Dayang Deno: PSLEM
Showing posts with label PSLEM. Show all posts
Showing posts with label PSLEM. Show all posts

10.12.14

Drawing For Da Contest
December 10, 2014 2 Comments

Event PSLEM dah dekat.. As usual da bendahari must sediakan artwork for da colouring contest... Tapi artwork ni deno buat simple sebab untuk kanak-kanak under 12tahun kan... Heeee..

As usual mesti ada jugak butterfly even kali ni butterly kecik je.. Last year butterfly besar.. Lupus symbol kan butterfly, so da butterly itu wajib! Huhuuu


**Event PSLEM this Saturday


Reading Time:

16.3.14

Forum Awam SLE
March 16, 2014 2 Comments
Haaaa.... Deno nak ajak korang ke Forum Awam SLE di Terengganu pada 22 Mac nanti....! Jom la kita semua pergi, dapat dengar info-info mengenai  SLE :)


Tarikh : 22 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00pagi - 1.00tengahari
Tempat :
Auditorium, Pusat Rawatan Harian,
Hospital Sultanah Nur Zahirah

Kandungan ceramah :
  • Apakah penyakit SLE?
  • SLE dan Kehamilan
  • SLE dan Buah Pinggang
  • SLE dan cabaran yang dihadapi
  • Soal Jawab - pesakit dan doktor
Penceramah :

Pakar-pakar Rheumatology dan Nefrology daripada Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu



p/s: LUPUS, learn about it



Reading Time:

10.1.14

My Super Duper Awesome, Gorgeous, Amazing And Supportive Doctors
January 10, 2014 3 Comments
Ahaks! :p

Dah lama nak update pasal ni tapi asyik lupa je.. Last year deno ada cerita yang minggu super busy dengan macam-macam kerja nak buat kan. Salah satunya ialah deno ke hospital untuk jumpa doktor-doktor pakar bukan sebagai patient tapi sebagai "cikgu".. hihi^^

Sangat sangat sangat seronok ada doktor yang super awesome, gorgeous, amazing dan supportive!! Ramai tau doktor2 yang sangat amazing di HSNZ! Especially unit rheumatology dan nefrology^^ Hari tu deno ke hospital menjadi "cikgu" kepada doktor untuk mengunakan blog :)

doktor yang sangat supportive dan semangat!

nampak blog PSLEM Terengganu tuuu.......

Sporting sangat doktor, dah macam kakak kita sendiri. Any problem kita boleh terus cakap, tanya apa-apa sahaja doktor mesti terangkan. Semua doktor2 deno membantu dalam menjayakan penubuhan PSLEM Terengganu, terharu sangat-sangat!

Kalau korang tengok kesungguhan semua doktor kat sini kan, boleh menitik air mata sebab boleh nampak keikhlasan semua doktor menjaga, merawat, mambantu dan menyokong kami, their patients.


p/s: sayanggggg doktor!!! :')


Reading Time:

30.12.13

Jumpa Doktor Lagi...
December 30, 2013 3 Comments

Esok jumpa doktor lagi...

Kali ini bukan sebagai patient tapi sebagai "cikgu"! :p

Bila dah ada PSLEM di Terengganu ni kan, macam-macam program. Esok deno jumpa Dr. Asmah (pakar rheumatology) dan Dr. Zaiha (pakar nefrology) sebab ada nak bincang sikit pasal blog PSLEM Terengganu ni...

Alhamdulillah doktor2 deno semuanya baik hati dan sporting :)


p/s: pejam celik pejam celik dan 15 tahun deno bersama SLE ~


Reading Time:

26.12.13

PSLEM Ganu Kita
December 26, 2013 4 Comments
Banyak hari juga fikir, nak buat warna apa, macam mana, nak letak apa.. Bimbang juga kan Presiden, Timbalan Presiden cakap apa.. Deno ada idea nak buat tema warna merah, hitam.. Macam warna Walk-A-Payung! Siap juga blog persatuan SLE bagi kumpulan sokongan ganu kita!

Alhamdulillah Presiden (Dr. Asmah), Timbalan Presiden (kakfiza) dan Setiausaha (Dr. Zaiha) suka! Lega betul.... :)

blog yang dah siap ^_^

Doodle deno buatkan ada bangsa melayu, cina dan india sebab pengidap SLE berbilang bangsa kan.. Doodle lelaki deno buat satu sahaja sebab 90% pesakit SLE ada perempuan. Nisbahnya pun 9 : 1. Jadi doodle perempuan yang tiga tu melambangkan pesakit perempuan yang lebih ramai...

Sepatutnya siap awal tapi banyak masa dihabiskan di hospital.. 2-3 hari ni banyak ke hospital pula.. Dengan order customer yang masih belum terusik, penin penin.... Email pun baru reply, minggu ni banyak pula nak kena jumpa doktor.. Esok deno nak sambung buat customer punya pula. Sekarang perlu pandai bahagikan masa bila dah ada tanggungjwab lain pula..Sebelum ni, deno fokus pada design dan blog je, sekarang makin bertambah... Nak blogwalking pun kena curi-curi masa. Deno minta maaf sangat-sangat pada rakan blogger yang belum sempat deno balas jejak.. Alahai kesiannya korang yang selalu datang sini support deno.. 


p/s: nak buat CAPD pulak... penatnyaaaaaa! =.'=


Reading Time: