Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Bersushi

Oh sushi....


Bersushi hari ni..Act this is request by my niece.. Tadi buat sushi sama-sama dengan my niece, orang lain birthday nak kek besar, dia nak sushi and cupcake. Simple je sushi ni, bahan kat tengah2 dia just isi crab, sosej, timun jepun dan telur.. then sapu mayonis sket..  Makan cicah ngan kicap tu je hihik.. No need Jepun punya sos tu, sedap je cicah kicap kita tuuu :p

Home made lagi best kot, sebab kita boleh letak bahan banyak2 suka hati kita kan :)


Termenung Panjang

Alkisah last week dating bersama my sister, kakna.


Jalan jalan jalan, dah penat tentulah lapar nak makan. So, kitaorg stop la satu restoran ni, nama restoran Sepinggan^^ Unik kan, ingatkan makan sepinggan je hehe...

Dilema, nak makan or tak makan bila tengok menu. Sebabnya nampak banyak, rasa takut nak order. Maklum sahaja Dayang Deno makannya seciput risau tak habis. Honestly rasa macam taknak order coz takut. Tapi, my sister lagi takut adik dia kelaparan ... Terus kakna order....

Mak aiiii... Bila sampai makanan, termenung panjang nengoknyaa... aduyaiii banyaknyaa



Dinner


Tadi dinner bersama BFF kaklong, anak-anak pun semua ada.. Anak-anak BFF kaklong dah macam anak-anak saudara sendiri. Sepetang la tadi deno dengan budak2 semua ni. Phewww baru dapat rehat^^


p/s: dinner nasi goreng ikan, keropok keping, keropok lekor dan ayam goreng^^



Suka Simple

Petang santai dengan cucur bawang...

-google-

Deno buat cucur bawang, simple je.. 3 jenis bahan je, tepung, bawang, air. Tu je, deno biasa bila makan cucur bawang deno tak letak sebarang serbuk perasa, atau garam. Bagi deno bawang tu sebenarnya dah bagi "rasa"nya tersendiri. Maybe sesetengah orang tak suka macam ni sebab takde rasa masin-masin sikit tapi deno suka sebab makan pun cicah dengan sos cili, ada rasa juga kan.. heheh..


p/s: dalam banyak-banyak cucur, deno paling suka cucur bawang.. anda? :)


Pertama Kali Untuk Tahun Ni


Lapar! Balik dari swimming dengan kak hanna, perut pula dah buat "konsert". Restoran semua dekat dengan Pusat Akuatik tu, KFC.. A & W.. Restoran Taita yang best tu pun ada... Kami dah lapar gile, nak makanan yang cepat! Kami decide ke A & W. Memang sangat lapar sebab tak makan tengahari pun, hanya minum air. Sebab tu la kelaparan! Ahaks^^

Ini kali pertama ke A & W untuk tahun 2014...... :)


Kuey Teow Simple Sedap


Ops!

Kuey teow ni bukan deno buat tau... Deno makan kat cafe di Kuala Terengganu petang tadi. Kuey teow ni simple je bersama fish cake, daun kucai, telur dan tauge. Walaupun simple rasanya lebih kurang je dengan kuey teow yang ada udang tu... Deno suka yang macam ni sebab less kicap!

Simple is much more.. itu yang best tuuuu..... ^_^


p/s: hari ni tak jadi ke Kota Bharu.. awal pagi esok bertolak^^ 


Benjo Besar

.

Punya la besor...!! 

Memang besar, baru je deno bukak plastik, terus jatuh segala bawang, bake bean dan segala bagai sayuran ... dia punya sengkuang, tomato, timun... pergh besar dan tebal, memang besar benjo nih^^

Terpaksa makan satu2 sebab benjo tak muat nak masuk mulut, besar sangat. Deno tanya abangngah berapa harga sebab besar kan, tapi harganya hanya RM2.00! Sangat murah dengan isi dan saiz yang besar macam ni kan?


p/s: sekali sekala makan benjo pun best juga kan? ^_^



Bersantai Pulut Panggang

Fuu ~ Hujan lebat....


Abah balik dari bandar tadi, ada bawa balik pulut panggang atau lebih dikenali sebagai pulut lepa oleh orang Terengganu, kan FD, fais?^^

Zaman sekarang, dah susah nak jumpa pulut panggang yang besar dan isi ikan yang banyak. Tapi yang abah beli ni besar, isi ikan pula banyak, deno makan dua pun dah kenyang.. Semoga orang yang jual pulut ni sentiasa dimurahkan rezeki :)


p/s: pulut panggang ni kalau isi ikan banyak lagi sedap kan? ^^ minum pula teh o panas hujan2 lebat ni. Fuh memang ... speechless :)


Sejuk-Sejuk

Di Terengganu sekarang setiap hari hujan.. Sekarang pun angin kuat, cuaca kat luar gelap je.. Mesti sekejap lagi hujan, sama macam semalam. Petang je mesti hujan lebat berserta guruh yang kuat.. Agaknya musim hujan dah nak nak dekat^^


Cuaca sekarang sejuk.. Sejuk-sejuk sekarang ni pun deno makan asikrim.. hihi^^


p/s: makan aiskrim bersama roti slice pun best kan? :)



Menu Baru Nasi Ayam

Tadi keluar dengan kakngah dan adam khaleef..

Deno nak cari "mouse" yang baru, "mouse"  deno rosak... Stress betul semalam tak dapat buat tempahan... huhu... Dah  dapat pun tadi yang baru, bolehlah sambung design malam ni^^


Kakngah belanja  nasi ayam di Chicken Rice Shop! Ada pula menu baru, ayam ala-ala kari, macam masakan india.. Boleh tahan juga ^_^


p/s: chicken rice shop.... bukan sekadar nasi ayam.... hihi^^

Mi Rebus Johor


Lambat entri ni...

Tapi nak share jugak .. hihi^^ Deno sebenarnya tak pernah rasa mi rebus johor, last two days dapat rasa jugak kaklong belanja...

Emm.... rasanya boleh tahan, sedap..! Tapi deno rasa lebih sedap bila diperah asam limau! Nyum! Haha.. first time rasa mi johor walaupun setiap tahun pergi johor :p


p/s: mi johor ni kalau ada cili api mesti lagi sedap.. perghhh ^_^


Alahai Abangngah


Semalam teringin nak makan nasi beriani...

Kakngah carikan tapi dah habis... Okey, takpe deno tak kisah tak dapat pun. Next time boleh makan lagi kan..Rupa-rupaya abangngah (abang ipar) tahu juga yang deno teringin makan nasi beriani.. Tengahari tadi, tiba-tiba dengar suara abangngah ...

"adik! ni abangngah ada beli nasi beriani adik..  sian adik semalam tak dapat makan.."

Alahai abangngah.. abangngah selalu macam ni.. baru je deno sebut, mesti ada... terima kasih abangngah!! ^_^


p/s: dapat makan nasi beriani lunch tadi :)



Kenyang Juga Kan?


Tengahari ni makan pengat durian^^

Durian masih banyak. Dah bosan makan durian biasa2, ma buat pengat durian pula.. Ma buat banyak juga, untuk nenek sekali.. Pengat durian ni bila makan bersama pulut memang awesome kan? Kalau tak tambah pulut dan pengat tu tak sah..!

Makan pengat durian bersama pulut pun kenyang juga :)


*kaklong, abanglong, kak obie, abangfik and kakhanna sila jeles.. hahaha :p


p/s: tak lama lagi tamatlah musim durian :p


Nampak Macam Biasa ..


Order nasi goreng cili api..

Bila sampai je nasi, tak nampak cili pun, nampak biasa je.. Eh, risau jugak tak pedas macam kita order kan. Tapi .... bila masuk mulut je terus terasa kepedasan cili tu! 

Mesti masa tumis tu, chef tumis sekali dengan cili api banyak-banyak sampai pedas macam tu.. ingat tak pedas sebab sikit je cilinya dalam nasi.. Rupa-rupanya.... tip top pedasnya! 


p/s: pedas itu sedap :)


Pizza Pertama Untuk Tahun Ini


Untuk tahun 2013, hari ni adalah kali pertama makan di Pizza Hut! Siang tadi deno tengok CH707, CH703 yang ada masak-masak pizza tu.. Geram pula tengok pizza dan cheese^^

Abangngah balik dari office tadi, ajak dinner di Pizza Hut! Tak sangka betul..! Rezeki makan pizza tadi :) Alhamdulillah, hajat tercapai juga. Yang pasti, hawaiian chicken..! dulu, kini dan selamanya tetap di hati.... Walaupun ada yang baru, yang lama tetap menjadi pilihan! ^^


p/s: kurangkan fastfood sebab ianya tinggi kandungan garam..! makan boleh tapi jangan kerap ya...^_^


Sarapan Hari Ini


Biasa simple macam roti, oat....

Tapi pagi ni buat cucur. Special kali ni sebab cucur ikan^^ bukan ikan bilis, tapi ikan goreng.. hehe.. Sedap! Ini first time cuba dan hasilnya memang best. Main cuba-cuba je sebab dah biasa makan cucur bawang, nak buat kelainan sikit.... 

Tak susah pun.. ubah bahan sikit je :) Adam khaleef pun makan banyak tadi, siap deno suap lagi.. Excited dia sebab hari ni hari sukan ^^


p/s: nanti deno kongsikan resepi cucur ikan... :)


Pengat Durian


Sekarang musim durian..

Kat dapur tu banyak betul durian.. Last pagi tadi bunyi durian jatuh.. bedebuk! bedebuk! Terus deno beritahu kakngah minta tengok.. Tak jauh pun belakang rumah je... Memang ada dua biji durian lagi! Dah boleh bukak gerai jual durian ni! hehe

Tengahari tadi, deno baru je sebut rasa nak makan pengat durian pada kakngah, malam ni dapat makan.. ibu abangngah ada buat pengat durian... Tercapai juga hajat nak makan tadi :)



p/s: pengat durian bersama pulut... habis satu mangkuk :)



First Time Untuk Tahun Ini


Pagi2 dah keluar dengan kakngah ke bank.. Macam-macam hal nak selesaikan. Then ke kedai buku :)

Selepas ambil adam khaleef dari tadika, tiba-tiba datang idea nak lunch di A&W. Tahun ni belum pernah pergi, jadi kami lunch di A&W tadi^^ Deno order grilled chicken burger, mujurlah burgernya kecil.. alhamdulillah dapat makan habis tadi.. Biasanya tak habis tadi, lapar betul agaknya tadi^^



p/s: first time untuk tahun ini



Puding Karamel Nyum Nyum


5biji telur + susu cair satu tin + esen vanila satu sudu kecil + gula (guna untuk puding sikit dan juga untuk karamel)

Main masak-masak.. tiba-tiba terhasil puding karamel nyum nyum ni.. 

Rasa manis sedang-sedang saja, tak terlalu manis.. Semut pun tak sempat nak buat perang dunia ketiga nak rampas puding karamel ni, deno dah makan habis! hehe ^^


p/s: awak, nanti nak cuba macaroni bakar awak pula .. kena cari bahan dulu ^_^


Nasi Ayam Best Di Chicken Rice Shop

Baru balik dari hospital

Bila dah tengahari perut mula la buat konsert zapin.. Deno ajak ma makan di Chicken Rice Shop! Deno suka nasi ayam kat situ sebab cilinya pedas, tak sempurna rasanya bila makan tanpa pedas kan? 

Sayur pilihan deno pula ialah sayur pak choi! Deno boleh ratah je sayur pak choi tu.. salah satu sayur kegemaran deno :)







p/s: suka tak nasi ayam?