Showing posts with label Masak. Show all posts

Dia Minat

Anak saudara deno yang berumur 11 tahun dah menunjukkan minat memasak.  Setiap kali deno masak atau buat apa-apa di dapur mesti dia nak cuba. Deno biasa tak berapa nak bagi sebab risau dengan minyak panas tu..Yang basic seperti tanak nasi dia dah pandai dah, yang lain je belum pernah dia cuba. 

Tapi semalam deno beri peluang dia buat..Tak susah pun buat cucur bawang.. Step pun senang, tapi yang kelakarnya deno potong bawang ni mata tak pedih, dia yang duduk kat meja pulak pedih mata dan berair. Hihihi .. Nampak jugak takut-takut dia tapi masih berani walaupun ada meletup sikit minyaknya.. ahaks^^


Nanti boleh ajar lagi masakan basic yang senang-senang.. ^^


p/s: dia minat