Dayang Deno: LUPUS fighter
Showing posts with label LUPUS fighter. Show all posts
Showing posts with label LUPUS fighter. Show all posts

25.12.16

Tenanglah Di Sana
December 25, 2016 4 Comments
To be honest

Deno memang terkejut dengan pemergian seorang rakan seperjuangan Lupus, kak yani.... Baru sahaja saya lihat kak yani sihat2 di facebook, maksud deno kak yani okey sahaja.. Kemudian, dapat berita kak yani masuk hospital dan tiba-tiba di icu.. Dan hari ini, dapat berita kak yani telah tiada.... Sungguh, deno tak sangka.. Namun, Allah lebih sayangkannya..

x x x x x

Buat kak yani.. hilang sudah kesakitanmu kak.. berakhir sudah penderitaanmu.. kekuatan, semangat dan nasihat kakyani takkan dilupakan, kakyani akan terus menjadi inspirasi buat semua pesakit Lupus ... Damailah, tenanglah kakak di sana...

Al-fatihah buat kak Suzalyani binti Zakaria



Reading Time:

26.10.16

Tenanglah Di Sana
October 26, 2016 3 Comments



Baru dapat berita kak ira meninggal dunia semalam..

..........

Kak ira

Dia insan istimewa yang deno kenal sejak zaman kanak-kanak lagi.. Kak ira, kawan sekampung, kawan mengaji kat rumah tokki kang selepas balik sekolah. Deno dan sepupu2 kenal rapat dengan Kak Ira. She never skipped mengaji, dia boleh membaca quran dengan lancar sekali walaupun dia istimewa. Kadang2 tak terasa pun dia berbeza dengan deno dan sepupu2 deno.. Sebab sifatnya yang sangat menyenangkan kami semua.. Setahun lepas deno baru dapat tahu Kak ira didignose dengan SLE/ Lupus. Sakit yang sama dengan deno... Dengar khabarnya, Kak Ira sedang elok2 sihat sahaja, dia demam sehari, admitted sekejap sahaja, Kak Ira sudah tiada... Allah.. tak pernah sangka Kak Ira akan pergi secepat ini.. Terbayang wajah Kak Ira yang bersih itu, dia insan istimewa yang pernah menceriakan deno satu masa dulu, insan yang menjadi inspirasi... Al-fatihah buat Kak Ira, tenanglah Kak Ira di sana... 









Reading Time:

21.12.15

Takziah
December 21, 2015 4 Comments
sumber : fb

Baru dapat berita.... Seorang lagi SLE/Lupus fighter telah pergi mengadap Ilahi.. Alfatihah..... Takziah buat kerluarga arwah ..........................

Reading Time:

16.11.14

Trust Him
November 16, 2014 7 Comments
Terkejut

Tak sampai seminggu pun, beberapa hari lepas baru dapat berita seorang rakan Lupus telah pergi mengadap Ilahi setelah lama berada di ICU..  

Hari ni baru dapat berita seorang lagi rakan Lupus teah pergi....

Al-fatihah buat Nurul Huda dan Siti Aminah... Tenanglah kamu wahai teman, terhapus segala kesakitanmu, hilanglah segala deritamu..... Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Aminnn...


Allahu.. sedih dengar berita kawan2 yang telah pergi.... Semoga diri ini diberi kekuatan dalam menghadapi hari2 yang mendatang... In syaa Allah ~~


Reading Time:

2.5.14

Dia Lebih Muda
May 02, 2014 12 Comments
Cerita mengenai SLE. ~

Hanya Allah tahu rasa sakit di usia muda, macam-macam rawatan yang menyakitkan dan banyak perkara yang digemari tak boleh deno buat. Apalah yang diri ini tahu masa tu, bila my mum tak bagi je mesti menangis sebab nak join kawan-kawan berlari, kawan-kawan bersukan tapi deno tak boleh sebab sakit... Mujurlah ada pensil, kertas lukisan dan pensil warna jadi "teman" di dalam rumah dan di hospital ^^

Last year deno dapat tahu ada seorang adik, *dik dina* dapat SLE ketika berumur 6tahun! Mudanya dia menghadapi dugaan... Melihatkan dik dina yang selalu tersenyum, siapa sangka dia sakit SLE , kami sama cuma deno "mendapat" SLE semasa berumur 10tahun :')

dik dina yang ceria

Itulah SLE.. "Menyerang" tak kira siapa.. Betapa bertuahnya deno, sempat merasa nikmat kesihatan 10tahun tanpa perlu makan ubat seumur hidup sebelum sakit. Dik dina pula seawal umur 6 tahun mengidap SLE.. Dia lebih muda... Semoga dik dina tabah dan menjadi seorang Lupus fighter yang paling kuat!!! :)


p/s: dia lebih muda :')


Reading Time: