Showing posts with label Murtabak Daging. Show all posts

Adussss... Tiba-Tiba Pulak....

Ini penangan rancangan TV la ni, tiba-tiba pulak pagi-pagi buta teringin Murtabak Daging .. Adussss.....

 sedapnyaaa *pejam mata bayangkan makan murtabak*

Maybe ada orang tak pernah makan murtabak dengan kuah merah bawang tapi inilah favourite deno, murtabak daging with kuah merah bawang yang masam-masam sket tu.. Kat pantai timur femes rasanya kuah ni. My abanglong *abang ipar* orang Melaka, dia tak boleh makan denga kuah merah ni... hihi..

Deno boleh semua, kuah dhal ke, kuah merah ke.. Kalau namanya murtabak, memang my favourite!! Bila bulan puasa murtabak daging ialah menu wajib.. kikiki :p


p/s: seronoknya kalau pandai buat sendiri... hmmmm... hwaaaa nak murtabak!!!


Menu Wajib Berbuka


Apa lagi.. murtabak daging la..

Lagi-lagi dengan kuah merah masam-masam tu.. nyum2...



p/s: kalau lambat deno habiskan sorang.. ekekek ^^

Dinner Dan Murtabak

Seharian tak makan nasi..

selera hanya pada roti .. tadi, dinner pun deno makan murtabak daging^^


Deno suka kuah merah masam2 tuuu... ada sesetengah orang tak suka.. tapi di terengganu kebanyakan penduduknya makan bersama kuah warna merah tu, enrah apa nama kuah tu tapi rasanya masam2 macam tu...

habis sekeping dah kenyang.. alhamdulillah :)


p/s: bila makan murtabak, teringat bulan Ramadhan.. tak lama dah.....^^



Bersantai.. Murtabak + Kuah Merah

Petang ni lain pula...

abah ada belikan murtabak daging


deno suka makan murtabak bersama kuah merah yang masam2.. kalau kuah dal atau kari deno makan bersama roti canai je..

di terengganu, kebanyakannya murtabak dijual bersama kuah merah ni
korang pula suka makan macam mana?\


p/s: suka murtabak daging ^_^


Kuah Dal atau Kuah Merah?


Selamat malam semua :)

Bila hampir bulan puasa ni kan, rajin pulak deno ke pasar malam.. hihi.. rasa macam ke bazar ramadan pun ada.. hehe... biasanya korang ke pasar malam beli apa? deno takde makanan lain mesti murtabak! deno suka murtabak daging, biasanya deno beli dua keping.. sekarang harganya RM2.50 satu keping, di tempat korang berapa harganya?

susah nak cari murtabak yang tebal dan banyak isi... sebab tu deno biasa beli dua keping sebab tak cukup! kuah murtabak pula deno prefer kuah yang warna merah yang masam-masam yang ada bawang tu.. kalau makan dengan dal atau kari deno rasa macam tak sesuai pulak dimakan dengan murtabak... tapi ada jugak orang tak suka kuah merah tu.. macam abang ipar deno, bila makan murtabak mesti nak kuah dal.. dia tak biasa kuah merah..

jadi bila bulan puasa kalau beli murtabak mesti deno minta jugak kuah dal.. untuk abang ipar kesayangan kan.. nanti takde kuah dah dia tak makan pulak murtabak tu.. kesian.. hihi...

murtabak... oohhh murtabak.. 

tetiba ada biskut chocfudge atas pinggan sekali ngan murtabak.. biskut adam khaleef tuu... hihi :p


p/s: deno prefer makan murtabak bersama kuah merah yang masam-masam tu.. korang macam mana?