Showing posts with label Maimon Mutalib Meninggal Dunia. Show all posts

Takziah Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia


Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia pukul 2.20 petang tadi di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam.

Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir setibanya di rumah selepas dibenarkan keluarkan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Allahyarhamah disahkan menghidap kanser payu dara tahap keempat pada 2012.

Jenazah Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Tangkak, Johor.


*Personally deno sangat minat dengan lakonan beliau. Masih deno ingat first time deno tengok lakonan beliau dalam drama di bulan ramadhan. Tajuknya deno tak ingat tapi wataknya sebagai Mak Biah masih kekal dalam ingatan deno sampai sekarang. Apa sahaja lakonannya pun deno minat, cerita lawak cerita sedih, kadang2 watak antagonis.. Beberapa bulan lepas dengar dia sakit, tapi tak pasti sakit apa.. Rupa-rupanya beliau mengidap penyakit barah payudara. Terasa sangat kehilangan seorang pelakon yang sangat berbakat. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. Al-fatihah