Showing posts with label Migrain. Show all posts

Migrain Menyerang

Sebelum ni macam biasa, boleh tahan..
Tapi hari ni sakitnya lain..

Migrain ni kan biasa sakit kuat kat sebelah  kepala je kan.. Tapi petang tadi dah jadi sakit dua2, kiri kanan sakit berdenyut, memang tak jadi buat kerja.. Badan pun jadi tak larat. Fuh nasib baik tak melarat, pernah kena migrain sampai admit hosp.. huhu^^ Sekarang ni kalau migrain deno tak amik ubat apa dah.. Just letak minyak angin, then tidur.. Alhamdulillah memang menjadi dan berkurangan..^^


p/s: nasib baik tak melarat ^^


Migrain


Semalam niatnya nak buat kerja tapi tiba-tiba mata berpinar, pastu sakit kepala ~

Tidur awal la semalam.Dah lama tak kena migrain, tiba-tiba pulak kena semalam. Sakit sampai ke petang... Deno just rehat dan tidur. Tak telan ubat apa-apa pun sebab nak cuba buatkan migrain tu hilang sendiri. Kosongkan fikiran dan tidur... Sekarang ni pun still rasa sakit tapi dah kurang. Alhamdulillah... Berkesan juga tak perlu nak makan panadol..

Harap2 esok hilang la migrain ni :)


Pandangan Berkelip-Kelip Dan Berkilauan

Minggu ni dah 2 kali deno kena migrain =_=
Mujurlah migrain tu tak melarat teruk...

Deno dah dapat "warning" awal2.. Sebelum datang migrain tu, pandangan deno seperti ada cahaya yang berkilat.. Mesti salah satu pandangan mata deno berkelip-kelip dan lama-kelamaan, nampak berkilauan. Bila tengok tv pun nampak berkilauan je tv tu macam ada cahaya lampu yang terang.

Haaaaa... tu petanda nak datang migrain. terus deno sapu minyak angin dan tidur.. Malam semalam, sebelum tidur tu dah mula sakit kepala sikit, bangun tidur esoknya, kepala berdenyut bila bangun daripada katil.. Lama juga nak hilang ... Sekarang dah okey^^


p/s: eemmm, dah lama tak kena migrain.. hairan datang balik



Dah Lama Tak Kena...


Deno memang ada migrain sejak kecik..

Beberapa tahun ni dah lama tak kena migrain. Tapi hari kena migrain pula... Adeh la, tadi semasa di hospital pun tak boleh beridiri lama sebab pening, macam nak pitam.

Migrain hari ni, sakit sebelah kanan. Ubatnya? Biasa deno just sapu minyak angin dan tidur di dalam bilik gelap, tak boleh ada cahaya... Lama juga la terlena tadi. Alhamdulillah mujur la tak melarat, sekarang dah kurang. Dulu pernah sampai masuk hospital sebab migrain teruk.. Hairan kenapa la migrain ni datang balik setelah 2 tahun lebih tak datang....



p/s: biasanya migrain sakit sebelah kepala je kan... korang buat apa kalau kena migrain ni?



Migrain



Korang pernah migrain tak?
satu family deno ada migrain
ma, kaklong, kakngah dan deno
sampai sekarang still ada migrain
kalau nak kenal rasa sakit migrain macam mana
sakitnya sakit kepala melampau tapi sebelah kepala je
memang sakit sangat, berdenyut-denyut!

migrain nie ada tanda-tanda jugak tau bila nak datang
biasanya kalau deno kan
anak mata deno macam nampak cahaya terkelip-kelip
then anak mata deno macam bergerak-gerak dengan sendiri

biasanya kalau deno rasa macam tu
deno dah tahu nak kena migrain
cepat-cepat deno makan penadol 2 biji
masuk bilik dan sapukan minyak angin kat kepala sebanyak mungkin
kemudian baring atas katil cuba tidur
memang masa tu dah sakit berdenyut dah kepala
tapi memang deno cuba untuk tidur
sebab kalau tak.. jadi makin teruk sampai muntah-muntah
memang sakit..
deno pernah teruk sampai ke hospital!

yang terbaru ahli keluarga deno kena migrain ialah anak buah deno
sarah aina baru umur 9 tahun dah kena mirain!!
kesian dia.. baru ni kaklong call beritahu dia migrain..
tak sangka sarah pun ada migrain....
keturunan agaknya..





p/s : korang pernah kena migrain tak? kalau pernah, apa korang buat ya? share la...