Dayang Deno: Lupus
Showing posts with label Lupus. Show all posts
Showing posts with label Lupus. Show all posts

29.1.18

Nothing Can Do
January 29, 2018 10 Comments
Dua minggu yang lalu..
Deno ke Kuala Lumpur lagi untuk check up. Pada yang belum tahu apa yang berlaku.. deno pernah update kat sini  >> KLIK <<

Sooo..  Hasil check up and eye review..

Nothing can do with my left eye coz masalah melibatkan saraf.. Mata kiri deno tak nampak bila oksigen tak sampai pada mata.. Buat masa sekarang memang, tak dapat buat apa-apa. Doc ada nasihatkan deno supaya jaga kesihatan, jaga SLE supaya tak kembali aktif.. Masalah mata ini, salah satu sebabnya juga dari SLE, so perlu jaga betul-betul. Korang tahu sahajalah kan, SLE bila ia aktif boleh rosakkan apa sahaja organ kita.. Deno redha.. tapi pada masa yang sama deno percaya, Inshaa Allah tak mustahil satu hari nanti mata ini boleh pulih kan? Hati kecil ini pula seperti faham, selalu berbisik pada tuannya memberi semangat:)

Syukur alhamdulillah, dayang norhidayah a.ka dayang deno ini masih diberikan peluang untuk melihat walaupun hanya sebelah mata.. Sebelah mata ini pun nikmat sangat rasanya :) Sekarang deno dah mula biasa dengan condition ni dan selepas 3 bulan, deno pun dah kembali melukis.. Alhamdulillah^^

Sentiasa ingatkan diri, setiap ujian Allah ada sebab, ada hikmah di sebaliknya... Mungkin sekarang ini belum ada ubat untuk menyembuhkan mata ini tapi deno tak lupa dan deno percaya masih ada ubat dengan berdoa pada-Nya, semangat dan kekal positif...

Never lose hope, Inshaa Allah! :')






Reading Time:

4.11.16

Jangan Menyerah
November 04, 2016 5 Comments

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kekuasaaNya
Bagi hambaNyabyang sabar
Dan tak kenal putus asa...

..........................


Sangat terkesan dengan lagu ini.. Setiap kali rasa sedih, dengar lagu ni memang nangis sebab macam dekat sangat dengan diri deno.

Hari ni rasa agak sedih selepas balik dari hospital Tadi jumpa doktor pakar, macam biasalah jumpa doktor. Tadi, doktor ada bercakap tentang CAPD treatment yang deno dah buat selama 16 tahun, doktor sebut pula pasal fistula, pasal dialisis darah. Doktor tanya sahaja sebenarnya, sebab dah lama sangat deno dengan CAPD. Tapi, doktor sebut sahaja pun deno jadi sebak. Dah lama deno takde fikir asal tu and bila doktor sebut deno rasa sedih. Tapi tahan sahajalah, senyum. Deno cuma cakap selagi boleh pakai tiub tenchkoff ni, pakai. Bila ingat2 kembali dulu, rasa sebak sangat. Fobia, mungkin. Balik dari hospital tadi rasa sedih juga, sebab fikirkan diri sendiri. Deno ada SLE, lain dengan kidney patient yang lain. Tipulah kalau tak terasa, terfikir juga macam mana masa akan datang kan,, How nak survive nanti, mampu tak bertahan dengan CAPD.. Tulis ni pun dah rasa sebak sangat, Serius risau. Allah sahajalah tahu dalam hati ni rasa macam mana.. That's dayang deno, she loves to smile even dalam keadaan paling awkward dan sedih sekali pun. Itulah dia kalau orang nak kenal, dia yang suka tersenyum.. Cuba untuk tabah, cuba jadi normal even life takdelah  macam orang lain dengan CAPD 4 times daily yang meletihkan, deno cuba yang termampu..

Namun pada masa yang sama, deno tetap juga syukur.. Deno tahu Allah dah tentukan yang terbaik untuk deno. Normal lah kadang-kadang datang "rasa" tak best tu, especially bila over thinking.  Memang akan datang rasa sedih.. Tapi hidup perlu diteruskan kan? Sentiasa ingatkan diri.. perlu sabar, lebihkan sabar. 

Inshaa Allah, semuanya akan baik-baik sahaja nanti. Amin.





Reading Time:

1.9.16

Bukan
September 01, 2016 8 Comments

Bukan..

Bukan saya nak menunjuk-nunjuk, jauh la nak minta simpati.. Pernah orang persoal kenapa ada sahaja story saya tentang Systemic Lupus Erythematosus atau Lupus. Lupus, chronic disease yang bagi saya sekarang pun masih rare, tak ramai tahu.. Sampai sekarang ada sahaja kawan yang akan tanya.. "Apa tu?"

Lupus, ia tidaklah sepopular seperti penyakit cancer, leukimia, diabetis dan lain2 penyakit.. Lupus awareness masih kurang.. saya, kawan2 Lupus dan doctor2 masih berusaha for awareness. Cukup sekadar orang kenal, atau tahu what Lupus is. Kawan2 saya dah ramai pergi sebab this mysterious disease. Rasanya, tak salah saya berkongsi for awareness... kan.


**Jika kawan-kawan ada kelapangan, apa kata korang update mengenai Lupus? Dapat bantu awareness juga :)



Reading Time:

1.5.16

What Is Lupus?
May 01, 20160 Comments

What is LUPUS? Lupus is an autoimmune disease where the body's immune system becomes hyperactive and attacks normal and healthy tissue. This results in symptoms such as imflammations, swelling and damage to joints, skin, kidneys, blood, the heart and lungs. Under normal function, the immune system makes proteins called antibodies in order to protect and fight against antigen such as viruses and bacteria. Lupus makes the immune system unable to differentiate between antigen and healthy tissue. This leads the immune system to direct antibodies against the healthy tissue - not just antigens causing - swelling,pain and tissue damage. Help us spread the word and Lupus awareness.

#lupus
#curelupus
#lupusawareness



Reading Time:
Lupus Awareness Month