Showing posts with label Madinah. Show all posts

Umrah Bersama Keluarga Part2

Tak silap deno, masa tu suhu di Abu Dhabi 18degree..Amir Amsyar siap berdengkur lagi tidurnya, dah mula jetlag lah tu... Cian.. Kami satu family naik flight ETIHAD Airlines juga. Masa ni, memang dah rasa ngantuk sangat2, deno tidur sahaja sepanjang penerbangan.. Penerbangan ini ambil masa hanya 2 jam.

Di Jeddah Airport... Alhamdulillah, untuk pelepasan dipermudahkan Allah.. Biasanya kan pintu gerbang auto tu apa nama entah tu kan, akan berbunyi kalau ada something wrong besi ker apa2.. Biasa kat Malaysia memang akan berbunyi setiap kali deno lalu bawah tu coz besi kat my peyot ni haaa .. Tapi di Jeddah tak berbunyi langsung! Pastu waktu pegawai sana nak check air ubat dialisis juga dipermudahkan, dia hanya check satu kotak dan lihat apa kandungan kotak, baca surat sikit.. Okeh settle, approve! Alhamdulillah ^^


Sempat snap gambar toddler comel sangat2, toddler yang dah siap dengan kain ihram. Yang paling buat deno geram, dah la kecik.. comel pula tu terkedek-kedek berjalan dengan kain ihram yang hampir jatuh... So cute!!!


Satu sahajalah kecewa dengan pekerja di Jeddah Airport ni, dia tarik beg family deno dan campak ke bawah. Lantai keras kan... Deno punya beg pecah sikit, nasib baiklah beg semua dah siap2 wrap.. Mujur waktu kotak2 ubat sampai, pekerja tu tak sempat campak, air ubat kan.. Huuu matilah deno kalau air ubat pecah atau rosak, sana manalah ada air2 ubat dialisis ni uhuk2..

Kami upah dua orang pekerja di sana untuk angkat beg2 dan kotak2 air ubat letak atas troli dan dalam van. Dah settle part angkat2 barang, kemudian kena tunggu coaster van. Sebenarnya family deno ni, pegawai airport silap hantar kami kat bahagian haji. Bahagian haji ni jauh, so driver ( Uncle Khalid ) tunggu kat tempat lain.. Kaklong kena call driver untuk ambil kami sekeluarga.. Sementara menunggu, sempatlah kami sekeluarga solat subuh kat airport.


Bila coaster van sampai, fuh besarnya van! Deno bayangkan van biasa.. tiba-tiba nampak coaster van!! (korang boleh google coaster van) Coaster van ni besar, boleh memuatkan 25 orang,  tapi total kami dalam van hanya 9 orang termasuk driver, Uncle Khalid dan mutawif Farhan :)

Mutawif ini orang yang membawa jemaah umrah atau haji ke tanah suci Meka dan Madinah. Dia berperanan sebagai leader sewaktu jemaah nak lakukan tawaf, saie dan lain-lain.. Mutawif kena lead jemaah untuk melakukan ibadah umrah atau haji dengan sempurna. Mutawif juga kena bawa jemaah untuk ziarah sekitar kota Mekah dan menjaga kebajikan jemaah.... dan mutawif perlu memberi penerangan tentang tempat yang diziarahi nanti.. Itulah serba sedikit penerangan deno tentang peranan mutawif..... Mutawif Farhan bersama family deno sepanjang kami satu family di Jeddah, Madinah dan Mekah. Farhan ini muda lagi, 22 tahun, baik budi perkertinya, sopan.. Ayah ibunya berasal dari Indonesia tapi dia dilahirkan di Mekah, dia boleh berbahasa indon dan arab. Bagus kan, muda-muda dah bergelar mutawif..

Kami satu family dan mutawif Farhan akan ke Madinah. Menurut Farhan, perjalanan dari Jeddah ke Madinah mengambil masa 5 jam.  Selesai sarapan, kami semua bertolak ke Madinah dari Jeddah pada pukul 7 pagi, macam tulah lebih kurang waktunya... Mutawif Farhan beritahu, mungkin sempat untuk solat Jumaat di masjid Nabawi, ins shaa Allah... Selesai membaca doa, mulalah perjalanan kami ke Madinah... 


budak-budak tidur kepenatan

Sepanjang perjalanan, deno nampak banyak bukit dan  tanah gersang. Ada juga ternampak beberapa buah rumah penduduk dari kejauhan highway.. Pokok-pokok hijau sedikit sahaja.. Pemandangan Ya Allah cantik sangat, dengan langit membiru dan bukit bukau... Memang cantik. Sambil melayan perasaan, terharu juga.. Tak sangka sungguh dapat lihat semua tu.. Biasanya hanya lihat di dalam tv kan, kali ini di hadapan mata sendiri, alhamdulillah.. 

Tenggelam di dalam dunia sendiri, akhirnya deno tertidur juga. Mungkin sebab kepenatan perjalanan jauh dari Malaysia, kemudian Abu Dhabi dan Jeddah, kemudiannya perjalanan 5 jam ke Madinah. Alhamdulillah badan deno dapat tahan dengan perjalanan yang paling jauh dalam hidup deno.. :) Rasanya semua tertidur kepenatan. Deno tidur dan terjaga banyak kali jugalah. Last terjaga, kami sudah selamat tiba di Madinah.. Allah! Madinah! Genyeh2 mata, senyum, kagum, gembira semua ada.. Dulu waktu sekolah, hanya dapat baca kisah nabi di Madinah, perjuangan nabi di Madinah, hanya lihat kota Madinah di dalam Jejak Rasul TV3... Dengan izin Allah, deno sendiri telah sampai di Madinah, bumi yang mengandungi jasad Rasulullah SAW ini.... Alhamdulillah :')




Beberapa minit sebelum tiba di hotel, sudah kelihatan orang ramai yang berjalan kaki berpusu-pusu ke masjid untuk solat Jumaat.. dan apabila tiba di hotel, azan berkumandang.. Check-in, settle semua urusan barang2, masuk bilik, cepat2 family nak bersiap ke masjid... Tapiiiiiiiiiii... Dayang Deno kena buat dialisis dulu sebab dah lewat, dialysis treatment tak boleh tinggal, nanti beri kesan pada kesihatan pula. Jadi, deno dan ma hanya solat di bilik hotel. Nak buat macam mana kan, deno tak macam orang lain... perlu dialysis setiap hari.

Takpe, masjid kan dekat^^


Bersambung.........


xxxxx