Showing posts with label Perpustaakan. Show all posts

Bersantai Di Perpustakaan

Deno tak tahu pun, anak-anak buah plan sendiri.. Diaorang dah berpakat rupanya semalam, cikcu ni tak tahu menahu pun. Tiba-tiba tengahari tadi cakap nak ke perpustakaan. Deno taknak pergi sebenranya sebab penat, semalaman tak tidur buat order customer. Tapi semua duk merayu nak cikcu pergi, buat muka Puss In Boots, tak sampai hati pula...

Jadi hari ni bersantai di Perpustakaan Kuala Terengganu.. Rajin baca.. Kakak terus pilih buku, Adam Khaleef tak berapa fasih membaca lagi tengok gambar sambil cuba baca, Amir Amsyar pula dah pandai baca tapi masih ada kesilapan sikit...



Lepas sejam, dah main pulak.. Main puzzle yang dibawa dari rumah.. Terer budak-budak ni main, 15minit boleh siap.. Cikcu setengah jam pun belum siap lagi... ekekeke :p



p/s : sekejap je masa berlalu.. dah nak habis cuti sekolah budak-budak ni