Dayang Deno: Muhasabah Diri
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah Diri. Show all posts

18.11.14

Walau Siapa Pun Kita
November 18, 2014 2 Comments

Muhasabah firi di pagi hari...
Ingatan untuk diriku juga...



*selamat pagi ~~
Reading Time:

23.10.14

Jangan Lupa
October 23, 2014 5 Comments

Mungkin kita lupa nasihat ayah ketika kecil, tapi janganlah kita lupa jasa dan pengorbanan mereka.. Hargai kedua ibu bapa, mereka adalah harta yang sangat tidak ternilai ..... 

Tanpa mereka, siapalah kita di dunia ini.....


#muhasabahdiri


Reading Time:

11.8.14

Hikmah
August 11, 2014 7 Comments
Allah beri kita ujian, DIA duga, sebab DIA sayang pada kita... Bila kita diduga, kita akan lebih insaf dan ingat padaNya.... Ujian dan dugaan yang mempunyai pelbagai hikmah yang tersembunyi..... :')

#muhasabahdiri


Reading Time:

26.2.14

Syukurnya Aku...
February 26, 2014 7 Comments
Sedih tengok kisah adik Lily Syuhada di Bersamamu @ TV3 tadi... Dia ada tumor dan hilang penglihatan selepas operation... Deno teringat pula kenangan deno pada akhir 2012.. my SLE aktif dengan ESR 120 ++

Satu ketika betapa sakitnya badan ni sampai kepala pun sakit.. Lebih sakit dari migrain, berdenyut-denyut. Sangat-sangat sakit.. Bila sakit kepala dah hilang, sebelah kepala membengkak, tak tahu kenapa. Sebulan di hospital.. Selepas discaj, deno ditransfer ke pakar surgical. Bila diperiksa, doktor cakap ada kuman dalam kepala (di bahagian bengkak) dan doktor suggest untuk operate... Perasaan masa tu hanya Allah tahu betapa takutnya diri ini sebab di klinik SOPD, semua patient yang buat operation di kepala duduk di atas wheelchair, ada juga yang lumpuh...



Then ada seorang akak tu, anaknya baru 3 tahun, dia jumpa doktor sama dengan deno. Masa tu deno pun hairan kenapa pandangannya kosong, hanya ke depan dan dia duduk di atas wheelchair juga.. Bila dia jumpa doktor barulah deno tahu dia juga hilang penglihatan akibat operation di kepala akibat tumor, sama dengan adik Lily Syuhada.. kesian sangat dengan akak tu, deno pun tengok ada sorang MO masukkan jarum dalam kepala akak tu sedut cecair dalam kepala, deno nampak sebab masa tu deno pun dalam bilik doktor tu... Masa tu, selera makan terus hilang bila tahu doktor nak operate kepala deno.. Terbayang akibat yang macam-macam... Tapi abah minta tangguh 2-3 minggu dahulu sebab nak cuba berubat tradisional..


Alhamdulillah selepas 2 minggu bengkak di kepala makin surut.. Bila ke hospital semasa nak buat ct scan, doktor cakap tak perlu buat dah... Alhamdulillah lega sangat-sangat sebab operation tak jadi, syukur sangat-sangat...! Tadi bila lihat adik Lily Syuhada dalam Bersamamu, deno teringat kenangan kepala hampir dibedah.... 

Ya allah syukurnya aku......


p/s : semoga adik lily Syuhada tabah dalam menjalani kehidupan yang akan datang...........


Reading Time:

28.5.13

Bercakap Buruk
May 28, 2013 4 Comments

"janganlah kita bercakap buruk tentang orang, nanti apa yang diucapkan akan berbalik kepada diri sendiri"

p/s: dipetik dari kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah :)
Reading Time: