Showing posts with label My Extreme Animal Phobia. Show all posts

My Extreme Animal Phobia #Part2

Kebetulan on je CH 556 mesti ada! ^^


Kali ini phobia kepada :

-Labah-labah : wanita
-Rama-rama : wanita
-Lipas : lelaki yang ganas bertindik di muka

Yang nak tergelak lelaki yang takut lipas tu tinggal bersama haiwan liar dan berbisa! Dia tinggal bersama tarantula, ular, kalajengking tapi takut lipas! Phobia sehingga sesak nafas dan muntah2! Tapi tak boleh nak kata jugak sebab fobia bukan main-main!

Yang fobia labah-labah tu biasa.. deno pun takut labah-labah tapi tak sampai tahap fobia :)

Wanita seorang lagi fobia rama-rama! OMG! Serangga yang paling deno suka, rama-rama! Kalau difikirkan pelik kan orang takut rama-rama..? Tapi bila fobia memang tak boleh buat main-main sebab boleh menyebabkan seseorang tu menjerit-jerit, sesak nafas dan boleh pengsan


p/s: tak suka katak tapi okey lagi bila tengok.. tapi kalau minta pegang deno taknak!!! ^_^



My Extreme Animal Phobia!

Sekarang deno sedang menonton satu rancangan di CH 556 Animal Planet


Rancangan ni tentang terapi untuk orang yang ada fobia yang terlampau teruk pada sesetengah haiwan dan serangga. Mereka akan jaid gelisah, sesak nafas, jantung berdegup laju, menangis dan ada sampai rasa nak mati bila melihat haiwan atau serangga tu.

Paling teruk, walaupun hanya melihat gambar mereka dah menangis dan terasa seperti nak mati.. Jadi melalui seorang doktor, mereka akan melalui terapi yang membuat mereka berdepan dengan fobia mereka tu!Kadang2 rasa kelakar juga ada orang yang fobia pada serangga macam ulat gonggok dan semut sehingga menjerit dan menangis teruk.. tapi tak boleh nak kata juga kan sebab setiap individu berbeza kan?

Emmm... korang ada fobia dengan haiwan atau serangga?


p/s: deno takut katak! eiii lembik dan berair...! tapi tak la sampai sesak nafas dan menangis.. menjerit je kot, hehe  :p