Showing posts with label Personal. Show all posts

Happy Birthday


28 May.

Dear Dayang Deno. Syukur alhamdulillah, kamj masih di sini. Dayang, tolong saya.. Tolong terus kuat, tolong terus semangat, tolong terus senyum.. Tak lupa juga semoga awak sentiasa murah rezeki, sentiasa sihat, sentiasa positive and semoga Allah berikan kamu ketabahan dalam menghadapi setiap dugaan dalam hidup kamj. Janji, jadi orang yang kuat ya? In shaa Allah!

Happy birthday dayang :')


Untuk Terus Senyum


Kadang-kadang... Orang suka membuat andaian, menghukum kita hanya dari mata kasar yang mereka lihat.

Akan tetapi adakah orang tahu apa yang kita lalui setiap hari, apa yang kita buat, apa yang kita hadapi, apa masalah kita, adakah orang tahu? 

Orang tidak akan pernah tahu, kerana bukan semua dapat kita kongsi, bukan semua dapat kita luah. Kita boleh sahaja untuk marah, membentak dengan tekanan yang kita hadapi tetapi.. kita memilih untuk senyum dan diamkan sahaja. Kita boleh memilih yang baik, kan..

Hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu macam mana. Apa kita rasa, apa yang kita pendam.. Hanya DIA tahu..

Kita berserah, berdoa, agar Allah berikan kita kekuatan setiap hari. Kita sabar, cuba kuat, cuba apa yang kita mampu.

.... Dan cuba untuk terus senyum 



She



She hurts and she cries

But you can't see the depression in her eyes

Because she just, smiles...




Do Something



Don't do something because you want to be ahead of others.

Don't do something because by doing it, others will compliment you for it.

Don't do something because others aren't, and you simply want to be different.

Don't do something because others told you to.

Do something because you enjoy doing it, you believe it brings value to your life and you just know that it's the right thing to do.



Setahun Berlalu

Setahun sudah berlalu .....


Takkan pernah deno lupa, tarikh ini, waktu ini....

Sebentar tadi, lihat memory di facebook. Facebook memory yang pertama keluar ialah gambar di atas. Sewaktu deno baru sahaja selamat tiba di Jeddah, Saudi Arabia. 

x x x x x x x

Betul kan, semua orang yang pernah ke sana, mereka akan cakap rindu nak pergi sana lagi. Ya betul, rindu. Sana tak perlu susah hati, tak perlu fikir apa-apa masalah, tenang... Lain rasanya bila berada di sana. Sejujurnya, deno tak pernah sangka akan dapat juga mengerjakan umrah. Deno tak terlalu berharap, dengan masalan kesihatan, plus dengan condition yang memerlukan deno melakukan dialysis treatment setiap hari.. Tapi jauh di sudut hati teringin ....

Dulu-dulu, setiap kali tibanya bulan umrah, bulan haji, deno suka menonton tv lihat orang islam dari seluruh dunia di Mekah, buat ibadah, tawaf. Deno tak tidur 2 - 4 pagi untuk lihat orang tawaf, lihat suasana di Mekah bersama abah. Pernah, terdetik, bercakap dalam hati bestnya kalau dapat pergi sana. Setiap kali tengok kat tv, mesti bercakap perkara sama dalam hati. Allah itu Maha Mendengar... Selepas bertahun-tahun impian itu deno simpan dalam hati, Allah berikan hadiah paling bermakna pada deno. Hadiah dapat mengerjakan umrah pada tahun lepas. Rezeki yang yang tak disangka-sangka.. Dialisis pun dapat buat kat sana, semua ubat-ubat harian, berkotak-kotak ubat dialisis dibawa ke sana, surat-surat doctor, rekod kesihatan dan segala urusan juga dipermudahkan. Alhamdulillah :')

Walaupun selepas balik dari Mekah, deno sakit, admitted to hospital, deno gembira, syukur sangat. Di dalam wad pun, masih terkenang waktu di sana. Sehingga hari ini pun, rindu mahu ke sana lagi. Semoga satu hari nanti ada rezeki dapat ke sana lagi, kita semua dapat ke sana... 


Amin Ya rabb..




Letih

Letih.

Yes letih. Seminggu dua ni yang letih. Letih semacam... Badan lesu, tidur sahaja. Abah mama pun notice Dayang Deno ni nampak letih.. Tidur pun awal sangat.. Makan kurang, letih, badan panas.. 


Result darah last week menunjukkan potassium deno too low. Nurse terus call minta deno ke hospital untuk ambil ubat. Seminggu dua ni ulang alik hospital sahaja.. Blood test pun sama. Bertambah letih rasanya... 'Lepak' kat hospital. Semalam deno jumpa doctor dan doctor beritahu kesannya memang buat badan jadi letih, dan mudah jadi cramp. 

Doctor pun ada tambah ubat. So, makin banyaklah ubat-ubat deno yang sedia banyak tu.. Huhu.. Redha :)

Hmm.. Itu baru letih sebab result darah yang tak berapa 'cantik', belum letih with my daily dialysis treatment tu. Daily dialysis, fuh sabar sahaja lah.. Demam on and off pula dah biasa. Cuma, deno cuba untuk tak layan sangat rasa letih tak sihat tu, coz nanti satu kerja pun tak jadi. Tapi bila dah tak sihat sangat sampai mata pun tak boleh bukak, tak boleh bangun, itu memang kena rest cukup-cukup. Risau juga kena tahan kat hospital kan.. hehe..

Sejujurnya memang setiap hari deno rasa letih dengan sakit ini, tapi cuba yang terbaik, yang termampu untuk jadi normal. Cuba untuk lawan rasa letih tu. Hopefully... Dayang Deno ini akan lebih kuat setiap hari dan juga di masa akan datang..

Inshaa Allah, amin!





Kawan


Kawan.. Jika kamu melihat sahabatmu bergembira dengan kawan baharu, janganlah kamu cemburu dan marah kerna sahabatmu juga punya kehidupan. Mungkin kamu beranggapan dia melupakan kamu sedangkan dia tidak pernah melupakan kamu dan kamu sentiasa ada di dalam doanya.

Kawan.. Jika sahabatmu menegur sikapmu, terimalah dengan terbuka kerna teguran itulah yang ikhlas dari hati seorang sahabat, terguran yang mungkin akan membantumu suatu hari nanti. 

Kawan.. Usahlah kamu berprasangka, kerna sikap itu akan membuat persahabatan kamu tidak akan kekal lama walau dengan sesiapa pun. 

Kawan.. Usahlah cepat marah, usah terlalu mengikut amarah kamu kerna marah itu sebab utama kepada putusnya persahabatan.. 

Kawan... Ingatkah kamu, mengapa kamu bersahabat?



Terkenang Pula

Terkenang pula...



Sebelum aktif doodle seperti sekarang, Dayang Deno pernah aktif 'bermain' coding. 3 tahun yang lalu, deno mula belajar sendiri menggunakan coding, banyak search sendiri. Pada masa yang sama, deno melukis coz biasanya client nakkan doodle pada blog masing-masing.

Penat jugalah sebab mengadap coding yang banyak dan kecik tu, penat melukis pun sama. Bila diingat kembali, kadang-kadang rasa rindu juga. Ada juga blog yang masih menggunakan template dari Dayang Deno, terharu sangat rasanya.. Sekarang deno dah tak buat blog design, deno lebih focus kepada doodle art dan design-design yang lain...

Blog design pula hanya tinggal kenangan....






 






















Instagram : @dayangdeno
Art Page : Daynag Deno Art


Wajah Baru


Blog Dayang Deno berawajah baru!! 

Enam tahun blog deno sama sahaja, tak pernah bertukar wajah. Kali ini, sempena tahun baru ini juga...deno pakaikan "baju" baru buat my baby blog^^

Nasib baik jugalah deno masih ingat cara nak edit, boleh ingat lagi how nak main coding. Rasanya dah setahun lebih tak usik coding selepas deno active dengan doodle art. Alhamdulillah selepas beberapa jam berenang di lautan coding... inilah wajah baru blog deno!

**Psst2, komen sikit ehehe :)


Dr. Lim


Alhamdulillah

Artwork Dayang Deno sudah selamat bersama Dr. Lim Yan Ngo. Dr. Lim, doktor yang lama menjaga dayang di Wad KK1, Institut Pediatrik sejak dayang didignose Lupus pada tahun 1999. Dayang sayang Dr. Lim.. Dr. Lim akan bersara pada bulan Febuari nanti.. Hanya lukisan yang dapat dayang hadiahkan pada Dr. Lim, tanda kasih sayang dayang pada doctr. Apalah nak dibandingkan lukisan dengan jasa doctr pada dayang.. Pernah satu ketika, waktu dayang tenat di icu, jantung ini sudah berhenti berdegup.. tapi Dr. Lim tak putus asa dengan dayang.. Abah cakap, Dr. Lim tetap cuba dengan defibrillator.. Dengan izin Allah, dayang masih di sini.. Terima kasih Dr. Lim a.k.a Mama Lim.. dayang akan sentiasa merindui Dr. Lim ... :')




18 Tahun


18 tahun

Eh bukan.. Bukan usia deno..Tapi apakah 18 tahun? Kenapa tajuk entri kali ini 18 tahun? Apa yang ada dengan 18 tahun?

Pada Disember 2016 yang lalu, genaplah 18 tahun deno bersama SLE atau Lupus. Pembaca blog Dayang Deno tentu dah tahu kan, sejak tahun 2010 lagi deno selalu kongsikan tentang Lupus dan juga pengalaman deno bersama Lupus. Alhamdulillah, masih bernafas di bumi Allah ini bersama Lupus.. 18 tahun, kadang-kadang deno sendiri tak sangka mampu bertahan sehingga hari ini.. Sewaktu mula-mula didignose Lupus, deno diberitahu ada masa hanya 5 tahun... Kuasa Allah... 18 tahun bersama Lupus, terlalu banyak pengalaman, pengalaman yang bagi deno susah untuk dilupakan. Sakit sejak kecil, tidaklah mudah.. Tetapi cuba sedaya mungkin untuk menjadi seperti orang lain walaupun tidak banyak yang deno mampu lakukan.. Deno bercerita, berkongsi, memberi pemahaman pada orang ramai tentang Lupus hanyalah untuk awareness. Supaya orang alert, lebih faham dan tahu ada penyakit kronik di dunia ini yang dipanggil Lupus. Deno berkongsi agar tiada orang yang boleh sesuka hati "menghukum" pesakit2 Lupus.. Lupus, it's invisible. Susah orang nak percaya pesakit Lupus, pengalaman deno dari kecil memang pedih berhadapan dengan orang ramai yang tak faham. Hati.. hati ini kalau orang boleh nampak.. orang akan nampak banyak kesan luka dan parut sebab mulut2 orang yang tak pernah faham, Nampak normal, biasa.. hakikatnya tuhan sahaja yang tahu sakitnya.. Lupus, penyakit yang setakat hari ini belum ada penawar untuk menyembuhkannya... bertahan dengan ubat dan izin Allah SWT..  Ya, sehingga ke hari ini deno masih mengambil ubat-ubatan setiap hari, masih perlu berjumpa doktor dan deno masih melakukan rawatan dialisis setiap hari. Deno dialisis kerana Lupus, Lupus telah menyebabkan kedua-dua kidney deno rosak. Sepanjang 18 tahun, Lupus pernah "attack" kidney, otak, kulit, sendi, jantung dan darah deno. Deno redha....

Genap 18 tahun Dayang Deno dan Lupus.. Alhamdulillah denomasih di sini. Harapan deno masih sama seperti tahun-tahun yang lalu, semoga diri ini akan terus kuat, tabah dan juga sihat..  Inshaa Allah.. :)


2016

Berlalu sudah tahun 2016....

2016. 

Banyak sungguh kenangan, peristiwa-peristiwa yang tak mungkin deno lupakan. Ada yang pahit, ada yang manis, ada juga yang menyedihkan. Itulah kehidupan, kan.

Tahun 2016, bagi deno.. ia tahun yang paling bermakna di dalam kehidupan Dayang Deno, kerana pada tahun 2016 deno dapat rezeki yang tak pernah deno terfikir pun.. tak pernah deno sangka deno akan dapat. Alhamdulillah pada Febuari 2016 deno selamat mengerjakan umrah di tanah suci Mekah bersama keluarga. Memang deno tak sangka dapat jejak kaki di sana, melihat Kaabah depan mata... Dengan keadaan kesihatan deno dan dialisis setiap hari, deno tak terlalu berharap cuma pernah terdetik dalam hati teringin menunaikan umrah.. Rezeki Allah, bila Allah kata jadi maka jadilah.. Sejujurnya, deno pernah rasa sedih.. banyak yang deno tak dapat buat, lihat kawan-kawan travel tanpa ada halangan, tapi deno tak boleh semua tu sebab masalah dan keadaan kesihatan deno. Tetapi Allah Maha Adil, DIA berikan deno dugaan dan ujian, kemudian DIA berikan hadiah yang paling menggembirakan di dunia untuk deno.... Deno dijemput menjadi tetamuNya di tanah suci. Alhamdulillah.. Tak sangka deno boleh buat dialisis di sana, segala urusan di sana juga dipermudahkan. Deno sihat di sana, dapat masuk dua kali ke Raudhah, dapat solat berdekatan makam Rasululullah SAW.. Juga dapat mengerjakan 4 kali umrah.. Deno gembira waktu di sana... Walaupun bila balik Malaysia deno terpaksa dimasukkkan ke hospital sebab sakit, deno syukur.. Alhamdulillah..

x x x x x x

Tahun 2016, juga mengajar deno agar lebih berhati-hati dalam berkawan. deno sudah penat.. bila deno baik dengan kawan.. deno digunakan, dikata bukan-bukan oleh kawan, deno disangka buruk oleh kawan yang dah deno rasa seperti saudara sendiri. Deno sedih, terluka kerana perbuatan kawan. Ada beberapa peristiwa yang buat deno rasa.. cukuplah. Bukanlah tidak memaafkan.. Deno sudah maafkan. Tapi cukup.. Deno sangat sedih bila dituduh bukan2. Hati kalau dah luka.... Luka boleh sembuh tapi parutnya tetap ada.. Deno tahu deno tak sehebat orang di luar sana, tak berkerjaya pula, hanya melukis jadi pendapatan tapi deno juga perlu dihormati dan bukan jadi tempat untuk dihina. Deno sedih, tapi pada masa yang sama deno bersyukur. Bila berlaku peristiwa itu, barulah deno tahu bagaimana sifat sebenar seseorang kawan.. 

x x x x x x

Tahun 2016, bukan semua tahu my lovely abah mengidap cancer. Alhamdulillah sekarang abah stabil, abah sihat. Hasil rawatan pada tahun 2015, abah sekarang okey.. Cuma abah perlu makan ubat macam anak abah ni juga dan abah perlu check up. Kalau sebelum ni, abahlah yang selalu teman anak abah ni ke hospital, sekarang anak abah teman abah ke hospital. Sama2 pergi hospital, sama-sama makan ubat. Apa yang deno kagum dengan abah, abah positif orangnya. Alhamdulillah... sayanggg abah! 

x x x x x x

Tahun 2016 juga, deno menyertai blogger event buat kali ke dua di Hotel Grand Campbell. Kalau diikutkan agak seganlah untuk majlis blogger, tapi mcam biasalah.. deno "belasah" sahaja. Deno dapat bertemu ramai blogger Malaysia, dan paling seronok deno dapat pengalaman, juga dapat ilmu baru di dalam majlis tersebut. Alhamdulillah.. 

x x x x x x

Tahun 2016, tak pernah deno sangka apabila deno dapat bertemu tuan kepada blog buasirotak, juga founder of Buasir Otak The komik!! Beliau ialah Putra Nubhan, lama sudah deno memasang impian untuk bertemu beliau dan akhirnya pada November 2016, rezeki deno... Sungguh bertuah rasanya dapat bertemu beliau dan sangat rare dapat bertemu blogger Nub! Deno juga dapat bertemu dengan rakan pelukis komik, Lee yang telah deno kenal di dalam dunia blog sejak 4 tahun yang lalu :) Selain daripada itu, deno juga dapat bertemu dengan beberapa orang doodler dari Doodle Malaysia, doodler yang sangat osem! Bila diingat kembali kenangan bertemu kawan-kawan pada tahun 2016, kawan-kawan blogger, kawan-kawan dari art team, doodlers... deno rasa syukur, gembira.. Allah pertemukan deno dengan kawan-kawan sebaik mereka.. 
.
.
.
.
.

2016.. terlalu banyak suka dan duka. Setiap perkara berlaku ada hikmahNya... Sama-sama kita berdoa agar tahun 2017 akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.... Inshaa Allah....





Kenapa


Emm....

Deno perhatikan sahaja kawan-kawan di laman sosial seperti facebook dan twitter. Sekarang "orang kita" seperti dah tak ada adab langsung dalam berbahasa.Kadang-kadang mengucap panjang bila terbaca.. Bukankah bahasa melambangkan siapa kita, hati kita.. Saya faham, semua acc laman sosial adalah milik peribadi. Tetapi kenapa perlu mencarut, memaki hamun.. Kadang-kadang bila terbaca tu, cepat2 deno hide.

Apa yang biasa deno nampak "orang kita" ni, update dan status pasal agama mengalahkan ustaz ustazah.. Menegur orang dah macam orang alim agama lagaknya. Tapi bila dia marah, dia tak puas hati sesuatu perkara... ya tuhan.. ditulisnya macam2 habis keluar semua bahasa "cantik" tu. Ooo mencarut memaki orang tu, tak apa eh?

Bagi deno, how la orang non-muslim nak respect agama kita jika kita sendiri sebagai orang islam, tak jaga langsung bab ni. Nampak remeh kan, nampak biasa sahaja bab ni.... tapi yang nampak remeh macam ni la yang buat agama kita dipandang buruk. Deno perasan, makin menjadi- jadi pula. Tak salah nak kritik, nak komen, nak beri pandangan, nak menegur.... tapi kan ada cara dia.. Emm itulah, melihatkan cara "orang kita" ni, buat deno speechless. 

**ingatan buat diri sendiri juga



Dua Minggu


Hampir dua minggu...

Dua minggu ni tak  sihat, mungkin sebab cuaca sekarang di Terengganu yang dah tiba musim hujan... Biasalah kan hujung2 tahun macam ni. Alhamdulillah, sekarang dah okey... Terima kasih kawan2 yang mendoakan dayang deno :')

Love and hugs!




Inshaa Allah

Semuanya akan baik2 sahaja... 

Inshaa Allah.

Emm


Emm tiba2 malam ni saya rindu awak sangat2, ayu. Saya sedih, sedih sangat2.. Dah lama tak rasa sedih macam ni...  Rindu nak bercakap, nak chat dengan awk... Lama dah kita tak chat kan, tapi saya faham awk busy. Nantilah free2, kita chat panjang2...

I miss u candy girl.

Malas?


Kadang-kadang, terasa malas.. Malas semuanya, malas makan ubat, malas dialisis, malas pegi hospital. Aduhh malasss semuanya!

Tapi mana boleh, nanti diri sendiri yang sengsara.. 'Terasa' sahaja malas, tapi tak pernah tinggal semua rutin dayangdeno dengan semua tu.. Tadi cakap pada ma, tak tau kenapa rasa malas.. Hari ni pun sampai migraine tak tau kenapa.. Alhamdulillah, migraine dah hilang malam ni, telan panadol dua bijik petang tadi.. Hmm biasalah kadang2 ada hari kita rasa something yang tak best bila terlalu banyak sangat berfikir. But most of all, i'm okey... Mungkin sebab, penat.

Itu sahaja.



Birthday Abah

12hb September


Semalam hari raya aidil adha, semalam juga hari lahir abah. Alhamdulillah 71 tahun abah, syukur abah masih  bersama anak-anak abah. Alhamdulillah semalam juga berkumpul ramai-ramai makan sama2, semua ada.. Kami sediakan suprise cake untuk abah, kak obi, abangfik dan abangngah bakar satey. Satey yang kakak saya buat sendiri, sedap!^^ 

Buat abah, doa adik sama seperti tahun-tahun yang lalu agar Allah panjangkan usia abah, abah sentiasa dimurahkan rezeki, abah dilindungi Allah dan abah sentiasa sihat... Tiada apa yang dapat adik hadiahkan pada abah yang banyak berkorban untuk anak-anak abah, selain doa pada abah..

Adik sayang abah :')



It'a A Promise

Bestfriend. It's not a label, but a promise :')


Rindu jangan cakaplah, tuhan sahaja tahu. Kali terakhir berjumpa pada tahun 2006. Biasanya orang cakap bestfriend ni biasa gaduh, cakap kasar2.. Tapi kami tak, tak pernah cakap kasar, gaduh tak pernah sekali pun. Hampir 10 tahun tak jumpa, persahabatan makin kuat walaupun tak  berhubungan setiap hari. Masing2 akan ada bila saat memerlukan... alhamdulillah.

Believe it or not, mata ni akan berair bila ingat pada kamu wahai sahabat. Semoga satu hari nanti Allah temukan kita lagi... Amin...

Nanti



Beberapa minggu yang agak stress, risau actually.

Doa, usaha dan tawakkal... Kadang-kadang bukan semua dapat kita berkongsi, bukan semua kita bercerita, ada had juga... In shaa Allah, semuanya akan baik-baik sahaja nanti.. kan :')