Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

5 Perkara Orang Islam Patut Tahu Berkenaan Kesihatan


Mungkin ada antara kita yang belum tahu.. Apa kata lom baca 5 perkara orang islam patut tahu perkara berkenaan kesihatan :)


1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk. 

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. 

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam. 

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.



**Islam itu mudah  ~~


Berbuka Puasa : Pilih Air Panas @ Berais?

Berbuka puasa.. pilih minuman panas atau berais? 


Bila bukak puasa, rambang mata bila tengok beraneka minuman berais yang dijual kat bazar ramadhan kan^^ Tapi, bagus tak minum ais untuk berbuka puasa? Deno pun kadang-kadang minum minuman berais untuk berbuka, maklum la kan dahaga sangat, bila dapat minum ais tu lega rasanyaaa... Hehehe.. Tapi kan sebenarnya better minum minuman panas untuk berbuka!

Air panas ni dikatakan boleh membantu menjaga metabolisme tubuh dan keluarkan racun yang terkumpul dan seterusnya membantu penurunan berat badan yang optimum dalam bulan puasa ni. Memang minuman panas ni bagus sebenarnya kan? Deno pun selalu baca tentang kebaikan minuman panas tu kat buku-buku kesihatan^^


p/s: suka nescafe gold panas ~


Strok Haba



**Jaga kesihatan diri dan keluarga ya :)


Melompat Kuatkan Tulang!


Suka melompat tak?

Kalau ya bagus! Sebenarnya melompat ni bagus untuk menolong kekuatan tulang! Kalau takde tali pun, lompat macam biasa pun boleh :)

Kenapa melompat boleh kuatkan tulang? Kan kita masa melompat tu, tubuh kita turn dan naik kan.. haaaa...masa kita melompat tu la dapat beri impak dan merangsang kekuatan tulang kita.. jom melompat!


p/s: pastikan melompat di permukaan yang rata.. jangan melompat-lompat tempat bahaya pula, tak pasal-pasal jatuh ... ^_^