Showing posts with label Man vs Wild. Show all posts

Man VS Wild

 
siapa suke tengok dokumentari ni...? pernah tengok tak..?
 
dokumentari man vs wild disiarkan di astro discovery channel. ia memang menarik, mencabar dan suspens!! sekarang dah musim terbaru!

pengacara dokumentari ini, Bear, dia sendiri melalui pengalaman di tempat-tempat mencabar kekuatan mental dan fizikal. ia mengajar kita macam mana nak survive kalau sesat di tempat-tempat yang tiada makanan atau air..

deno ingat lagi yang paling mencabar ketika pegambaran di gurun sahara, yang memang dikenali sebagai tempat paling panas dan kering. Bear mengajar macam mana nak cari air walaupun terdesak. Deno ingat, dia terjumpa bangkai unta. Then, dia belah perut unta untuk ambil isi perut unta yang telah hadam lepas tu perah isi perut unta tu untuk dapatkan air untuk diminum! memang jijik sebab unta tu busuk tapi sbb nak hidup, memang perlu minum sebab kalau kita terhidrat memang boleh mati! tapi geli la... eiiii... dah la busuk, kaler hijau.. erk!!

satu lagi yang tak boleh lupa bila Bear ke hutan di mexico selatan, memang dia tak ada makanan. tahu tak apa dia buat? dia dapatkan dan kumpul serangga seperti pepatung,belalang, kumbang, semut untuk dimakan sebab kalau tak makan dia boleh kehilangan tenaga! rupa-rupanya serangga merupakan sumber protein yang baik unuk dimakan jika tersesat dalam hutan. eii.. geli deno tengok, dengan bunyi krunchi lagi... eiii... kalau korang sanggup tak makan?

lagi satu pegambaran yang mencabar ketika Bear ke gurun di afrika. masa tu ada ribut pasir, memang takde tempat nak berlindung. then dia terjumpa bangkai kuda yang memang busuk dan tinggal rangka tulang dan daging. Bear apa lagi, dia masuk dalam badan bangkai kuda yang tinggal tulang dan sisa daging untuk berlindung dari ribut pasir.. eii.. boleh bayang tak duduk dalam tempat busuk tu...? macam mana  la dia bernafas dalam tu...? 

memang banyak pengalaman yang memang mengji kekuatan mental dan fizikal dia. deno tengok pun macam kesian tapi bagus juga sebenarnya sebab dia mengajar orang survive.. kalau dah terdesak mesti kita pun sanggup lakukan apa saja... betul tak?



..p/s: man vs wild, i love it!