Showing posts with label Peritoneal Dialysis. Show all posts

Rindu


Tadi deno lihat-lihat pic lama... Terjumpa pula pic kat atas ni, pic mesin APD..

Pic kat atas ni semasa deno admitted dua bulan di hospital.. Masa tu heart problem sebab SLE and setiap hari dialisis dengan mesin dalam pic kat atas tuu.. 

Alahai rindunya my APD machine tu... Actually guna mesin senang sikit, just buat dalisis sekali sehari, tak macam sekarang ni 4times daily.. Dulu deno pernah pakai mesin ni, mesin ni banyak berjasa pada deno.. Pergi mana-mana mesti bawa mesin tu..... Tapi itu dulu la.. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, deno terpaksa kembali kepada dialisis yang dibuat 4 times daily... Huuu penat tau 4times daily ni.. Tapi takpelah...

Redha :')


**deno dialisis kerna SLE 

Dialisate CAPD dan Fungsinya

Deno nak terangkan lebih detail tentang air dialisate CAPD

apakah CAPD? klik SINI

inilah beg air dialisate CAPD ~

depan

belakang *beg sekali dengan wayar

*seperti mana yang korang tahu, buah pinggang deno rosak disebabkan SLE.. oleh itu, deno terpaksa melakukan rawatan CAPD 4 kali setiap hari dengan menggunakan air dialisate ini bagi menggantikan fungsi buah pinggang yang telah rosak..

apakah fungsi air dilalisate CAPD?
air dialisate berfungsi untuk "menarik" air di dalam badan termasuk urea dan creatinine (toksik dalam badan).. macam korang yang sihat, air dan segala toksik dalam badan dikeluarkan melalui urine (air kencing), bagi deno pula semua tu keluar melalui air dialisate..

di dalam air dialisate terkandung sejenis bahan seperti glukosa yang berperanan "menarik" air dan toksik dalam badan.. apabila deno melakukan rawatan CAPD, semua itu dapat dikeluarkan.. ini penting kerana, jika deno tak lakukan CAPD, deno akan sakit kerana air berlebihan di dalam badan dan segala toksik tidak dikeluarkan..

berapakah jenis air dialisate?
air dialisate ni mempunyai 3 jenis (lihat gambar pertama) :
- air 1.5% ( tulisan hitam ) : 2000ml
- air 2.5% ( tulisan biru ) : 2000ml
- air 4.25%( tulisan merah ) : 2000ml

air dialisate yang dimasukkan dalam perut deno : 1500ml (perut deno kecil, biasanya orang dewasa 2000ml)

bagaimana air dialisate berfungsi?
setiap 3 jenis di atas berbeza

- air 1.5% 
air ini paling rendah kekuatannya.. macam ni, deno buat CAPD pertama,  air dialisate masuk dalam perut  1500ml.. nanti bila deno buat CAPD kedua, air dialisate tadi yang keluar ialah 1700ml.. nampak tak bezanya? air dialisate telah "menarik" 200ml air dalam badan deno ^_^

- air 2.5%
air ini sederhana kekuatannya.. biasanya air ini boleh menarik air dalam badan deno sehingga 500ml.. lebih kuat daripada air 1.5%

- air 4.25%
air ini paling kuat..! perut akan sakit sikit apabila air dialisate ini digunakan.. air ini boleh menarik 700ml-1000ml air di dalam badan.. biasanya deno guna air ini bila deno terlebih minum air, badan sembab atau tekanan darah tinggi.. air ini jarang deno guna^^


haaaa.... macam mana? faham tak? kalau tak faham boleh tanya di ruang komen ya.. ^_^



p/s: SLE menyebabkab buah pinggang deno rosak.. beware of SLE..