Showing posts with label Pengsan. Show all posts

Pengsan

Alkisahnya bermula bila pagi semalam, deno bangun tidur jadi batuk non-stop..Batuk berkahak, sakit kepala sebab batuk kuat sangat. Plus selesema pun sama, selesema teruk..

Tiba-tiba je jadi demam, then kaklong bagi la deno ubat batuk dan ubat demam. Deno telan la jugak sebab tak tahan batuk, kaklong cakap tak mengantuk ubat tu, jadi deno tak risau la.. Deno tak suka ubat yang boleh buat kita ngantuk nih :p

Lepas 15 minit telan ubat, rasa berat kepala. Mata tak dapat nak celik terus "pengsan"!


Ya allah sampai tertinggal buat CAPD! Deno dah dengar anak buah kejut tapi tak dapat nak celik, kepala berat gila-gila... Macam dapat ubat tidur.. Bayangkan deno tidur hampir 6 jam! Ish ish is...... Hari ni, ubat tambahan selepas ubat harian hanyalah  ubat demam. Dah taknak ubat batuk tu.. Eiiii taknak deno jadi macam tu lagi.... Batuk pun deno ambil Strepsiles je :)


p/s: hari ni batuk dan kurang, selesema pula menyerang.. habis satu kotak tisu! hihihik :p