Showing posts with label Movies. Show all posts

MAMA

Photo: Layan citer MAMA @HBO 431

Ini kali ke tiga tengok filem MAMA

Malam ni ada pulak kat CH HBO 431. Syok jugak layan cerita seram malam-malam ni.... Tapi deno rasa dah tak berapa seram pulak citer ni sebab dah banyak kali tengok. Sarah Aina ni asal ada hantu "mama" je rapat ngan cikcu ni... hihi

Kadang2 usik anak-anak buah macam Lily panggil MAMA.....

Ingat tak cara Lily panggil MAMA dia.. "mama.... mama... mama...."


Sambungan The Hunger Game


Wow! Akan ada sambungan filem The Hunger Games! 

Yang first dulu Katniss Everdeen dan Peeta Mellark menang game yang kejam tu dan berjaya balik ke kampung halaman masing-masing kan.. Apa pula akan terjadi pada Katniss dan Peeta ya.. Tak sabarnya nak tengok sambungan filem ni...^^



p/s: patut la banyak kali sangat ada ulangan kat HBO, rupa-rupanya nak ada sambungan ^^


The Land Before Time

Sekarang The Land Before Time @ CH 416 Fox Family Movies :)


Zaman deno sekolah rendah dulu, cerita ini lah paling suka.. Watak dinasour yang masih kecil ingat zampai sekarang!

Little foot, Cera, Petrie, Rooter dan Ducky! Yap yap yap! Eii comel! Sesiapa yang pernah tengok cerita ni mesti rindu kan? Ceritanya sangat menyeronokkan ^^


p/s: tengok kartun pagi-pagi :)



Hotel Transylvania Full Movie


Hotel Transylvania salah satu animasi kegemaran deno! Walaupun filem animasi ni diterbitkan pada tahun lepas (2012), deno suka tengok filem animasi ni sampai sekarang ^_^

Ianya mengisahkan Dracula yang mengahwini seorang manusia biasa dan dapat seorang anak bernama Mavis. Isterinya mati kerana perbuatan manusia yang ingin bunuh Dracula tapi Dracula ni baik tau.. Dracula akhirnya membesarkan anaknya dan membina satu tempat iaitu Hotel Transylvania untuk melindungi anaknya dan juga rakan-rakannya. Bagi Dracula, semua manusia ni jahat.. Dracula sangat sayangkan Mavis dan dia tak sanggup nak lepaskan mavis untuk bebas.. Sehinggalah satu hari seorang manusia berjaya masuk ke dalam Hotel Transylvania....

Kita dapat tengok dalam filem animasi ni betapa sayangnya seorang ayah pada anaknya... Suara Dracula dimainkan oleh Adam Sandler dan Mavis pula oleh Selina Gomes! Lakonan Adam Sandle pun deno minat, apatah lagi suaranya dalam filem animasi ni... hehe ^_^

Ini part paling deno suka.. sweet je papa dracula ni *daddy's girl* :)


Jom tonton online Hotel Transylvania 2012 :)

Link :


p/s: tak silap deno..akan ada pula Hotel Transylvania2 pada tahun 2015! Excited!  ^_^

Night At The Museum

Hari ni movie semua best2.. CH 105 sekarang ni pun ada movie best "Night At The Museum".



Bila deno berkunjung ke Muzium Terengganu kan, mesti deno teringat cerita ni.. Bayangkan macam mana la kalau patung-patung dalam muzium tu bergerak...errr...

Btw, filem Night At The Museum1 dan Night At The Museum2 dua-dua best! ^_^


p/s: paling suka part Owen Wilson kecik tu... comel je bila jadi kecik^^


Despicable Me 2010 Full Movie


Sebelum Despicable Me2, deno sangat suka menonton Despicable Me yang first ni.. Cerita permulaan bagaimana Gru,seorang saintis yang tak pernah dapat sokongan daripada ibunya atas segala usahanya dari kecil. Sehinggalah dia mengambil 3 orang anak angkat sebab nak capai impiannya. Anak-anak angkat Gru yang comel iaitu Margo, Adith  dan Agnes! Bersama minions yang nakal dan comel tu... Sweet sangat ending Animasi Despicable Me yang pertama ni.. tengok banyak kali pun tak jemu :)

Jom tonton online Despicable Me 2010 :)



p/s: deno rasa yang pertama lebih best! heee^^

Cabin In The Woods


Sekarang!

Movie misteri malam ni... 
Cabin In The Woods @ Astro CH 433.. Gulp.. Terkezut!



p/s: layan movie sambil makan buah setor ^_^


Tiket Dah Penuh!


Filem Komedi P.Ramlee memang diminati alhi keluarga termasuk deno..

Tiket dah penuh..  nampaknya deno duk bawah je menonton "wayang" kart rumah ni ^_^


p/s: Filem Do Re Mi @ Astro CH 105


Nasib.. Nasib..


Nasib Si Labu Labi @ TV@2!

duk tengok citer nih dengan adam khaleef ^^



p/s: tiap2 minggu ada filem p.ramlee... ! <3 p="">

Gelak Sakan!

Malam-malam gelak sakan


satu family tengok citer pahlawan do re mi...
zam zam ala kazaaaam.....

p. ramlee memang lagenda.. tengok citer dia banyak kali pun tak jemu! <3 p="">


p/s: deno paling minat citer masam masam manis:) anda pula bagaimana?

Layan ...

Layan Transformers2 @ tv2


bila tengok cerita ni, teringat pula masa deno ke USS pada tahun lepas.. masuk dalam Transformers The Ride tuh.. perghh.. serak suara menjerit!

okeh..
jom layan Transformers! ^_^


p/s: jika masuk Transformers The Ride sila jangan pejam mata sebab nanti boleh tengok Autobot berlawan dengan Dicepticon semasa selamatkan kita.. :) *deno terpejam mata part jatuh dari bangunan tingi... rugi betul tak dapat tengok bumblebee datang selamatkan :p



They Are Bestfiend

in reality... they are enemies
but.. in the Madagascar film, they are bestfriend!

i like to move it move it .. i like to move it move it.. move it!



p/s: adam khaleef favourite film^^



Masam-Masam Manis

Sekarang ada tayangan filem Masam Masam Manis @ Astro CH105




filem kegemaran deno dari zaman deno budak-budak sampai sekarang
suka part p.ramlee cakap bahasa jerman tu.. hihi^^



p/s: ada pula lagu perwira.. teringat pejuang askar dan polis di sabah, sama-sama kita doakan keselamatan mereka


Tak Sabarnya!

Oh Dispecable me!

 tak sabar-sabar nak tengok Dispecable Me 2 yang akan datang June 2013 nanti! macam mana ya nanti dengan Mr. Gru, tiga beradik comel (Margo, Edith, Agnes) dan the minions!



suka sangat tengok the best moment of agnes!




p/s: its so awesome and i gonna die!!!! * buat cara agnes ya... hihi^^ 
       


Harry Potter

Selamat malam semua :)

Baru sekarang dapat rehat.. nanti deno cerita eh.. sekarang deno tengok filem Harry Potter di tv2. Malam ni Harry Potter and The Sorcerer's Stone! Potter yang first dan masih kecil... comel sangat!

deno minat Harry sebelum dibuat filem lagi, sebelum tu kan just ada novel by JK Rowling.. deno just ada dua buah buku Harry Potter.. yang lain belum beli.. mahal tuuu.... tapi deno perefer tengok filem sebab lagi best rasanya.. boleh tengok wizard tu buat macam-macam... hilang la, terbang, bertukar dan banyak lagi! hikhik :)

seronoknya kalau deno pun tahu magis! mana tahu deno boleh sembuhkan SLE dalam badan deno ni kan? berangan... lalalalala....

deno love Harry Potter, Ron Waesley dan Hermione Granger

 

  

 


p/s: mood "ohh harry..!!!"




Comel-Comel

Selamat petang semua:)

Cuaca mendung, then terus hujan.. hujan lebat pulak tu.. tv tak bleh la huja2 macam ni.. jadi tengok kartun la dalam laptop.. tengok movie Despicable Me. sangat best kan .. mesti korang pernah tengok kan? citer ni tengok 10 kali pun tak bosan sebab best dan watak-watak pun comel!

comel!!!

   


 

 

  

 

 

 

 the best moment of agnes!
comel!!! geram betul! grrrr :)

source : google dan youtube


Ladda Land


 

Ladda Land

dah dua kali deno tengok di Astro Channel 131
malam ni still ada ulangan pukul 1am nanti
memang best cerita ni

ceritanya seram dan suspen
cerita ini mengisahkan hantu yang gemar 
mengacau penduduk di kawasan perumahan..
cerita hantu thai memang awesome!
deno berani tengok sebab ada my sis (kak ana).. hehe

memang lucu tengok cerita yang banyak terkejut ni
tahu tak sebab apa?
kak ana menjerit bila dia terkejut
deno pula menjerit bila dengar kak ana menjerit
deno bukan menjerit sebab terkejut tengok hantu
tetapi disebabkan suara kak ana... boleh bayang tak?
hehehe.... ^_^




p/s : Jom tengok Ladda Land @ Astro Channel 131!




Snake In The Eagle's Shadow




 sekarang ada cerita Snake In The Eagle's Shadow @ TV3
cerita ni start pukul 10pm tadi..
 deno memang minat sangat jackie chan!
cerita malam ni deno tak pernah tengok
tapi pelakon utama sama macam pelakon dalam Drunken Master.


 
 filem tahun 1978


korang tengok tak?
tadi ada part kelakar.. hehe...
BEST!



p/s deno minat jackie chan :)




Maria Mariana

Hampeh jew... punya la wal pegi kelas, tup tup kelas batal... semua lecturer ada meeting pulak! naseb baik abah belum balik...

Layan citer Maria Mariana @ TV3 la... ~


 
~ Psst2, best jugak layan citer lama.. hehehhh