Showing posts with label PSLEM. Show all posts

Drawing For Da Contest


Event PSLEM dah dekat.. As usual da bendahari must sediakan artwork for da colouring contest... Tapi artwork ni deno buat simple sebab untuk kanak-kanak under 12tahun kan... Heeee..

As usual mesti ada jugak butterfly even kali ni butterly kecik je.. Last year butterfly besar.. Lupus symbol kan butterfly, so da butterly itu wajib! Huhuuu


**Event PSLEM this Saturday


Forum Awam SLE

Haaaa.... Deno nak ajak korang ke Forum Awam SLE di Terengganu pada 22 Mac nanti....! Jom la kita semua pergi, dapat dengar info-info mengenai  SLE :)


Tarikh : 22 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00pagi - 1.00tengahari
Tempat :
Auditorium, Pusat Rawatan Harian,
Hospital Sultanah Nur Zahirah

Kandungan ceramah :
  • Apakah penyakit SLE?
  • SLE dan Kehamilan
  • SLE dan Buah Pinggang
  • SLE dan cabaran yang dihadapi
  • Soal Jawab - pesakit dan doktor
Penceramah :

Pakar-pakar Rheumatology dan Nefrology daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu



p/s: LUPUS, learn about it



My Super Duper Awesome, Gorgeous, Amazing And Supportive Doctors

Ahaks! :p

Dah lama nak update pasal ni tapi asyik lupa je.. Last year deno ada cerita yang minggu super busy dengan macam-macam kerja nak buat kan. Salah satunya ialah deno ke hospital untuk jumpa doktor-doktor pakar bukan sebagai patient tapi sebagai "cikgu".. hihi^^

Sangat sangat sangat seronok ada doktor yang super awesome, gorgeous, amazing dan supportive!! Ramai tau doktor2 yang sangat amazing di HSNZ! Especially unit rheumatology dan nefrology^^ Hari tu deno ke hospital menjadi "cikgu" kepada doktor untuk mengunakan blog :)

doktor yang sangat supportive dan semangat!

nampak blog PSLEM Terengganu tuuu.......

Sporting sangat doktor, dah macam kakak kita sendiri. Any problem kita boleh terus cakap, tanya apa-apa sahaja doktor mesti terangkan. Semua doktor2 deno membantu dalam menjayakan penubuhan PSLEM Terengganu, terharu sangat-sangat!

Kalau korang tengok kesungguhan semua doktor kat sini kan, boleh menitik air mata sebab boleh nampak keikhlasan semua doktor menjaga, merawat, mambantu dan menyokong kami, their patients.


p/s: sayanggggg doktor!!! :')


Jumpa Doktor Lagi...


Esok jumpa doktor lagi...

Kali ini bukan sebagai patient tapi sebagai "cikgu"! :p

Bila dah ada PSLEM di Terengganu ni kan, macam-macam program. Esok deno jumpa Dr. Asmah (pakar rheumatology) dan Dr. Zaiha (pakar nefrology) sebab ada nak bincang sikit pasal blog PSLEM Terengganu ni...

Alhamdulillah doktor2 deno semuanya baik hati dan sporting :)


p/s: pejam celik pejam celik dan 15 tahun deno bersama SLE ~


PSLEM Ganu Kita

Banyak hari juga fikir, nak buat warna apa, macam mana, nak letak apa.. Bimbang juga kan Presiden, Timbalan Presiden cakap apa.. Deno ada idea nak buat tema warna merah, hitam.. Macam warna Walk-A-Payung! Siap juga blog persatuan SLE bagi kumpulan sokongan ganu kita!

Alhamdulillah Presiden (Dr. Asmah), Timbalan Presiden (kakfiza) dan Setiausaha (Dr. Zaiha) suka! Lega betul.... :)

blog yang dah siap ^_^

Doodle deno buatkan ada bangsa melayu, cina dan india sebab pengidap SLE berbilang bangsa kan.. Doodle lelaki deno buat satu sahaja sebab 90% pesakit SLE ada perempuan. Nisbahnya pun 9 : 1. Jadi doodle perempuan yang tiga tu melambangkan pesakit perempuan yang lebih ramai...

Sepatutnya siap awal tapi banyak masa dihabiskan di hospital.. 2-3 hari ni banyak ke hospital pula.. Dengan order customer yang masih belum terusik, penin penin.... Email pun baru reply, minggu ni banyak pula nak kena jumpa doktor.. Esok deno nak sambung buat customer punya pula. Sekarang perlu pandai bahagikan masa bila dah ada tanggungjwab lain pula..Sebelum ni, deno fokus pada design dan blog je, sekarang makin bertambah... Nak blogwalking pun kena curi-curi masa. Deno minta maaf sangat-sangat pada rakan blogger yang belum sempat deno balas jejak.. Alahai kesiannya korang yang selalu datang sini support deno.. 


p/s: nak buat CAPD pulak... penatnyaaaaaa! =.'=


Belajar Dari Kesilapan

Oh tersangat busy...  Perlu pandai bahagi masa, blog, customer, PSLEM. Kadang-kadang tak sihat. Sekarang pula dapat amanah sebagai Bendahari PSLEM Terengganu Chapter, rasa macam takut pun ada. Kadang-kadang blur bila Timbalam Presiden (kakfiza) cakap, tak tahu kenapa.. Agaknya nervous! Sampai perlu tanya banyak kali. Kesian dia terpaksa explain pada deno banyak kali..

Macam ni la bila ada tanggugjawab..
wajah yang muram

Deno ni selagi tak faham selagi tu tanya... Prinsip deno satu, biar la kena marah pun, janji apa yang deno tak faham tu mesti nak fahamkan betul-betul sebab nanti susah nak buat kerja..

Sampai sakit kepala tadi sebab takut kena marah.. Huhu... Tadi pun tengok balik excel rupanya ada seorang ahli PSLEM tertinggal! Ya allah.. Mesti kena marah lagi sebab nanti mesti kena buat cheque baru... Sori kakfiza, entah macam mana la boleh tersilap! Takpe la, inilah dikatakan belajar dari kesilapan.... =.=


p/s: nak letak jawatan boleh? hehehe....

Bendahari

carta jawatan PSLEM Terengganu Chapter

Last 2 days Family Day dan first AGM bagi PSLEM Terengganu Chapter.. Alhamdulillah sambutan daripada pesakit dan keluarga masing-masing amat menggalakkan :)

Sebenarnya deno kurang sihat. Tapi rasa tak best pula tak join, lebih-lebih lagi SU PSLEM dari kl, sis Cecilia and her team pun ada datang... Biasanya deno jumpa diaorang semasa walk-a-payung, tapi kali ni diaorang datang untuk support penubuhan PSLEM Terengganu Chapter^^

Deno dilantik menjadi bendahari untuk PSLEM Terengganu Chapter untuk 2 tahun ini.. Ya allah berdebar juga... Kalau zaman sekolah dulu, deno jadi bendahari just pegang duit. Sekarang ni lebih daripada tu... Harap dapat buat yang terbaik^^


p/s: zaman sekolah jadi bendahari, sekarang pun bendahari.... hehe


Jom Sertai Hari Keluarga Pesakit SLE !

Jom sertai
Sambutan Hari Keluarga Pesakit SLE 

PERCUMA!!!! :)




p/s: kalau nak join boleh contact dayangdeno :)


Dayang Nur Faizah Di Dalam PSLEM Terengganu Chapter?

Discussion again!

Semuanya mengenai PSLEM Terengganu .. Akhir bulan ini akan ada event, tapi untuk kali ni kami buat keputusan untuk patient dan family dulu.. Next year akan open untuk public pula.. Sebabnya kita nak kumpul dulu semua patient..

Dah hari ni deno ada tugas baru iaitu Bendahari! Huhu.. Dah jadi macam masa sekolah, selalu kena jadi Bendahari.. Ingat lagi dulu selalu kena marah masa kutip duit.. Mesti awak ingat kan ayu? hihi^^

Okey, sambil-sambil berdiskusi, deno baca-baca la kertas kerja .. tiba-tiba terpandang ni di last page kertas kerja...


Dayang Nur Faizah ada!!! OMG!

Ops.. Jangan salah faham.. Sebenarnya kak fiza tak ingat nama penuh deno semasa buat kertas kerja ni.. so dia letak dayang nur faizah... hihi, lawak betul la kak fiza ni.. Terkejut deno tadi.. Muhehehe :p


p/s: agak busy bulan November.. fuu ~



Forum Awam 2013 Systemic Lupus Erythematosus


Sesiapa yang tingal kat kl, selangor dan kawasan yang sewaktu dengannya.. Jom ramai2 kita ke Forum Awam SLE ni.. Dapat banyak info tentang SLE! 


p/s: Lupus, learn about it :)



1st Meeting : PSLEM Terengganu

Alhamdulillah.. meeting tadi berjalan dengan baik :)


Meeting diadakan di rumah dr. pakar SLE di Terengganu iaitu dr. Asmah

Selain dr. SLE, doktor deno pun ada! Tak sangka dr. Salmi dan dr. Zaiha pun ada :) Seronok, dah rasa macam kakak2 doktor2 deno.. Bercakap rasa macam satu family^^ Semua doktor kami di baik2, sporting dan best!

Haaaa.... banyak tau aktiviti nak buat sebelum tahun 2014

Perancangan deno dan kawan akan bukak booth di hospital terengganu untuk pengenalan SLE, edar borang untuk keahlian.. Bukan pesakit pun sangat di galakkan jadi ahli^^ Then, plan untuk Walk-A-Payung di Terengganu! Boleh la korang join nanti.. hehe^^ Fuh.. banyak kerja kami kena buat 

Korang doakan juga ya semuanya berjalan lancar ya :) Insyaallah deno akan update dari semasa ke semasa ^^




p/s: semua doktor best dan sporting ^_^


Our First Meeting




Hari ni first meeting PSLEM Terengganu! Deno adalah salah seorang ajk, excited plus nervous sebab doktor pakar pun ada sekali... gulp

Nak buat CAPD dulu, then bersiap! Wish me luck ya :)



p/s: first meeting^^

Akhirnya....!


Akhirnya PSLEM Terengganu ditubuhkan! Alhamdulillah.. harap2 nanti WAP akan juga diaadakan di Terengganu.. Insyaallah deno akan ke meeting tu sebab deno AJK.. hehe^^


p/s: jom ke WAPjohor? ^_^