Showing posts with label Nostalgia. Show all posts

Teringat Pula

Nak dekat raya ni mulalah teringat nostalgia dulu-dulu... biskut raya.


Biskut raya mesti wajib ada di rumah setiap kali hari raya kan

Dan setiap daripada kita mesti ada biskut kegemaran kan... Entah macam mana tiba-tiba deno teringat dengan biskut raya kegemaran deno zaman deno kecik-kecik dulu..

BISKUT NESTUM NESTLE

Dulu-dulu semua biskut raya my mom buat sendiri, siap dapat tolong lagi.. Biskut Nestum my favourite! Nestum sememangnya favourite deno, apatah lagi bila jadik biskut raya.. Jangan cakaplah, apa yang melibatkan nestum memang akan menjadi favourite deno.

Deno masih ingat jelas rupa biskut nestum di dalam paper cup, fuhhh terbayang dah ni!

Boleh dikatakan biskut nestum tu banyak dihabiskan oleh deno sahaja. Tak ramai tetamu yang datang beraya dapat rasa.. Deno yang banyak makan..

Even belum raya pun dah masuk mulut.. How la nak cukup untuk tetamu.. haha! Memang serius sedap!

Sekarang ma dah tak buat biskut raya.. Sebabnya sekarang bila anak-anak dah besar, anak-anak pula tempah biskut raya.. Tapi  yang ada di kedai2 pun tak pernah sama.. Banyak ciptaan biskut2 nestum dah tak sama macam dulu..

Jujur cakap, rindu biskut nestum ma yang dulu.. :')


#Love And Hugs