Showing posts with label Makanan Bajet. Show all posts

Makanan Bajet

Ramai rupanya orang cari makanan simple, bajet dan mengenyangkan di blog dayangdeno.. hihi^^ Ok2, deno beritahu.. Macam deno, lauk macam ni pun deno dah kenyang.. tak sampai 5 minit dah siap, boleh dikatakan makanan 3 in 1 sebab mudah, jimat dan mengenyangkan :) 

Telur goreng bersama bawang dan kisos  *kicap + sos! hehe...

Bahan2? ringkas.. biasa dah ada kat rumah^^

*goreng telur.. hiris2 bawang.. then letak sikit kicap, sikit sos dan bawang yang dihiris atas telur.... siap! sedia diamakan bersama nasi atau roti :)



Senang sangat! Deno suka makan macam ni ... biasanya deno makan dengan roti buat macam benjo^^



Makanan Bajet :)

Selamat malam semua :)

Hai semua.. maaf hari ni deno kurang sihat. Satu hari tak blogging, malam ni okey sikit..
http://www.emocutez.com

Okeh, malam ni nak bercerita tentang makanan bajet. Apa agaknya makanan kegemaran rakyat Malaysia di hujung bulan...? dalam erti kata lain kata lain ketika menunggu dapat gaji.. hehe.. student pun sama kot... hihi.. :p


 Mi segera

Masa inilah mi segera adalah satu-satunya makanan yang paling sedap dengan pelbagai perisa.. Contohnya perisa kari, laksa, ayam, tomyam dan macam-macam lagi.. Masa makan tu, korang pejam mata dan bayangkan makan mi laksa, mi kari, mi tomyam dan pelbagai lagi mi yang enak.


 
Burger

Burger boleh didapati di gerai di tepi jalan. Kutip duit syiling yang ada untuk beli burger kat gerai. Burger memang murah dan mengenyangkan. Sebiji burger yang biasa pun ada tomato, salad dan bawang. Sambil makan burger kat rumah tu bayangkan makan burger di restoran makanan segera.. bayang kat mcD ke, burger king ke..


 
Biskut kering

Kalau masa tengah kurang duit, makan biskut kering dengan kopi 'o' pun rasa sangat menyelerakan. Sarapan, makan tengahari dan makan malam pun dengan biskut kering. Dapat makan pun dah rasa bersyukur sangat.


Nasi putih dengan kicap dan telur mata kerbau

Yang ni pun jimat, just masak nasi dan goreng telur mata kerbau. Then tuang kicap atas nasi dan telur. Sungguh menyelerakan.. siap tambah lagi nasi tu sebab sangat enak.


Roti canai

Ini dikategorikan juga sebagai makanan bajet. Walaupun dengan sekeping roti canai telur sudah cukup dan mengenyangkan. Habis roti dimakan, dihabiskan pula kuah dal dan kari... Makanan tak baik membazir!


Nasi lemak seringgit
Nasib baiklah gerai tepi ofis tu ada jual nasi lemak. Bolehlah beli nasi lemak seringgit tu. Walaupun nasi lemaknya seciput, sambal boleh buat lekat celah gigi dan telur rebus sehiris macam kertas.. takpe la.. asalkan boleh mengisi perut.. kan kan... :p



p/s: pernah tak korang macam ni?  http://www.emocutez.com