Showing posts with label Mask. Show all posts

Tips Selesa Pemakaian Mask

Mask? Lemas pakai mask?


Tak ada lemasnya pakai mask tu.. Kebanyakan alasan lemas, tak selesa, rimas dan sebagainya...

Sebenarnya penting mask ni, lebih-lebih kalau ke hospital yang banyak penyakit.. Ok deno nak share tips nak selesakan diri apabila kita memakai mask :)

1- pakai mask dengan cara yang betul
2- bernafas dengan tenang
3- selesakan diri dengan mask
4- jangan fikirkan tentang mask, anggap je kita tak pakai mask..
5- jangan difikirkan tentang rimas dan lemas.. buat macam biasa.. 


p/s: apa yang penting? stay cool....


Diriku Bukan Alien Untuk Dijeling Dan Ditenung


Sejak mula deno sakit..

Memang deno pakai mask kalau jalan-jalan ke tempat ramai orang.. tak kira ke mana-mana, kalau tempat tu ramai orang mesti deno pakai sebab deno mudah terkena jangkitan kuman.

Kalau deno ke hospital melawat saudara sakit pun deno pakai mask. Ingat tak tahun lepas sampai nak kena operate kepala tu? Semuanya sebab jangkitan kuman dalam darah, sedangkan deno dah pakai mask.. Tapi, bila dah nak jadi, jadi juga kan.. Pakai mask ni sebagai perlindungan, bahaya kan, dengan cuaca jerebu, orang ramai yang macam-macam, boleh mendatangkan penyakit..

Bila pakai mask, perkara yang sering berlaku ialah dijeling dan ditenung orang sekeliling. Ingat deno alien ke? Pastu siap ada yang sindir2! Geram juga! Tapi buat tak layan je la.. borak2 dengan kakak sambil jalan2.. ^^


p/s: selepas sahur bertolak balik ke terengganu! hoyeah! ^_^



Lemas Pakai Mask?


Ada seorang CAPD patient terkena jangkitan kuman sebab tak pakai mask semasa buat CAPD..

Alasan yang diberikan :
1-lemas pakai mask
2-tak selesa
3-tak dapat nak bernafas

Helo adik.. sanggup ya kena kuman daripada nak pakai mask tu.. Dah la sakit bila kena jangkitan, kalau nasib tak baik tenckhoff kat perut tu kena cabut, pastu kena operate pasang balik! Sanggup ke? Erk! Sakit tuuu ..

Kebanyakan macam ni la, alasan yang sama je.. Sebenarnya  takde lemasnya pakai mask tu.. Pakai macam biasa, then bernafas macam biasa. Takde lagi kes orang mati lemas pakai mask dik oiii....


p/s: buat CAPD wajib pakai mask!


Mask

Delete
Hari nie deno ke hospital, buat dialisis manual coz mesin buat hal semalam. So, lepas habis kelas terus ke hospital. Macam nie la bila masuk hospital, terus kena pakai mask.. patient sle antibodi badan lemah, bila masuk hospital kena faham-faham sendiri.. banyak penyakit.. so, wearing mask ialah satu kewajipan!

Deno dah biasa.. kalau ikut doc, 24 jam kena pakai mask! tapi deno yang taknak coz tak tahan.. rimas tau pakai lama-lama.. :)

Sabtu dan ahad ini deno perlu ke hospital lagi coz kena buat blood test n perlu tukar tiub dialisis. Tadi pun dah kena ceramah free daripada kaklah (nurse) sebab hilangkan kad "dating" dengan doc... hehe.. sebenarnya deno lupa letak kat mana.. muda-muda lagi dah lupa! heeeee... :p
 
Okey bye ^^
 
 
...p/s: tak suka pakai mask