..
terpaksa la kan....



p/s: deno da makan steroid 13 tahun



Ketagih?



malam jumaat baru nie deno demam dan sakit badan.... mayb coz deno x makan ubat steroid deno. prednisolone nama ubat tu. deno stat makan steroid ni sejak sakit, nak masuk 10 tahun la... kadang2 deno malas nak makan ubat2 wajib pagi2. ye la... macam xde keje lain, celik je mata pagi2 kena telan ubat, kalau dihitung sejak 10 tahun yang lalu, da beribu-ribu ubat masuk perut deno nie. tu baru ubat prednisolone, tak campur ubat calcium, localtrol, vitamin B,  enalapril, invoril, micardis, amlodipine...... kena makan hari-hari pulak tu!

jadi sakit2 satu badan, demam dan lemah2 sendi kalau x makan steroid tu, nak bangun habis sakit.. tu baru x makan sehari, kesan dia memang 'best' la jugak... padan muka dengan diri sendiri! hihihi... patut la doktor x pernah stopkan ubat nie, memang kesan dia sangat kuat sakitnya kalau x makan steroid tu. jadi macam ketagih pulak!

doktor cakap, memang orang sakit kronik kena makan steroid nie, steroid nie fungsinya untuk melemahkan penyakit atau menidurkan penyakit tu supaya tak aktif.  nenek deno pun pernah makan masa kena asma teruk dulu. tapi yang tak bestnya ubat steroid nie kalau makan banyak, contohnya dalam 6 biji, muka deno akan jadi sangat bulat seperti bola. dulu deno malas makan steroid nie coz kawan2 selalu ejek, muka deno macam doraemon. deno stat makan steroid nie 12 biji, lama2 da kurang coz ada kesan sampingan yang buruk kalau makan banyak dalam tempoh lama. tulang akan cepat reput, mata jadi rabun dan sendi jadi lemah.. masa SLE deno aktif, deno pernah berkerusi roda coz x dapat berjalan. 

deno pun kena minum banyak susu coz tulang x kuat. ubat nie memang wajib makan, tapi kadang2 tu memang malas makan... jemu rasanya.. kalau ma abah tahu deno x makan ubat hari tu, mesti deno da kena ceramah free.. hehehe.. tapi sehari je x makan, lepas sakit2 tu, rasa menyesal x makan...

~ Psst2, jemu makan ubat!