Showing posts with label Libman-Sack-Endocarditis. Show all posts

Libman-Sack Endocarditis

      
            Mesti pelik kan bila baca tajuk entry kali nie. Deno pun pelik sebenarnya, dengar pun tak pernah... Korang pernah dengar atau baca tak tentang Libman-Sack Endocarditis?? Deno dapat tahu tentang perkara ini daripada odc pakar jantung deno.

Dua hari lepas deno jumpa pakar jantung untuk buat eco, doc cakap problem kat jantung deno mungkin bukan problem jantung biasa. Ini kerana ubat yang doc beri masa deno 6 minggu kat wad tu, tak beri kesan yang banyak. Doc cakap lagi, kemungkinan penyakit SLE yg deno hidapi selama nie menyerang jantung deno pula, doc cakap ia dipanggil Libman-Sack Endocarditis. Dua bulan lagi, baru doc boleh sahkan SLE atau tak....

Deno cari kat google tentang Libman-Sack Endocarditis tu, tapi tak berapa faham sangat. Semalam deno chat dengan pakar SLE, dia beritahu ia sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Deno tergamam dan rasa terkejut sangat.. Sedih ada, takut ada... Macam-macam perasaan yang datang... Mungkinkah umur deno tak lama dan deno tak sempat nak hidup lama....


Deno berharap apa yang doc akan beritahu dua bulan nanti bukanlah berita yang buruk... I hope................