Showing posts with label Ma Abah. Show all posts

Muhasabah Diri

seorang ibu dan seorang ayah boleh menjaga anak yang ramai
anak yang ramai belum tentu boleh menjaga seorang ibu dan seorang ayah

saya sayang ma dan abah saya!


~ Psst2, muhasabah diri...


            

Kenapa Malu.....

           
ma abah yang banyak berkorban untuk deno

        Malu ke? Deno tak malu pun! Bangga lagi la.... Eh2, topik apa pula nie... Korang pernah tak ada kawan yang malu nak salam dan peluk mak ayah dia depan kita? Deno pernah ada kawan macam tu.... Pelik kan.....

Kita ada sorang ma dan sorang abah je kat dunia nie. Deno pelik la... kalo deno tanya nape malu mesti si dia jawab... "dah besar, buat apa nak peluk-peluk..." peliknya si dia tu... kalo deno cium dan peluk abah mesti ada kawan deno yang mengata deno manja. Pernah kawan deno tengok deno ciun dan peluk abah.. dia kata " dayang nie manja la... mesti anak manja nie...." biasa macam tu la...

Deno memang dari kecik kalau abah hantar pegi sekolah, mesti deno salam... cium dan peluk abah. Perkara rutin... Kat rumah pula deno salam, cium dan peluk ma deno... Memang perkara biasa seorang anak buat.. Deno dah biasa semua tu.. Bukan setakat tu je, sebelum tidur mesti deno cium ma dan abah... Pagi2 sebelum sarapan pun deno cium dan peluk ma bah... Setiap hari tak pernah lupa! Deno bersyukur sangat2 ma abah still ada kat depan mata deno.... 

Yang peliknya ada kawan deno yang malu buat semua tu. Kenapa nak malu? Mereka kan ma abah kita... Masa ma abah ada sekarang la kita curahkan kasih sayang kat diaorang... Nie tak, ada ke malu? Pelik betul dengan perangai manusia zaman sekarang nie... Nanti bila ma abah dah takde, mula la meraung melolong nak peluk cium....... Apa la.......


~Psst2, ada juga kat dunia ni orang yang 
  malu nak sayang mak ayah sendiri!