Showing posts with label Pasar Malam. Show all posts

Kenapa Suka Ke Pasar Malam Waktu Nak Tutup

http://www.emocutez.com
Selamat malam semua :)

Sambil-sambil tengok cerita The Hitcher cerita suspen @ CH131 ni... deno  nak cerita kenapa orang suka ke pasar malam waktu dah nak tutup. Biasanya bila pasar malam dah nak tutup, deno tengok orang still ramai dan kadang-kadang makin ramai pula sampai kat pasar malam tu....

tahu tak sebab apa?

google

Sebab peniaga akan menjual makanan dengan harga yang murah. COntohnya nasi lemak dijual seringgit tiga bungkus sedangkan harga sebenar seringgit sebungkus.

Bila dah jual murah-murah.. ada pulak yang beri makanan free. Konon sedekah la, padahal makanan nak dihabiskan sebab tak laku. Dapat la makanan free si pembeli ni.. hehe

Senang nak cari parking bila orang dah kurang. Baisanya kena parking jauh-jauh... mula la letih nak berjalan kan..

Barang2 dan makanan2 dah banyak habis. Nafsu yang nak beli macam2 dapat dikurangkan dan secara tak langsung dapat berjimat. Pembaziran juga dapat dielakkan!

Bila dah lewat ke pasar, orang tak la ramai sangat kan.. tak perlu lah nak bergesel-gesel, tersentuh dengan orang lain.. laluan pun lega je bila berjalan..


kan kan kan...? hihi :)


p/s: korang suka ke pasar malam waktu awal-awal ke... atau waktu dah nak tutup...? http://www.emocutez.com