Showing posts with label Malaysia Airlines MH17. Show all posts

Malaysia Berkabung


Hari ni hari berkabung untuk seluruh rakyat Malaysia
Hari bagi memperingati mangsa-mangsa #MH17.
Semoga keluarga mangsa tabah dengan dugaan ini dan salam takziah buat seluruh keluarga mangsa ....

#MH17
#takziahMH17
#MalaysiaBerkabung
#MH17dalamkenangan


Pesawat MAS MH17 Terhempas Di Ukraine

Masih dalam terkejut, tergamam.. Kejadian yang tak disangka, kita masih lagi terasa dengan kehilangan MH370, terbaru pula dengan berita Pesawat MAS MH17 yang terhempas.. Adakah benar?

Mulanya deno pun tak percaya, mungkin khabar angin? Tapi bila lihat di Astro Awani, di twitter Perdana Menteri kita, di laman-laman sosial... Benarlah ..



Menurut sumer, Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang ekoran laporan dari Pusat Kawalan Udara di Ukraine yang mengesahkan pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.

Pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat (hari ini)

Pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.

Memetik sumber industri penerbanangan, pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dan pesawat membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.



p/s: doakan yang terbaik...


Ya Allah.. MH17

Sangat mengejutkan...  Speechless...






Ya Allah... 
Dugaan di dalam bulan Ramadan, 
Dugaan buat keluarga yang terlibat
Dugaan buat Malaysia ..... 
Takziah dan al-fatihah

#MH17
#prayforMH17