Dayang Deno: Lawak
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

30.11.10

ORANG-ORANG Yang Tak Suka Cuti Sekolah
November 30, 2010 12 Comments

     Cuti sekolah menjelma lagi.... Tapi bukan semua orang suka. Ada jugak beberapa golongan yang tak suka bila tiba cuti sekolah. Berikut adalah hasil temu bual....

AHMAD RAMZAN (kerani aka despatch sekolah)
"Memang la saya nie kerani sekolah, hari2 saya datang sekolah tapi bila sekolah cuti saya kena kerja macam biasa. Mana tak bengang bila tengok cikgu lambai-lambai tangan bila last day sekolah."

MOHD RAZAK (tukang kebun sekolah)
"Baru 2 hari pakcik tak datang kerja orang ingat sekolah nie zoo. Kalau pakcik cuti sekali masa cuti sekolah konpem la sekolah nie jadi hutan. Semua pakcik kena buat, tanam pokok,cabut pokok, siram pokok.."

MAKCIK TEMAH (owner kantin sekolah)
"Makcik nie orang meniaga, budak2 sekolah tu la yang beli kat makcik. Sekarang sebulan diaorang cuti, makcik nak buat apa? Takkan makcik yang jual, makcik nak beli balik..? Err... kau nak apa2 tak?"

SUKRI SAAT (driver bas sekolah)
"Sebulan diaorang cuti, sebulan saya takde kerja. Ye la, takkan la saya nak jadikan bas saya nie bas awam, siapa yang nak naik? Nak bawak teksi saya tak tau jalan, saya tau jalan nak pergi sekolah je.."

SUPARJO MARJO (penjual aiskrim di luar sekolah)
"Dah budak2 nie cuti, siapa lagi mau beli aiskrim dari wak? Tukang kebun? Jaga sekolah? Diaorang kalau beli semuanya nak berhutang. Budak sekolah nie kalau beli diaorang bayar cash. Tu yang wak tak suka cuti sekolah nie."

BIBIK (pembantu rumah)
"Waduh pak, bikin pingin saya pak... udah dikemas kotor lagi. Mana boleh pak, saya manusia bukan robot asik mau kemas segalanya. Maka pak, saya tak suka bila ada cuti sekolah. Biar terusan sekolah saya suka pak... tolong ya pak, tahun depan jangan bikin cuti sekolah lagi..."

~ Psst2, deno suka cuti sekolah (^_^)

Reading Time:

20.11.10

ALASAN Lelaki Berambut Panjang
November 20, 2010 2 Comments
Apakah sebab musabab ada sebahagian lelaki menyimpan rambut cam pompuan...?

http://www.emocutez.com

  • Untuk membuktikan yang identiti berambut panjang bukan milik kaum hawa sahaja.
  • Konfiden paras rupa akan kelihatan melampau-lampau hensem.
  • Konon nak sesuai dengan kerjaya, biasa berlaku di kalangan orang seni.
  • Boleh buat fesyen macam-macam, nak ikat, tocang, bercekak, xde yang pandang pelik.
  • Terpaksa untuk memuaskan hati kapel yang suka imej lelaki berambut panjang.
~ Psst2, deno tak suka lelaki berambut panjang! (^_^)

Reading Time:

16.11.10

ETIKA Menghadiri Kenduri Kahwin
November 16, 2010 5 Comments
     Jika anda dijemput ke majlis perkahwinan sangatlah elok jika korang hadir. Tetapi jika korang hadir dengan perangai yang tidak berapa elok seperti di bawah nie, tak hadir pun lagi elok..
  • Pakai pakaian yang sesuai, ini kenduri kahwin bukan party Halloween.
  • Walaupun korang kebulur janganlah tunjuk sangat kelaparan korang. Jangan potong barisan masa amik nasi, makan pun ala kadar je la. Ingat sikit kat orang lain..
  • Jangan cuba2 mengorat tukang bagi bunga telur ataupun mengorat pengantin itu sendiri.
  • Dah nama kenduri kahwin, jangan nak minta yang bukan-bukan pula. Makan je la apa yang orang bagi. Jangan nak komplen-komplen majlis orang.
  • Jangan sesekali menyamar jadi tuan rumah dengan harapan tetamu akan 'salam hulur' dengan korang.
  • Sekali lagi jangan menyamar sebagai pengantin dengan niat hanya semata-mata untuk makan beradab dan duduk atas pelamin seperti main kahwin2...

~ Psst2, deno suka ikut mak pergi kenduri... (^_^)

Reading Time:

14.11.10

KETAWA itu SIHAT(4)
November 14, 2010 4 Comments
....sambungan ketawa itu sihat3


KATOK

Pada suatu hari terdapat satu pergaduhan  antara Nik yang berasal dai Kelantan dengan Amir yang berasal dari Kedah. Pergaduhan ini berlaku semasa mereka sedang study dalam bilik mereka. Tiba-tiba, seekor lipan melintas di hadapan Amir lalu terjadilah pergaduhan antara mereka berdua

Nik   : Amir, katok tu!
Amir :  mana ada katak
Nik   : Buke katok, lipe..
Amir : Hang nie, mana ada katak!
Nik   : Bukenye katok, lipe tu!!
Amir : Hang nie. Aku dah kata tak dak katak..
Nik   : Kawe kata katok!

Pergaduhan itu berterusan sehinggalah lipan itu pergi entah ke mana. Akhirnya selamatlah lipan itu daripada diketuk oleh Amir....

BUSUK

     Aziz adalah seorang pemandu bas. Setiap hari dia  akan membawa penumpang ke destinasi sekitar Shah Alam danKL. 
   Nak dijadikan cerita, satu malam jumaat ada seorang pakcik tua terbongkok-bongkok naik bas yang dibawa Aziz. Pakcik tu itu mempunyai rupa yang amat bengis . Semasa pakcik tua itu duduk di bangku bas, pakcik tua itu asyik menunduk aje,  x pernah pandang depan. Aziz pun dah tegak bulu roma.
     Tiba di selekoh yang sunyi, Aziz terbau sesuatu yang sangat busuk. Tiba-tiba pakcik tua itu memegang bahu Aziz. Aziz terkejut dan menggeletar. bila Aziz menoleh ke belakang , pakcik tua itu tersenyum lalu berkata," Maafkan pakcik nak... pakcik terkentut... " Rupa-rupanya bau busuk itu ialah bau kentut pakcik tua itu..

AIR PANAS.. SEJUK..

Pada suatu petang, seorang pemuda masuk ke dalam sebuah restoran untuk hilangkan dahaga...

Pelayan  : Ya encik, mahu minum apa?
Pemuda : Bagi saya air teh..
Pelayan  : Panas atau sejuk?
Pemuda : Hmmm.... kalau sejuk berapa harga? kalau teh panas?
Pelayan  : Kalau teh sejuk RM1.50.. kalau teh panas RM1...
Pemuda : hmmm... bagi saya teh panas satu..
Pelayan : Okey! Tunggu sebentar ya...

Selepas 2 minit, pelayan itu pun sampai dengan teh yang panas. Pemuda yang kehausan tadi dengan serta-merta minum air teh yang panas tadi sehingga tinggal separuh.. Pelayan itu sangat terkejut dan bertanya kepada pmuda itu

Pelayan  : Encik! Kenapa minum terus mcm tu... kenapa tak tunggu sekejap bagi air sejuk sikit....
Pemuda : Eh, buat apa nak tunggu sejuk? nanti kalau teh ni sejuk, tak pasal2 kena bayar seringgit setengah!!
Pelayan  : ??????


Reading Time:

1.11.10

TANDA-TANDA Korang Tak Pandai Masak
November 01, 2010 12 Comments
http://www.emocutez.com

SATU :
Peti sejuk korang sarat dengan makanan sejuk beku yg sememangnya yang siap sedia dimasak, tinggal panaskan dalam oven jew.

DUA :
Perkara utama yang dibuat untuk memasak ialah mencari orang gaji.

TIGA :
Korang masak air dan tak tahu macam mana nak tahu air tu dah masak ke belum sebab rasanya masih sama je..

EMPAT :
Korang masih rujuk buku resepi walaupun menu yang sama pernah dimasak dah berulang-ulang kali dan korang disahkan tidak mengidap penyakit nyanyuk ker atau yang sewaktu dengannya.

LIMA :
Nak potong bawang punkorang terpaksa berfikir-fikir berpuluhan kali. nak potong bulat ke, tegak ke, melintang ke, kulit nak kupas ke atau tak...

http://www.emocutez.com

Aduiiii....... yaiii!!
tata (^_^)
Reading Time: