Dayang Deno: NESTLE Natural Set Yogurt
Showing posts with label NESTLE Natural Set Yogurt. Show all posts
Showing posts with label NESTLE Natural Set Yogurt. Show all posts

18.11.13

Healthy Yogurt Chicken Roll
November 18, 2013 11 Comments
Sponsored Post Opportunity : NESTLE Natural Set Yogurt

Deno dapat sponsored post daripada Nuffnang!! OMG! Excited! Dah dua tiga hari fikir tapi tak ada idea...Tapi tiba-tiba tadi dapat idea! Emmm... sedapnya! Dalam kepala dah ada bahan-bahan.. Terus pergi beli bahan-bahan!

Inilah hasil resipi "bidan terjun" iaitu Healthy Yogurt Chicken Roll! Tadaaaa....!! ^_^


Bahan A :
Sekeping dada ayam (dipotong dadu)
4 sudu besar NESTLE Natural Set Yogurt 
1 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan B
1/2  lobak merah dicincang dadu
1 biji tomato dipotong dadu
1 labu bawang besar dicincang halus
1 biji lada merah dipotong dadu

Bahan C
Sekeping roti totilla
Daun salad untuk hiasan

Cara-cara :
1. Bahan A digaul sehingga rata dan diperap selama 5 hingga 7 minit. 
2. Sementara ayam diperap, Bahan B ditumis dengan menggunakan sesudu kecil mentega sehingga naik bau dan ketepikan.
3. Kacau goreng Bahan A sehingga masak dan ketepikan.
4. Panaskan roti totilla di atas kuali tanpa minyak.
5. Gaulkan Bahan A dan Bahan B yang telah siap dimasak (inti)
6. Ambil sekeping roti totilla, letakkan daun salad dan inti tadi. Gulungkan. Sedia dimakan panas-panas :)

Alhamdulillah... Selain sedap, sihat pula tu! Dengan kebaikan NESTLE Natural Set Yogurt! ^_^


p/s: sihat dan sedap! cubalah! ^^


Reading Time: