Showing posts with label Konvokesyen UiTM. Show all posts

Konvokesyen Saya #Part4 *the day

Taklimat ringkas dah tamat

Sebelum masuk dewan beratur hampir sejam.. fuh, dugaan lagi.. sabar-sabar, takpe la, sekali seumur hidup kan..

Tepat 2.40petang terus masuk dewan Aspirasi.. alahai, terasa diriku amat kecil sekali. Semua graduan tinggi2, besar2, deno? kecilnya..!Tempat duduk deno paling hadapan sebab graduan Faculty Accountancy dahulu yang akan mula-mula dipanggil.

Mula-mula masuk tu, deno dah pening. Sebabnya kat luar dewan panas terik.. masuk dewan sejuk aircond pula.. Bila dah tiba giliran deno dan kwan-kawan, keluar balik tepi dewan beratur sebelum naik pentas. Kat luar panas, pening kepala pun tahan je la...Sampai giliran deno berdebar dup dap dup dap.. tambah pening lagi. Tahan je la.. Alhamdulillah, deno okey je masa naik dan bersalam dengan pro-canselor :)

Dalam dewan dari pening jadi sakit kepala, tahan je.. dah tahu kenapa, sebab keluar masuk dewan.. panas, sejuk, panas, sejuk.. Risau juga jadi migrain, nasib baik tak melarat sakit kepala tu..


Keluar dari dewan, terus dapat bunga.. famili dah tunggu kat depan. Terus kami berpelukan, rasa sebak pun ada.. Banyak perngorbanan ma, abah dan kakak pada deno :')

Bestfriend deno, fatin, pun ada datang dari shah alam. Sanggup fatin datang jauh-jauh untuk konvokesyen deno. Rasa terharu sangat :')Pastu kawan-kawan batch deno yang belajar di UiTM Dungun pun ada sekali.. seronok kawan-kawan lama datang, rasa meriah sangat sebab ramai yang datang! Tak sangka diaorang pun datang :p

Walaupun panas, deno redah je, tak kisah dah ... haha .. Kakngah jadi jurugambar, boleh dikatakan setiap saat dia snap gambar.. banyak betul gambar candid! nak tergelak pun ada ^^ Pukul 5petang, majlis selesai.. Asyik bergambar, tak sedar dah pukul 6petang. Terus deno hantar jubah cepat-cepat sebab nak buat CAPD di Hospital Dungun. Konvo, konvo juga, CAPD jangan lupa! *eh dah macam pantun la!

Okeylah, ramai nak tengok deno berjubah. Nah satu gambar deno 

Syukur pada allah swt diberi peluang merasai pengalaman ini... banyak dugaan nak capai tahap ini.. bila teringat kembali tahun-tahun lepas yang perit, tak sangka tamat juga.. alhamdulillah.. terima kasih pada semua yang sentiasa doakan dan menyokong deno. Thanks for everything! dan pada mr. SLE, sila main jauh-jauh!

*my convo : part1 , part2 , part3



p/s: sakit tekak, selesema, butterflyrash.. penangan konvo semalam... konvo sangat ye dayangdeno :p



Konvokesyen Saya #Part3

Bangun pagi tadi bersemangat betul

Kami bertolak awal ke UiTM Dungun. Majlis bermula pukul 2.30petang tapi sengaja deno nak awal sebab tak mahu rushing.. Kami satu kereta : abah, ma, kakngah, kakobi, deno dan adam khaleef.. adam tak jadi ke tadika, nangis2 taknak ke sekolah sebab nak hantar cikcu konvo jugak... :p Dalam pukul satu lebih sampai.. dah ramai orang, kereta pun sesak. Abah pusing-pusing cari tempat letak kereta.. Alhamdulillah, tiba-tiba ada satu kereta keluar dan rezeki kami, kereta abah dapat tempat yang dekat dengan pintu masuk! ^_^

Cuaca panas, keluar kereta sambil berpayung. Deno je berpayung.. semua orang tengok. Tapi tak kisah la, memang deno tak boleh bawah panas lama-lama, nanti tak pasal-pasal pengsan! Jalan pun hati-hati je, deno mana la biasa kasut tinggi ni, nanti tak pasal-pasal jatuh tergolek! haha ~

Sampai je kat dalam, mata melilau cari geng.. takde sorang pun deno kenal. Ok fine. Terus pakai jubah sebab pukul 2 nak masuk dewan. 


Cuaca sangat-sangat panas hokey. Sampai nak bukak mata pun susah.. memang terik. Boleh pengsan dengan cuaca panas ni, dugaan...

Pastu pindah tempat teduh bawah khemah yang dah ramai orang. Nasib baik kakngah tolong, deno dah blur tahap cipan rasanya. Lepas siap semua, barulah nampak kawan deno, budak junior yang sekelas dengan deno. Ok,lega. Terus kami ke Dewan Bakawali untuk taklimat ringkas sebelum masuk ke Dewan Aspirasi untuk majlis konvokesyen



bersambung...

*my convo: part1 . part2



p/s: seharian hari ni, penat sangat2... harap esok tak demam ...



Konvokesyen Saya #Part2


Baru cuba jubah petang tadi.. :p

Takde buat photshoot pun, hanya cuba2 je.. deno rasa macam tenggelam je badan ni dalam jubah tu.. hihi^^

Konvokesyen  perlu pakai kasut tumit tinggi, deno pula tak suka pakai kasut tinggi ni. Tak pernah ada pun, semuanya sandal dan kasut ballerina. Untuk konvo ni, terpaksa beli kasut tumit tinggi.. tapi tak tinggi mana pun.. ada la dalam 1.5inci, harap jangan jatuh bedebuk dah la... haha ~

Esok deno, ma dan abah akan ke sana awal.. mungkin kakak bertolak lewat sedikit sebab adam khaleef balik tadika 12tengahari.. yang paling excited, bestfriend deno yang satu batch datang dari shah alam untuk majlis kovokesyen deno! OMG! excited nak jumpa bf yang dah lama tak jumpa! ^_^

Hari ni juga, bestfriend deno sejak sekolah, ayucandy dah selamat pun terima ijazah petang tadi.. esok giliran deno pula .. harap semuanya berjalan lancar! :)


*my convo : part1


p/s: ayu, tahniah awak!!! hugS
      


Konvokesyen Saya #Part1

Pertama sekali, alhamdulillah syukur pada allah swt kerana deno berjaya juga tamat diploma setelah banyak dugaan deno tempuhi kerana sakit. 

Deno tangguh belajar sebanyak 4 semester bersamaan 2tahun belajar kerana masalah kesihatan deno *SLE. Walaupun deno ketinggalan dan dah ramai rakan satu batch yang telah tamat degree, deno tetap bersyukur sebab diberi peluang menimba ilmu sehingga tamat.. syukur sangat  *sepatutnya boleh tangguh 2 kali je, tapi canselor uitm beri kebenaran selepas dapat surat dari abah :')

Alhamdulillah, tepat pukul 1.30petang tadi, deno dan abah sampai di UiTM Dungun iaitu kampus utama UiTM di Terengganu untuk pengambilan jubah konvokesyen pada 20mei. Perjalanan kami ambil masa satu jam dari rumah ke sana.. Deno dan abah je, jadi kami berdating dua orang la tadi :p


Sampai je kat sana,  deno dan abah terus jalan pusing-pusing cari blok7 sebab kat situ tempat amik jubah. Student dah ramai sampai, hingar bingar dengan suara gelak tawa. Ada yang jadi model pun ada dengan jubah masing-masing.. pastu siap buat photoshoot dnegan kawan-kawan.. Nampak tak ke"excited"tan student yang bakal berkonvo esok? Deno senyum je tengok gelagat diaorang.. *teringat kawan baik la pulak... sebak kejap T_T

Semua student kat situ dengan kawan-kawan, deno sorang je jalan beriringan dengan abah. Deno rasa dah macam budak darjah satu yang nak daftar masuk kelas dah.. deno je dengan abah :) Jalan-jalan cari tempat tak jumpa, last-last deno tanya sorang student perempuan yang dah ada beg konvo.. thanks for her sebab deno terus jumpa bilik tempat amik jubah tu... ^_^


Orang tak ramai kat situ.. tak perlu beratur pun. Sampai kat kakak tu, kakak tu dengan dahi berkerut dia cakap "dik, maaf ya dik.. saiz XS dah habis, tinggal saiz S je.." sambil tu dia bagi beg konvo kat deno. deno cakap okey, takpe. Sebenarnya rasa cuak jugak, ye la kan deno kecik, tak tahu saiz S tu 'besar mana' kan? 

Then, sebelum keluar nak amik kad dan pelekat dengan sorang abang ni. Lepas dia bagi kad dan pelekat tu, tiba-tiba dia cakap pula kat deno.. "saya rasa saya ada simpan satu baju yang saiz XS, jom ikut saya"

Okey, deno jawab sepatah sambil tersenyum. Dalam hati ni dah berbunga sebab sebenarnya deno nak baju  saiz XS sebab badan deno ni memang dah macam budak darjah6! deno masuk dalam bilik sebelah dengan abang tu, sekejap je dia terus bagi kat deno baju saiz XS tu! Terus deno ucapkan terima kasih pada dia! Masa tu hairan sikit sebab ada je budak yang kecik macam deno kat situ, tapi dia bagi kat deno pula baju tu.. Alhamdulillah rezeki deno :)

Sekejap je, tak sampai setengah jam dah boleh balik. deno tak jadi pergi raptai pukul 3petang tadi sebab masa tu, deno perlu buat CAPD. Jadi, selepas urusan jubah selesai, terus ke Hospital Dungun untuk buat CAPD.. macam biasa la, CAPD kan 4 kali setiap hari.. jadi tadi ke hospital buat CAPD untuk kali ke2 la.. :)


p/s: terima kasih abah hantar dan temankan deno amik jubah.. itulah my abah... ke mana anak bongsunya pergi mesti dia ada... bimbang betul dengan deno ni.. hihi 



:')


esok

ambil jubah dan ada raptai :')














Sidang Konvokesyen UiTM Mei 2013

Konvokesyen dah tak lama..


Tarikh konvo deno jatuh pada 20 Mei 2013 nanti iaitu sidang 4.. petang rupanya... rasa macam tak percaya pun ada.. banyak dugaan bersama SLE dalam tempoh pengajian, setelah 4 semester extend kerana SLE, akhirnya tamat juga... alhamdulillah... :') 

Oh ya, jika anda salah seorang bakal graduan UiTM, anda boleh lihat Sidang Konvokesyen UiTM Mei 2013 anda dengan klik di SINI



p/s: tahniah buat semua bakal graduan! ^_^



Accounting Student

Seronok + gembira + sedih


dikongsi bersama


susah senang


sama2 diharungi


semoga persahabatan yg dibina di sini


akan kekal selamanya....