Showing posts with label Nestle. Show all posts

CPUV Nestum #MoreLife

Nestum! Kegemaranku!!! ^_^

Kali ni dapat CPUV Nestum pula daripada Mr. Nuffnang. Macam tahu-tahu je dayangdeno ni peminat tegar Nestum.. Dulu, kini dan selamanya.^^


klik gambar 

Deno memang sangat sukakan Nestum! Sejak dulu sampai la sekarang memang sukakan Nestle Nestum! Bukan 3 in 1 tau, Nestum yang perlu kita bancuh sendiri mengikut sukatan kita...

Deno suka makan Nestle Nestum yang dibancuh bersama Nespray atau Milo. Bancuh pekat-pekat sikit, macam bubur. Nestle Nestum ni banyak berjasa pada deno. Sebenarnya deno ni memang kurang makan, lebih-lebih lagi bila SLE flare dan admit hospital. My mum mesti sediakan bekalan Nestum sebagai ganti makanan. Nestum inilah yang bantu deno bertenaga dalam menjalani rawatan di hospital^^


p/s: Nestum dihatiku ~