Dayang Deno: Muhasabah Diri
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

18.11.14

Walau Siapa Pun Kita
November 18, 2014 2 Comments

Muhasabah firi di pagi hari...
Ingatan untuk diriku juga...



*selamat pagi ~~
Reading Time:

23.10.14

Jangan Lupa
October 23, 2014 5 Comments

Mungkin kita lupa nasihat ayah ketika kecil, tapi janganlah kita lupa jasa dan pengorbanan mereka.. Hargai kedua ibu bapa, mereka adalah harta yang sangat tidak ternilai ..... 

Tanpa mereka, siapalah kita di dunia ini.....


#muhasabahdiri


Reading Time:

11.8.14

Hikmah
August 11, 2014 7 Comments
Allah beri kita ujian, DIA duga, sebab DIA sayang pada kita... Bila kita diduga, kita akan lebih insaf dan ingat padaNya.... Ujian dan dugaan yang mempunyai pelbagai hikmah yang tersembunyi..... :')

#muhasabahdiri


Reading Time:

26.2.14

Syukurnya Aku...
February 26, 2014 7 Comments
Sedih tengok kisah adik Lily Syuhada di Bersamamu @ TV3 tadi... Dia ada tumor dan hilang penglihatan selepas operation... Deno teringat pula kenangan deno pada akhir 2012.. my SLE aktif dengan ESR 120 ++

Satu ketika betapa sakitnya badan ni sampai kepala pun sakit.. Lebih sakit dari migrain, berdenyut-denyut. Sangat-sangat sakit.. Bila sakit kepala dah hilang, sebelah kepala membengkak, tak tahu kenapa. Sebulan di hospital.. Selepas discaj, deno ditransfer ke pakar surgical. Bila diperiksa, doktor cakap ada kuman dalam kepala (di bahagian bengkak) dan doktor suggest untuk operate... Perasaan masa tu hanya Allah tahu betapa takutnya diri ini sebab di klinik SOPD, semua patient yang buat operation di kepala duduk di atas wheelchair, ada juga yang lumpuh...



Then ada seorang akak tu, anaknya baru 3 tahun, dia jumpa doktor sama dengan deno. Masa tu deno pun hairan kenapa pandangannya kosong, hanya ke depan dan dia duduk di atas wheelchair juga.. Bila dia jumpa doktor barulah deno tahu dia juga hilang penglihatan akibat operation di kepala akibat tumor, sama dengan adik Lily Syuhada.. kesian sangat dengan akak tu, deno pun tengok ada sorang MO masukkan jarum dalam kepala akak tu sedut cecair dalam kepala, deno nampak sebab masa tu deno pun dalam bilik doktor tu... Masa tu, selera makan terus hilang bila tahu doktor nak operate kepala deno.. Terbayang akibat yang macam-macam... Tapi abah minta tangguh 2-3 minggu dahulu sebab nak cuba berubat tradisional..


Alhamdulillah selepas 2 minggu bengkak di kepala makin surut.. Bila ke hospital semasa nak buat ct scan, doktor cakap tak perlu buat dah... Alhamdulillah lega sangat-sangat sebab operation tak jadi, syukur sangat-sangat...! Tadi bila lihat adik Lily Syuhada dalam Bersamamu, deno teringat kenangan kepala hampir dibedah.... 

Ya allah syukurnya aku......


p/s : semoga adik lily Syuhada tabah dalam menjalani kehidupan yang akan datang...........


Reading Time:

28.5.13

Bercakap Buruk
May 28, 2013 4 Comments

"janganlah kita bercakap buruk tentang orang, nanti apa yang diucapkan akan berbalik kepada diri sendiri"

p/s: dipetik dari kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah :)
Reading Time:

24.5.13

Kita Semua Diuji
May 24, 2013 5 Comments


Kita sakit

Kita miskin 

Kita tidak pandai

Kita gagal

Kita sihat 

Kita kaya 

Kita pandai

Kita berjaya

 Tak kira apa sahaja berlaku ke atas kita, sebenarnya kita diuji..
 Ingatlah, Allah sentiasa menguji kita...


p/s: muahasabah diri...


Reading Time:

1.5.13

Ucaplah Dengan Penuh
May 01, 2013 13 Comments

Kadang-kadang kita rasa remeh je doa ni kan... jangan sekadar mengucapkan Bismillah ketika mula makan dan Alhamduliillah setelah kenyang..  seeloknya bacalah doa sebelum dan sesudah makan dengan doa yang penuh..


p/s: ingatan untuk diri sendiri juga ^_^



Reading Time:

1.4.13

Seburuk-Buruk Mereka
April 01, 2013 8 Comments
Sekali ibu kita pelacur sekalipun, sekali ayah kita seorang perogol sekalipun, Islam tidak pernah mengajar kita meninggalkan mereka. Pernah dengar kisah Nabi Musa A.S dan seorang pemuda yang menjadi jirannya di syurga nanti?

Nabi Musa A.S teringin berjumpa dengan jirannya di syurga nanti, maka ALLAH menyuruh Nabi Musa yang mempunyai kelebihan bercakap dengan ALLAH secara terus berbanding para rasul yang lain ke sbeuah tempat.

Terus, Nabi Musa A.S berjumpa dengan seorang pemuda yang begitu asyik dan kusyuk membelai dua ekor babi yang besar. Terus, Nabi Musa A.S merasa pelik mengapakah pemuda di hadapannya ini boleh menjadi jirannya sedangkan dia bermain dengan binatang yang haram? Lalu ditanyakan soalan.

Nabi Musa: Bagaimana kau boleh jadi jiranku di syurga nanti sedangkan tingkah kau menunjukkan sebaliknya?

Pemuda itu dengan tersenyum terus menjawab: Khinzir ini merupakan ibu dan ayah aku. Mereka jadi begini kerana disumpah atas dosa mereka oleh ALLAH. Apa-apa pun itu urusan mereka dengan ALLAH, aku akan terus menjalankan bakti aku sebagai seorang anak. Setiap hari aku akan mandikan mereka, memberi mereka makan dan menyisir bulu mereka.

Lihatlah betapa ALLAH mengangkat darjat seorang anak yang tidak pernah memilih siapa ibu bapa mereka. Seburuk-buruk mereka pun, mereka tetap ibu bapa kamu. :) 



p/s: tanpa ibu bapa, kita tiada di dunia ini... 



Reading Time:

4.2.13

Bersyukurlah Dengan Setiap Apa Yang Ada
February 04, 2013 5 Comments

klik untuk lihat.. credit to GGB

kadang-kadang kita tak sedar..
demam sikit kita dah merungut..
bersyukurlah...



p/s: jika kita sakit, ada orang lebih peritnya sakit daripada kita.. :)


Reading Time:

3.2.13

4 Tanda-Tanda Hidup Tidak Berkat
February 03, 2013 11 Comments

Sebenarnya, banyak tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatnagkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda di bawah ini juga jelas tidak  mendatangkan keberkatanNya.. Nau'uzubillah..

4 tanda hidup tak berkat

1.Duit banyak tapi cepat jer habis
Tak tahu duit pergi mana, pendapatan bertambah, tai asyik tak cukup jer.. duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit bertambah banyak, bersedekah pun banyak.. tapi tak malah bertambah kedekut. Sedekah tak bertambah, duit banyak habis ke tempat lain.

2.Buat kerja, tak siap
Projek ada macam-macam, idea banyak tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dilakuka, macam-macam projek dilakukan tapi semuanya tergantung. Semua tergendala, semua tak jadi. Satu pun tak jadi. Kalau ada yang menjadi, itu pun tak mengikut yang dirancang

3.Buat sesuatu, tak dapat manfaat
Baca buku, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang

4.Masa habis dengan sia-sia
Kononnya sibuk, tapi masa banyak habis dengan melakukan perkara yang sia-sia.. leka tengok tv, leka berborak, leka melepak dan macam-macam lagi. Tapi nak luang baca al-quran 5 minit pun tak boleh. Solat pun akhir waktu, tu pun tak sampai 5minit. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.



p/s: marilah sama-sama kita bermuhasabah diri^^



Reading Time:

2.2.13

Siapalah Kita...
February 02, 2013 4 Comments

*untuk awak

Siapa yang nak sakit kan?

tanyalah semua orang di dunia ini mesti takada orang yang nak sakit

selain awak, ada di antara rakan-rakan SLE yang rasa putus asa dalam hidup, sampai ada yang dah taknak makan ubat, taknak jumpa doktor... taknak berikhtiar apa-apa lagi.. tapi awak, sakit bukannya bermaksud berakhir hidup kita kan?


awak, deno tahu ramai pesakit yang stress sebab kesan ubat yang diambil setiap hari.. kesan ubat-ubat lyang buat badan rasa lemah, rambut gugur, mata rabun, tulang cepat rapuh dan macam-macam side effect..

deno pun tak terkecuali kadang-kadang stress dengan kesan ubat.. tapi, deno akan cuba untuk elak stres tu sebab bila stress, SLE mudah aktif..  bila SLE aktif, kita pula akan sakt.. sama juga dengan awak, jangan biarkan diri awak berada dalam stress

benar, penyakit ni belum ada penawar yang boleh menyembuhkannya.. tapi kita ada ubat yang boleh buatkan kita bertahan kan? 

siapalah kita untuk merungut dengan sakit kita ni.. ingat lah awak, allah beri kita sakit untuk menguji kita.. sakit-sakit kita pun, kita masih sempurna pancaindera.. kita dapat melihat, mendengar, bercakap, makan, minum, kita ada cukup dua tangan, dua kaki.. kita boleh ke mana-mana kita suka.. deno tak dapat bayangkan hidup deno tanpa semua tu.. kita masih betuah, sangat beruntung masih ada semua ni.. di luar sana, ada rakan-rakan yang sakitnya lebih derita daripada kita..

awak..

ingatlah.. allah memberi kita penyakit, allah juga akan memberi kita penawarnya :)





p/s: bersyukur dengan seadanya :)


Reading Time:

2.12.12

Muhasabah Diri
December 02, 2012 13 Comments

Selamat malam semua..




you hate your life, you want to quit......
while some people dream of having your life..
always thank ALLAH for His countless blessings




p/s: muhasabah diri


Reading Time:

9.11.12

Jangan Bersedih Apabila Tidak Mempunyai Kasut
November 09, 2012 9 Comments

Selamat pagi semua...

amazon box, box, cartoon, cute, love

di dalam kesedihan... teringat kata-kata seorang kawan..

"janganlah kita bersedih apabila tidak mempunyai kasut... 
sedangkan ada rakan kita di luar sana yang tidak mempunyai kaki..."


mendalam maksudnya




p/s: semangat sudah datang



Reading Time:

1.11.12

Muhasabah Diri
November 01, 2012 5 Comments

Selamat malam semua :)

sekejap..

lihat dan fikirkan.. muhasabah diri....

 
sumber : fB

betapa bersyukurnya pada allah swt diriku dilahirkan di bumi bertuah ini..

muhasabah diri di malam hari
http://www.emocutez.com



p/s: speechless

Reading Time:

15.10.12

Bersyukur
October 15, 2012 2 Comments

Selamat tengahari semua :)

tadi kat group SLE.. terjumpa ni...

pemuda ini telan 65biji ubat sehari

deno makan ubat 25biji pil setiap hari... tu pun kadang-kadang rasa jemu...
tapi ada orang makan lebih banyak ubat dari deno dan dia seorang yang kuat!

sebab tu bila deno sakit...deno cuba untuk tak merungut atau mengeluh
sebab deno tahu... bila deno sakit... ada orang yang lebih sakit daripada deno kat luar sana...
bila macam ni, kita jadi lebih bersyukur .... kan? 



p/s: sakit itu dugaan :)




Reading Time:

14.7.12

Bila Kita Sakit
July 14, 2012 5 Comments
Selamt petang semua :)

"bila kita rasa sakit dan perit.. sabarlah....
ada orang lebih sakit daripada kita di luar sana...."
thats my mum always told me :')

 




p/s: bila deno sakit dan terlantar di hospital, deno cuba untuk kuat.. sebab deno tahu di luar sana ada orang lebih teruk sakitnya daripada deno... bersyukur dengan segala nikmat yang telah allah kurniakan.. 



Reading Time:

2.5.12

Muhasabah Diri
May 02, 2012 6 Comments



tadi duk gedek-gedek google terjumpa gambar nie... orang kurang upaya pun boleh cari rezeki sendiri.. kita yang sempurna janganlah selalu merungut.. sesungguhnya kita adalah insan bertuah yang mempunyai pancaindera yang sempurna..



p/s : muhasabah diri



Reading Time:

25.4.12

Love Your Parents, We Are So Busy..

24.12.11

Ingat Allah Ketika Susah Dan Senang
December 24, 2011 4 Comments
Kita sebagai manusia perlu mempunyai hati yang takutkan Allah tidak mengira waktu susah dan senang. Manusia seperti ini akan sentiasa melakukan kebaikan dan melakukan ibadah tidak kira siang atau malam kerana takutkan azab Allah di hari akhirat dan ingin mendapatkan keredhaan dan rahmat Allah.


Keikhlasan manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah tanda terima kasih di atas segala nikmat yang diperolehi.

Kepada Allah kita mengadu... kepad Allah kita bersyukur.

Kesimpulannya, kita sebagai hamba perlu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah tidak mengira waktu susah atau senang..... sentiasalah ingat padaNya yang satu....



~ Psst2, muhasabah diri..


Reading Time:

3.12.11

Muhasabah Diri
December 03, 20111 Comments
seorang ibu dan seorang ayah boleh menjaga anak yang ramai
anak yang ramai belum tentu boleh menjaga seorang ibu dan seorang ayah

saya sayang ma dan abah saya!


~ Psst2, muhasabah diri...


            
Reading Time: