Showing posts with label Pencetus Ummah. Show all posts

Program Terbaru Astro Oasis Pencetus Ummah


Program terbaru Astro Oasis menggantikan Imam Muda iaitu Pencetus Ummah adalah satu program realiti islamik yang akan membawa kita kepada dakwah dengan cara yang kreatif oleh pendakwah-pendakwah muda. 

Dengan bertemakan "Duniaku Dakwahku", peserta akan berusaha dengan cara yang kreatif untuk berdakwah dan menyampaikan mesej Islam :) Siaran langsung Pencetus Ummah ini akan bermula pada 21 November 2013, Khamis jam 9 malam di Astro Oasis Saluran 106 dan ditayangkan seretak di Maya HD Saluran 135

12 peserta yang telah terpilih ialah  Attan Thowi Yusof, 31, Kedah; Fakhrul Islam Md Zarin, 24, Melaka; Mohd Fakhrurrazzi Mohd Hanapi, 29, Selangor; Muhammad Hafiz Mohd Haneefa, 32, Selangor; Mohd Hafidz Mohd Zawawi, 27, Kelantan; Hishammuddin Iberahim, 35, Kedah; Izzat Fathi Hisham, 24, Perak; Shahrul Hamid M.P.H. Seeni Md, 38, Pulau Pinang; Mohd Sufian Mohd Isa, 28, Selangor; Mohd Zainudin Mohamed Zaini, 32, Perak; Salman Maslori, 31, Kuala Lumpur; Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 20, Kuala Lumpur.

Pengacara oleh Datuk Ridhuan Tee, Tenaga pengajar oleh Datuk Fadzilah Kamsah, Ustaz Zulkifli Mahat dan Ustaz Tarmizi. Juri tetap pula oleh Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz dan Abby Sinar.



p/s:  jangan lupa saksikan Pencetus Ummah yang akan bermula 21 November 2013 jam 9malam ^^ LIKE fb Pencetus Ummah di SINI