Dayang Deno: Lupus
Showing posts with label Lupus. Show all posts
Showing posts with label Lupus. Show all posts

4.11.16

Jangan Menyerah
November 04, 2016 5 Comments
Image result for alone girl"

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kekuasaaNya
Bagi hambaNyabyang sabar
Dan tak kenal putus asa...

..........................


Sangat terkesan dengan lagu ini.. Setiap kali rasa sedih, dengar lagu ni memang nangis sebab macam dekat sangat dengan diri deno.

Hari ni rasa agak sedih selepas balik dari hospital. Tadi jumpa doktor pakar, macam biasalah jumpa doktor. Tadi doktor ada bercakap tentang CAPD treatment yang deno dah buat selama 16 tahun, doktor sebut pula tentang fistula dan dialisis darah. Doktor tanya sahaja sebenarnya, sebab dah lama sangat deno dengan CAPD. Tapi doktor sebut sahaja pun deno jadi sebak. Dah lama deno tak fikir and bila doktor sebut deno rasa sedih. Tapi tahan sahajalah, senyum. Deno cuma cakap selagi boleh pakai tiub tenchkoff ni, pakai. Bila ingat kembali dulu, rasa sebak sangat. Fobia, mungkin. Balik dari hospital tadi rasa sedih juga, sebab fikirkan diri sendiri. Deno ada SLE, lain dengan kidney patient yang lain. Tipulah kalau tak terasa, terfikir juga how nak survive nanti, mampu tak bertahan dengan CAPD. Tulis ni pun dah rasa sebak sangat, Serius risau. Allah sahajalah tahu dalam hati ni rasa macam mana.. That's dayang deno, she loves to smile even dalam keadaan paling awkward dan sedih sekali pun. Itulah dia kalau orang nak kenal, dia yang suka tersenyum. Cuba untuk tabah, cuba jadi normal even life takdelah  macam orang lain dengan CAPD 4 times daily ni, deno cuba yang termampu..

Namun pada masa yang sama, deno tetap juga syukur.. Deno tahu Allah dah tentukan yang terbaik untuk deno. Normal lah kadang-kadang datang "rasa" tak best tu, especially bila over thinking.  Memang akan datang rasa sedih. Tapi hidup perlu diteruskan kan? Sentiasa ingatkan diri.. perlu sabar, lebihkan sabar. 

Inshaa Allah, semuanya akan baik-baik sahaja nanti. Amin.





Reading Time:

26.10.16

Takkan Lupa
October 26, 2016 5 Comments
Sehari dua ini.. Wall facebook dayangdeno penuh dengan gambar kawan-kawan di majlis konvokesyen. Teringat pula zaman belajar di UiTM, banyak sungguh dugaan.

Image result for convocation tumblr"

Takkan pernah lupa..

Honestly, dayangdeno tak pernah sangka akan habis juga belajar. Bila terkenang betapa banyak dugaan untuk habis belajar tu, rasa terharu.. syukur sangat.

Kawan-kawan blogger yang dah lama kenal dan follow baby blog dayangdeno tahulah life dayangdeno macam mana. Blog ialah tempat deno meluahkan rasa memandangkan deno tidaklah ramai kawan seperti orang lain. SLE flare setiap masa, waktu belajar adalah waktu SLE/ Lupus kerap flare. Keluar masuk hospital tu perkara biasa, masuk icu di saat nak amik final exam. Itulah susah kita nak expect apa-apa pun. Empat semester extend belajar sebab sakit ini, siapa tak sedih. Satu-satunya student accounting yang lambat habis sebab sakit. Tapi manalah orang faham, mana ada orang nak percaya sebab bila deno pergi ke kelas, orang akan nampak diri ini normal macam orang lain dengan pipi tembam kesan steroid. Orang susah nak percaya, orang hanya tahu bercakap tapi tak pernah orang nampak dayangdeno ini di hospital macam mana, struggle nak lawan sakit dan struggle nak belajar. Kawan-kawan satu batch pun semua dah lama tamat. Dayang? Allah... Tuhan sahaja tahu rasa hati ini.

..........

Takkan lupa deno jadi lone ranger... Sesorang study di library, sesorang jumpa lecturer, sesorang makan kat cafe, sesorang duduk buat kerja. Kalau student lain bergembira dan bersama kawan-kawan, deno pula sesorang. Dah biasa seorang diri. Ada juga kawan dari junior tapi boleh dibilang dengan jari yang jadi kawan. Dayang tahu, dengan senior yang lambat habis ni selalu dicop bodoh. Takpelah.. Belajar jadi lone ranger, tak apa tiada kawan. Sedih memang sedih rindu kawan baik dulu-dulu, tapi selalu ingat pesan kakak. Kita kan nak belajar, kawan taknak kawan kita tak apa, focus belajar. Abah, ma, kakak selalu support.

Takkan lupa, paling teruk bila SLE attack jantung... Hampir 2 bulan di hospital buat diri ni rasa upset, hopeless sangat. Treatment di hospital dengan jarum kiri kanan tangan dan ubat yang menyakitkan, bila ubat masuk sahaja mesti deno gosok sahaja lengan sampai habis ubat yang tergantung tu. Ubatnya memang sakit sangat, pedih. Plus dengan urat-urat saraf deno yang halus ni, memang sakit. Setiap hari ubat diperlukan untuk badan ni, setiap 6 jam ubat dimasukkan tru drip. Dah berpuluh kali jarum kena tukar kat tangan sebab urat membengkak sepanjang treatment. Kedua-dua tangan dah macam hancur dengan lebam dan bengkak sampai demam, terlalu sakit. Wayar-wayar dari mesin pula 24/7 kat badan. Orang lain admitted rehat-rehat tapi deno dengan buku law, finance, account sebab nak amibil final exam kat hospital. In the end, tiba-tiba masuk ICU. Extend belajar lagi, sedih..

Takkan lupa waktu semua student busy belajar, deno jatuh sakit lagi... Demam panas sampai hampir kejang. Kepala ni hampir dipotong. Semuanya sebab SLE juga, deno dapat infection di dalam darah. Teruk sampai kepala ini pun bengkak. Allah sahaja yang tahu perasaan ni bila doctor cakap nak buat operation. Hilang selera makan sebab terlalu risau. Sebulan lebih di hospital, akhirnya deno makin pulih. Syukur doctor tak jadi nak buat, alhamdulillah syukur sangat.

Takkan lupa waktu semester akhir... Ingatkan dah ok, tak ada sakit atau admit hospital. Tiba-tiba SLE flare lagi. Memang SLE ni jeles dengan deno, suka buat deno sakit. Result ESR tinggi, 120. Means SLE terlalu aktif. Bila hampir sahaja final exam, admitted lagi. Sakit... badan sakit. Kepala sakit. Tapi paksa diri study, buat latihan perlahan-lahan. Rasa nak give up sebab terlalu sakit, sampai satu tahap tak dapat baca apa pun sebab terlalu sakit.Sedih sangat, deno nangis je.Ma gosok pujuk sahaja sambil kesat air mata anak ma ni. Deno nangis sebab rasa upset tak dapat study, nangis sebab tak nak extend belajar lagi. Plus rasa sakit.. bila fikir nanti kena extend bertambah sedih, dah penat extend belajar. Tak nak dah... Kesian ma, setiap hari ma tolong tolak wheelchair pergi dialisis, nak jalan memang tak larat langsung. Sampaikan dialisis ma tolong buatkan. Kesan ubat pula satu hal, ubat yang sangat kuat. Kesan dia buat deno tak ada upaya nak pegang apa-apa pun. Sampai semua ma abah yang uruskan, makan disuap, pakaian perlu dipakaikan, rambut pun abah tolong sikat, sampaikan deno tak dapat bercakap dengan betul. Deno nak menulis pun susah. Rasa takut, risau jadi kekal macam tu. Tapi, alhamdulillah semakin lama deno semakin sihat. Dah boleh pegang pen, dah dapat tekan kalkukator walaupun tak betul-betul pulih. Deno dapat juga ambil final exam di hospital. Menulis dengan jarum di tangan dan keadaan yang sakit, rasa upset sangat, plus kesan ubat yang buat deno berfikir jadi macam... "slow", menulis pun jadi lambat. Serius sedih... tapi redha sahaja. Terpaksa extend lagi.

Takkan lupa waktu nak check result final exam untuk sem ke 10 (deno amik exam di hospital juga last sem). Gigil tangan nak klik untuk result, takut sangat. Allah, bila tahu semua lulus dengan pga dan cgpa yang baik, berair mata sebab terharu. Perkataan pertama keluar hanyalah..

Alhamdulillah, syukur!

..........


Kalau nak tulis kat sini semua kenangan tu, rasanya seminggu pun belum tentu habis. Terlalu banyak kisah suka duka dengan SLE waktu belajar. Jika ikut hati dan perasaan ini, dah lama rasa nak give up tapi sebab selalu ingatkan diri belajar ini sebab nak ilmu, bukan sebab nak kerja. Yang penting ilmu. Allah dah rancang yang terbaik untuk Dayang Deno ini. Sekarang siapa sangka deno full time doodler, tak pernah deno fikir pun sekarang deno akan melukis. Deno dapat kenal ramai kawan-kawan yang luar biasa dalam dunia art dan dunia blog. Kawan-kawan yang baik menjadi kawan Dayang Deno. Walaupun selalu juga tak sihat dan sakit, deno rasa sekarang lebih baik. Syukur deno punya abah, ma, family dan kawan-kawan yang supportive. Alhamdulillah :)




Reading Time:

1.9.16

Bukan
September 01, 2016 8 Comments
Image result for support lupus"

Bukan..

Bukan saya nak menunjuk-nunjuk, jauh la nak minta simpati. Pernah orang persoal kenapa ada sahaja story saya tentang Systemic Lupus Erythematosus atau Lupus. Lupus, chronic disease yang bagi saya sekarang pun masih rare, tak ramai tahu. Sampai sekarang ada sahaja kawan yang akan tanya.. "Apa tu?"

Lupus, ia tidaklah sepopular seperti penyakit cancer, leukimia, diabetis dan lain-lain penyakit. Lupus awareness masih kurang. Saya, kawan-kawan Lupus dan doctor masih berusaha for awareness. Cukup sekadar orang kenal, atau tahu what Lupus is. Kawan-kawan saya dah ramai pergi sebab this mysterious disease. Rasanya, tak salah saya berkongsi for awareness... kan?


**Jika kawan-kawan ada kelapangan, apa kata korang update mengenai Lupus? Dapat bantu awareness juga :)



Reading Time:

1.5.16

What Is Lupus?
May 01, 20160 Comments
Image result for lupus awarneness"

What is LUPUS? Lupus is an autoimmune disease where the body's immune system becomes hyperactive and attacks normal and healthy tissue. This results in symptoms such as imflammations, swelling and damage to joints, skin, kidneys, blood, the heart and lungs. Under normal function, the immune system makes proteins called antibodies in order to protect and fight against antigen such as viruses and bacteria. Lupus makes the immune system unable to differentiate between antigen and healthy tissue. This leads the immune system to direct antibodies against the healthy tissue - not just antigens causing - swelling,pain and tissue damage. Help us spread the word and Lupus awareness.

#lupus
#curelupus
#lupusawareness



Reading Time:
Lupus Awareness Month