Showing posts with label Makanan Untuk Kulit Bermasalah. Show all posts

Makanan Untuk Keperluan Kulit



Wajah awak pucat?

Lebihkan pengambilan zat besi, protein, iodin, kalsium, tembaga (copper), kobalt dan vitamin B. Antara makanan yang disyorkan ialah kuning telur, keju, ayam, ikan, nasi, kentang, kekacang, bijirin dan pisang.

Wajah awak berjerawat?

Tingkatkan pengambilan daging tanpa lemak , hasil tenusu, lobak merah, aprikot, bayam dan brokoli. Semua ini adalah sumber zink terbaik yang menghasilkan kologen dan elastin demi meningkatkan keanjalan dan kecantikan kulit.

Kulit awak berminyak?

Awak nampaknya kekurangan riboflavin. Selain mencuci wajah dengan pencuci bebas minyak dan mengamalkan suplemen tertentu, lebihkan pengambilan buah badam, soya, susu rendah lemak dan telur. Ia mampu menghalang pengumpulan minyak di bawah lapisan kulit.

Kulit awak kering dan menggelupas?

Lebihkan pengambilan vitamin E dan A. Begitu jiga dengan pengambilan susu rendah lemak, buah-buahan, sayur-sayuran, bijiran dan kekacang.  Vitamin A meningkatkan keanjalan tisu kulit manakala vitamin E yang kaya dengan antioksidan membantu mengurangkan masalah kedutan.