Showing posts with label Lawak. Show all posts

Akibat Suka Menyibuk



hahahaha .. santai awal pagi
sumber daripada whatsapp group :p



Lebatkan Rambut?

http://www.emocutez.com

Selamat petang semua :)

Hujan pula petang ni... okeh, petang-petang yang sejuk ni kan... deno nak kongsikan tip untuk melebatkan rambut. Bagi korang yang ada masalah rambut  gugur atau tak berpa nak nampak rambut tu kan... jangan risau, deno ada penawarnya!

  

Tips ni sangat mudah! 

Tips 1
Korang pakai je la rambut palsu..

Tips 2
Tumbuk halia, gaul dengan garam kemudian sapu

Tips 3
Sapukan minyak bijan pada rambut.

Tips 4
Korang mandi dalam hujan lebat, nanti rambut pun boleh lebat.

Tips 5
Bertapa di bawah pokok rambutan yang lebat buahnya, rambut pun akan lebat nanti.

Tips 6 
Baja rambut dengan baja organik..

Tips 6
Ambik gambar kepala korang, then edit guna komputer bagi lebat..


senang kan? hikhik



p/s: deno suka rambutan :)


Problem Is Masalah

http://www.emocutez.com

Selamat malam semua :)

Malam ni kita cerita pasal masalah. hmm.. setiap orang daripada kita ni kan, mesti ada masalah.. tak kira masalah apa... 

Haaaaa... kalau korang ada masalah, mesti korang ada problem. Kalau korang ada problem, mesti korang ada masalah... Kalau korang takde problem, mesti korang ada masalah... 


 

ish3... problem betul masalah ni... (mengarut malam2...hikhik)

Orang lain tutup mata.. jerit macam nak tercabut anak tekak bila tengok cerita hantu.. tapi korang boleh tidur pulak.. siap ngigau jadik hantu!

Orang lain sampai kering air mata melalak nangis tengok cerita sedih... korang pulak boleh gelak sampai guling-guling tengok pelakon menangis.

Orang lain punya la menjerit sampai muntah-muntah naik roller-coaster.. tapi korang ni belum turun lagi dah niat nak naik sekai lagi sebab tak puas.

Orang lain marah bila tengok nenek tua kena ragut.. ada yang siap sumpah seranah kat peragut tu.. korang pulak asyik fikir kenapa peragut tak meragut rumput macam kambing selalu buat.

Orang lain ketawa berdekah-dekah tengok cerita lawak.. yang korang tetiba naik angin dengan pelakon lawak tu..

Orang lain sampai nak pengsan bau kentut korang... yang korang selamba je macam takde apa-apa..


p/s: entry mengarut sebelum tengok bola.. portugal vs spain! jom nyanyi... when i get older i will be stronger.. they call me freedom.. just like a waving flag... and then it goes back.. and then it goes back..ooOOooo.. ooOooo... lalalalala..... ^_^





Kalau Binatang Ada Facebook


            Petang nie sangat sunyi.. Tak tahu kenapa, bosan betul rasanya hari nie. Kejap lagi, deno nak turun ke unit nefro dengan ma untuk buat dressing. Emm.. boleh juga sedut udara luar... Jom hilangkan bosan... ^_^

Kalau lah binatang ada facebook... agak-agak apa status mereka..?



Cicak : Tuan rumah baru beli raket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ malam nie..

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang buro! Alhamdulillah....

Aedeas : Baru je selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam : Tidaaaaaaaakkkkk!! Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau disembeliiiiihhhh!!!

Cicak : Hwaa... Isteriku tersepi pintu... :(

Kucing betina : Anak I yang ke 5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa... I sendiri lupa bapaknya siapa!

Ayam : Kawan2.. kalau esok guwe tak update... kererti guwe sudah digoreng... I love you all.. jangan lupa 
buat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk : Siot! Sekali drug addict gua hentam. Gua positive HIV AIDS... uwaaaaa....

Cicak : Mau ke bilik air anak tuan rumah jap... baru beli videocam baru...

Kucing : baru add awek rumah sebelah... keturunan PARSI tu....!!!







KETAWA itu SIHAT(5)



Kencing Masam Lebih Teruk


Pada suatau hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan, seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama. Lelaki muda menyapa, "Pok cik ni sakit gapo?"
   "Kecing manih. Lamo doh..." Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya. "Tu bakpo pulok?" "Kecemase"
"Ohhhh... kecing mase lebih teruk dari kecing manih.. "

Kantoi

Suatu hari, Salmah ingin ponteng sekolah. Dia menelefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.


Salmah  : Hello, adakah itu cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?
Cikgu    : Ya, saya..
Salmah  : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu    : Ok.. Ok...er.. boleh saya tahu siapa yang sedang bercakap?
Salmah  : Emak saya...

(^_^)

ORANG-ORANG Yang Tak Suka Cuti Sekolah


     Cuti sekolah menjelma lagi.... Tapi bukan semua orang suka. Ada jugak beberapa golongan yang tak suka bila tiba cuti sekolah. Berikut adalah hasil temu bual....

AHMAD RAMZAN (kerani aka despatch sekolah)
"Memang la saya nie kerani sekolah, hari2 saya datang sekolah tapi bila sekolah cuti saya kena kerja macam biasa. Mana tak bengang bila tengok cikgu lambai-lambai tangan bila last day sekolah."

MOHD RAZAK (tukang kebun sekolah)
"Baru 2 hari pakcik tak datang kerja orang ingat sekolah nie zoo. Kalau pakcik cuti sekali masa cuti sekolah konpem la sekolah nie jadi hutan. Semua pakcik kena buat, tanam pokok,cabut pokok, siram pokok.."

MAKCIK TEMAH (owner kantin sekolah)
"Makcik nie orang meniaga, budak2 sekolah tu la yang beli kat makcik. Sekarang sebulan diaorang cuti, makcik nak buat apa? Takkan makcik yang jual, makcik nak beli balik..? Err... kau nak apa2 tak?"

SUKRI SAAT (driver bas sekolah)
"Sebulan diaorang cuti, sebulan saya takde kerja. Ye la, takkan la saya nak jadikan bas saya nie bas awam, siapa yang nak naik? Nak bawak teksi saya tak tau jalan, saya tau jalan nak pergi sekolah je.."

SUPARJO MARJO (penjual aiskrim di luar sekolah)
"Dah budak2 nie cuti, siapa lagi mau beli aiskrim dari wak? Tukang kebun? Jaga sekolah? Diaorang kalau beli semuanya nak berhutang. Budak sekolah nie kalau beli diaorang bayar cash. Tu yang wak tak suka cuti sekolah nie."

BIBIK (pembantu rumah)
"Waduh pak, bikin pingin saya pak... udah dikemas kotor lagi. Mana boleh pak, saya manusia bukan robot asik mau kemas segalanya. Maka pak, saya tak suka bila ada cuti sekolah. Biar terusan sekolah saya suka pak... tolong ya pak, tahun depan jangan bikin cuti sekolah lagi..."

~ Psst2, deno suka cuti sekolah (^_^)

ALASAN Lelaki Berambut Panjang

Apakah sebab musabab ada sebahagian lelaki menyimpan rambut cam pompuan...?

http://www.emocutez.com

  • Untuk membuktikan yang identiti berambut panjang bukan milik kaum hawa sahaja.
  • Konfiden paras rupa akan kelihatan melampau-lampau hensem.
  • Konon nak sesuai dengan kerjaya, biasa berlaku di kalangan orang seni.
  • Boleh buat fesyen macam-macam, nak ikat, tocang, bercekak, xde yang pandang pelik.
  • Terpaksa untuk memuaskan hati kapel yang suka imej lelaki berambut panjang.
~ Psst2, deno tak suka lelaki berambut panjang! (^_^)

ETIKA Menghadiri Kenduri Kahwin

     Jika anda dijemput ke majlis perkahwinan sangatlah elok jika korang hadir. Tetapi jika korang hadir dengan perangai yang tidak berapa elok seperti di bawah nie, tak hadir pun lagi elok..
  • Pakai pakaian yang sesuai, ini kenduri kahwin bukan party Halloween.
  • Walaupun korang kebulur janganlah tunjuk sangat kelaparan korang. Jangan potong barisan masa amik nasi, makan pun ala kadar je la. Ingat sikit kat orang lain..
  • Jangan cuba2 mengorat tukang bagi bunga telur ataupun mengorat pengantin itu sendiri.
  • Dah nama kenduri kahwin, jangan nak minta yang bukan-bukan pula. Makan je la apa yang orang bagi. Jangan nak komplen-komplen majlis orang.
  • Jangan sesekali menyamar jadi tuan rumah dengan harapan tetamu akan 'salam hulur' dengan korang.
  • Sekali lagi jangan menyamar sebagai pengantin dengan niat hanya semata-mata untuk makan beradab dan duduk atas pelamin seperti main kahwin2...

~ Psst2, deno suka ikut mak pergi kenduri... (^_^)

KETAWA itu SIHAT(4)

....sambungan ketawa itu sihat3


KATOK

Pada suatu hari terdapat satu pergaduhan  antara Nik yang berasal dai Kelantan dengan Amir yang berasal dari Kedah. Pergaduhan ini berlaku semasa mereka sedang study dalam bilik mereka. Tiba-tiba, seekor lipan melintas di hadapan Amir lalu terjadilah pergaduhan antara mereka berdua

Nik   : Amir, katok tu!
Amir :  mana ada katak
Nik   : Buke katok, lipe..
Amir : Hang nie, mana ada katak!
Nik   : Bukenye katok, lipe tu!!
Amir : Hang nie. Aku dah kata tak dak katak..
Nik   : Kawe kata katok!

Pergaduhan itu berterusan sehinggalah lipan itu pergi entah ke mana. Akhirnya selamatlah lipan itu daripada diketuk oleh Amir....

BUSUK

     Aziz adalah seorang pemandu bas. Setiap hari dia  akan membawa penumpang ke destinasi sekitar Shah Alam danKL. 
   Nak dijadikan cerita, satu malam jumaat ada seorang pakcik tua terbongkok-bongkok naik bas yang dibawa Aziz. Pakcik tu itu mempunyai rupa yang amat bengis . Semasa pakcik tua itu duduk di bangku bas, pakcik tua itu asyik menunduk aje,  x pernah pandang depan. Aziz pun dah tegak bulu roma.
     Tiba di selekoh yang sunyi, Aziz terbau sesuatu yang sangat busuk. Tiba-tiba pakcik tua itu memegang bahu Aziz. Aziz terkejut dan menggeletar. bila Aziz menoleh ke belakang , pakcik tua itu tersenyum lalu berkata," Maafkan pakcik nak... pakcik terkentut... " Rupa-rupanya bau busuk itu ialah bau kentut pakcik tua itu..

AIR PANAS.. SEJUK..

Pada suatu petang, seorang pemuda masuk ke dalam sebuah restoran untuk hilangkan dahaga...

Pelayan  : Ya encik, mahu minum apa?
Pemuda : Bagi saya air teh..
Pelayan  : Panas atau sejuk?
Pemuda : Hmmm.... kalau sejuk berapa harga? kalau teh panas?
Pelayan  : Kalau teh sejuk RM1.50.. kalau teh panas RM1...
Pemuda : hmmm... bagi saya teh panas satu..
Pelayan : Okey! Tunggu sebentar ya...

Selepas 2 minit, pelayan itu pun sampai dengan teh yang panas. Pemuda yang kehausan tadi dengan serta-merta minum air teh yang panas tadi sehingga tinggal separuh.. Pelayan itu sangat terkejut dan bertanya kepada pmuda itu

Pelayan  : Encik! Kenapa minum terus mcm tu... kenapa tak tunggu sekejap bagi air sejuk sikit....
Pemuda : Eh, buat apa nak tunggu sejuk? nanti kalau teh ni sejuk, tak pasal2 kena bayar seringgit setengah!!
Pelayan  : ??????


TANDA-TANDA Korang Tak Pandai Masak

http://www.emocutez.com

SATU :
Peti sejuk korang sarat dengan makanan sejuk beku yg sememangnya yang siap sedia dimasak, tinggal panaskan dalam oven jew.

DUA :
Perkara utama yang dibuat untuk memasak ialah mencari orang gaji.

TIGA :
Korang masak air dan tak tahu macam mana nak tahu air tu dah masak ke belum sebab rasanya masih sama je..

EMPAT :
Korang masih rujuk buku resepi walaupun menu yang sama pernah dimasak dah berulang-ulang kali dan korang disahkan tidak mengidap penyakit nyanyuk ker atau yang sewaktu dengannya.

LIMA :
Nak potong bawang punkorang terpaksa berfikir-fikir berpuluhan kali. nak potong bulat ke, tegak ke, melintang ke, kulit nak kupas ke atau tak...

http://www.emocutez.com

Aduiiii....... yaiii!!
tata (^_^)

Jawapan Selamat SMS


http://www.emocutez.com
Bukan taknak balas tapi ada sebab tertentu atau terlupa maka alasan lambat membalas mestilah relevan agar sesuatu perhubungan tidak renggang... Antara kat bawah nie, agak2 korang yang mana satu,,? heeeee (^_^)

KALAU YANG SMS TU ADALAH MAK ATAU AYAH

ALASAN :"Maaf la mak, ayah.... henpon dlm beg tadi. Ni baru teringat nak call tapi mak & ayah dah  SMS dulu"
SEBENARNYA : Tidur sampai pukul 12tengahari  pasal tu lambat balas SMS mak dan ayah.

KALAU YANG SMS TU KAPEL

ALASAN :"Bateri henpon habis, charger pulak tertinggal kat opis.Ni baru lepas pegi amik, lepas charge terus balas SMS awak."
SEBENARNYA : Keluar tengok wayang dengan kapel lain, takut kantoi henpon di'off'kan.

KALAU YANG SMS TU KETUA PASUKAN

ALASAN :"Petang tadi masa aku on the way nak pegi training ada orang kena langgar, betul-betul depan aku. Aku tolong hantar ke hospital, henpon kat rumah tak bawak nak SMS bagitau. Sori ye."
SEBENARNYA : Takde siapa pun kena langgar, saja malas nak pegi training. lepak kat rumah tengok DVD baru beli....

KALAU YANG SMS TU ABANG KANDUNG

ALASAN :"Tadi tu dalam bilik kuliah, henpon silent moe, mana dengar nak angkat, kalau dengar pun tak boleh nak angkat nanti kena rampas, SMS lagi la...Pasal tu la tak balas. Ni pun balas pasal break 10 minit sebelum tukar pensyarah lain."
SEBENARNYA : Tak angkat dan tak balas SMS pasa duk dating dengan kapel. Kalau abang tau la tak pegi kuliah mau kena terajang..

KALAU YANG SMS TU MEMBER

ALASAN :"Tadi aku sedang solat, tu yang lambat reply SMS engkau tu.. Sori ya.."
SEBENARNYA : Bukan solat pun, duk sibuk tengok drama indon...

~ Psst2, banyaknya alasan... ish3... 

Apa nama KO????

 
Ini da besar konpem jadi raja untuk org2 jawa nih
Jowo pun jowo lah, janji rowk!!
Ada lagi.........


OK!! Sah peminat lagu2 Ajai nih! Mesti Ajai bangga giler!
Ni satu lagi....


Ni pulak peminat Ning baizura la nih!
Takut kena bayar royalti punya pasal, ubah ckit jadi la...