Showing posts with label LUPUS fighter. Show all posts

Tenanglah Di Sana

To be honest

Deno memang terkejut dengan pemergian seorang rakan seperjuangan Lupus, kak yani.... Baru sahaja saya lihat kak yani sihat2 di facebook, maksud deno kak yani okey sahaja.. Kemudian, dapat berita kak yani masuk hospital dan tiba-tiba di icu.. Dan hari ini, dapat berita kak yani telah tiada.... Sungguh, deno tak sangka.. Namun, Allah lebih sayangkannya..

x x x x x

Buat kak yani.. hilang sudah kesakitanmu kak.. berakhir sudah penderitaanmu.. kekuatan, semangat dan nasihat kakyani takkan dilupakan, kakyani akan terus menjadi inspirasi buat semua pesakit Lupus ... Damailah, tenanglah kakak di sana...

Al-fatihah buat kak Suzalyani binti Zakaria



Tenanglah Di Sana




Baru dapat berita kak ira meninggal dunia semalam..

..........

Kak ira

Dia insan istimewa yang deno kenal sejak zaman kanak-kanak lagi.. Kak ira, kawan sekampung, kawan mengaji kat rumah tokki kang selepas balik sekolah. Deno dan sepupu2 kenal rapat dengan Kak Ira. She never skipped mengaji, dia boleh membaca quran dengan lancar sekali walaupun dia istimewa. Kadang2 tak terasa pun dia berbeza dengan deno dan sepupu2 deno.. Sebab sifatnya yang sangat menyenangkan kami semua.. Setahun lepas deno baru dapat tahu Kak ira didignose dengan SLE/ Lupus. Sakit yang sama dengan deno... Dengar khabarnya, Kak Ira sedang elok2 sihat sahaja, dia demam sehari, admitted sekejap sahaja, Kak Ira sudah tiada... Allah.. tak pernah sangka Kak Ira akan pergi secepat ini.. Terbayang wajah Kak Ira yang bersih itu, dia insan istimewa yang pernah menceriakan deno satu masa dulu, insan yang menjadi inspirasi... Al-fatihah buat Kak Ira, tenanglah Kak Ira di sana... 









Takziah

sumber : fb

Baru dapat berita.... Seorang lagi SLE/Lupus fighter telah pergi mengadap Ilahi.. Alfatihah..... Takziah buat kerluarga arwah ..........................

Al-Fatihah

Sehari dua ni, banyak dengar berita sedih dari kawan-kawan.. teman seperjuangan Lupus fighter telah pergi mengadap Ilahi... Sedih, sebak semua ada...


Paling sedih bila dapat tahu Kak Ros, antara pengidap Lupus yang paling lama bertahan.. Dia lebih banyak dugaan, hari tu last tengok pic kak Ros di atas katil hospital, dia senyum... Tiba-tiba dapat tahu kak Ros dah tiada.. Terkejut plus tak percaya...

Memang sedih sangat, 26tahun kak Ros berjuang dengan Lupus... tetapi Allah lebih sayangkan kak Ros.. AL-FATIHAH

Trust Him

Terkejut

Tak sampai seminggu pun, beberapa hari lepas baru dapat berita seorang rakan Lupus telah pergi mengadap Ilahi setelah lama berada di ICU..  

Hari ni baru dapat berita seorang lagi rakan Lupus teah pergi....

Al-fatihah buat Nurul Huda dan Siti Aminah... Tenanglah kamu wahai teman, terhapus segala kesakitanmu, hilanglah segala deritamu..... Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Aminnn...


Allahu.. sedih dengar berita kawan2 yang telah pergi.... Semoga diri ini diberi kekuatan dalam menghadapi hari2 yang mendatang... In syaa Allah ~~


Dia Lebih Muda

Cerita mengenai SLE. ~

Hanya Allah tahu rasa sakit di usia muda, macam-macam rawatan yang menyakitkan dan banyak perkara yang digemari tak boleh deno buat. Apalah yang diri ini tahu masa tu, bila my mum tak bagi je mesti menangis sebab nak join kawan-kawan berlari, kawan-kawan bersukan tapi deno tak boleh sebab sakit... Mujurlah ada pensil, kertas lukisan dan pensil warna jadi "teman" di dalam rumah dan di hospital ^^

Last year deno dapat tahu ada seorang adik, *dik dina* dapat SLE ketika berumur 6tahun! Mudanya dia menghadapi dugaan... Melihatkan dik dina yang selalu tersenyum, siapa sangka dia sakit SLE , kami sama cuma deno "mendapat" SLE semasa berumur 10tahun :')

dik dina yang ceria

Itulah SLE.. "Menyerang" tak kira siapa.. Betapa bertuahnya deno, sempat merasa nikmat kesihatan 10tahun tanpa perlu makan ubat seumur hidup sebelum sakit. Dik dina pula seawal umur 6 tahun mengidap SLE.. Dia lebih muda... Semoga dik dina tabah dan menjadi seorang Lupus fighter yang paling kuat!!! :)


p/s: dia lebih muda :')


Al-Fatihah Buat Dia...

Dapat berita terbaru di Group SLE (Lupus) Support Malaysia.. Salah seorang rakan SLE baru sahaja "pergi"....


Seorang demi seorang Lupus fighter "pergi"... Mati itu pasti, cuma kita tidak tahu bila masanya.. Semoga kami, pesakit Lupus diberi kekuatan dalam menjalani kehidupan yang akan datang...

Kepada En. Mohd Nor, semoga tabah dan sabar dengan ujian ini... Semoga rohnya dicucuri rahmat


p/s: al-fatihah


Bergerak Ala-Ala JU-ON

Kami pesakit SLE, kebanyakan mesti dapat juga keradangan sendi.. Deno pun pernah kena, bila dah kena, sampai tak boleh jalan! Tadi, di wall kak wanie, SLE patient jugak. Kak wanie sama dengan deno, SLE Lupus Nephritis Class 4, 14 tahun with SLE.

Kak wanie ni orangnya positive :) Betul kakwanie, tak boleh jalan pun, kita merangkak ala-ala "JU-ON" pun dah syukur^^


Heeee... tak pun jalan ala-ala sister ngensot je.. Tapi sambil tersenyum^^ :')


p/s: support Lupus patient :)

Al-Fatihah Buat Syahria Syahira


Baru sahaja dapat berita di Group SLE..

Seorang lagi Lupus fighter  telah "pergi" meninggalkan kita semua.. Rasa macam tak percaya, deno ada chatting dengan dia sebelum ni.. Masa tu white cell blood dia rendah sangat2.. Bila tengok mesej dia, rasa macam arwah masih ada.... Rasa ralat pun ada sebab tak tahu dia di HSNZ sebelum ni...

Allah lebih sayangkannya.. Sama-sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmatNya... amin.




p/s: semoga dia tenang di sana.... ya allah kuatkan semangatku......

AL- FATIHAH Buat Dia.. Lupus Fighter..

Berita pada jumaat lalu di wall group SLE..


tapi dapat berita sedih pula semalam..




p/s: LUPUS is invisible... 


Al-Fatihah Buat Cik Gugel


Dapat berita di group SLE

Seorang lagi rakan SLE pergi meninggalkan kita semua... al-fatihah..



p/s: setiap bulan ada sahaja rakan SLE "pergi" mengadap ilahi.. doakan kami tabah mengharungi kehidupan yang akan datang.. insyaallah.. 

Ramai Yang Tak Sihat.. Mohon Doakan Mereka

Sedih pula rasanya..

Tadi ke SLE/Lupus Support Group Malaysia. Ramai rakan SLE yang tak sihat, sakit ..  rasa risau pun ada..








p/s: take care kawan-kawan...

Al-Fatihah Buat An Mohd Nor


Kebelakangan ini.. ramai Lupus fighter telah "pergi"..

Itulah "dia".. bila "dia" datang, tiada siapa yang boleh menghalang... sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH untuk allahyarham...


p/s: "dia" ialah SLE!

Mohon Doakan Noor Aeliza Shuhada

klik gambar untuk baca kisah Noor Aeliza


Noor Aeliza..
salah seorang rakan seperjuangan LUPUS (SLE).. sekarang adik Noor Aeliza sedang sakit.. marilah sama-sama kita doakan agar adik Noor Aeliza cepat sembuh dan sihat...

buat adik..
semoga adik terus tabah dan kuat.. kakdayang doakan adik cepat sembuh.. :')



p/s: beware of SLE and learn about it!

Ya Allah.. Kuatkan Semangatku..

Dapat berita sedih lagi...


arwah adik Farah Najwa... muda lagi, tak silap deno umur dia 12 tahun..

sejak kebelakangan seorang demi seorang rakan SLE yang telah "pergi"... 
sedih sangat-sangat ..

AL-FATIHAH buat arwah adik Farah Najwa

ya allah.. kuatkan semangatku... T_T ..


p/s:  maaf jika deno tak update dua tiga hari ini ...



Tabahlah


Selamat malam semua :)

tadi deno ada berbual dengan rakan sle..
dia telah 15 tahun mengidap sle.. dan sekarang dia tertekan..



 

hmmm...

deno tahu.. mungkin akak sangat stress.. sebab tu akak cakap macam tu.. 

tapi sabar dan percayalah... semua yang berlaku ada hikmahnya.. redha dan terima sakit kita dengan ikhlas, nescaya kita akan jadi lebih kuat dan semangat melawan sakit kita

deno percaya.. allah swt takkan menguj hambaNYA di luar kemampuan hambaNYA...



p/s: deno doakan akak lebih tabah.. insyaallah.. sama2 kita melawan "dia" yang selalu meyerang kita :')


Beri Dia Ruang


Selamat pagi semua :)

 
semalam baru dapat tahu ada kawan SLE satu wad dengan deno...SLE attack kidney dan sekarang menjalani rawatan HD... masih belum boleh balik sebab SLE sedang aktif... dah sebulan dia di hospital

deno cuba nak cakap dengan dia, tapi dia senyap je... dia tak bercakap langsung... deno senyum kat dia pun dia masam... 

hmm... takpe la... deno faham.. mungkin dia dalam proses menerima penyakit dia..



p/s: mula-mula sakit SLE deno "berkampung" di hospital 4 bulan... macam-macam rawatan sampai pernah putus nyawa.. raya pun di hospital.. kenangan 4 bulan itulah memang tak boleh lupa... ^^


Chemotherapy

            Hish! Mana la lecturer tak masuk2 nie... deno sekarang masih di lab, kelas bel sekejap lagi.. kelas bel habis 4 petang nanti dan abangngah datang amik nanti... tak sabar nak balik! :)

Tahu tak nape tajuk entry deno chemotherapy? Tadi deno singgah di blog chokely... dia baru je buat chemo.. deno harap chokely sabar dan tabah ya... deno juga pernah buat chemo dan tahu rasanya macam mana... tapi chokely kuat, lepas buat chemo chokely boleh terus balik! deno dulu mesti dua tiga hari duk wad baru bleh balik lepas buat chemo sebab badan lemah...

Sebenarnya deno nak ajak korang kenal ngan seorang sahabat blogger yang sakit sle macam deno.. jom ke blog chokely!



~ Psst2, nak balik! :p