Showing posts with label Personal. Show all posts

Nineteen Years



17 Disember 2017

Nineteen years with Lupus
Please stay strong dayang


Love, me.






Inshaa Allah

It's been a while since I lost my left eye vision...

Alhamdulillah... After two month with lots of pain and tears, now i'm getting better, much better :)

I have SLE/ Lupus, apa-apa pun high risk. After 18 years with SLE.. Imagine  one day, you woke up and your vision is dark! That's happened to me..

Then I got bad eye infection sampaikan both eye luka. Bengkak, sakit, pedih, kabur, nak buka mata pun sakit! Sampai satu tahap bila doktor "cuci' mata.. Allahuakhbar rasa seperti ditoreh pisau di dalam mata ini. Tapi deno tahan sahaja, air mata pun  merah mengalirkan darah.

Deno ngeri melihat mata sendiri, seperti dracula pula. Family sahajalah tahu keadaan deno macam mana. Kesiannya my abah and ma, all my lovely sisters yang menjaga adik yang selalu sakit ni....

Deno lama diam, bukanlah tak mahu berkongsi tapi kerana deno tak sihat dan deno tak nampak. Deno hanya berkongsi pada kawan rapat serba sedikit keadaan deno. Sehinggakan pada satu tahap, deno tak dapat buat apa-apa pun kerana tak nampak. Semunya kabur... sedih, terkejut, takut, semua ada tapi cuba untuk kuat, cuba sabar.

Pada akhir bulan Oktober yang lalu, deno emergency ke Kuala Lumpur untuk bertemu Ophthalmology specialist. Sebulan lebih juga deno di Kuala Lumpur untuk treatment. Doktor cakap dah lama dia tak jumpa kes seperti deno, teruk sangat. Nasib baik juga cepat...

Alhamdulillah dengan izin Allah deno semakin baik walaupun belum pulih sepenuhnya dan sekarang masih continue dengan ubat daripada doktor. Dapat melihat dengan sebelah mata ini pun rasa nikmat sangat.

Doktor cakap memang akan ambil masa untuk pulih sebab deno ada SLE/ Lupus, sistem imun lemah. Takpelah.. Sabar. Sedih, memang sedih.. Allah sahajalah tahu rasa hati ini tapi pada masa yang sama rasa syukur sangat sebab masih mampu melihat. Ingatkan diri, ada orang yang lebih sukar ujiannya. Betapa diri ini bertuah, dikelilingi orang yang sayangkan deno.. Besarnya nikmat Allah kan? :')

Ceritanya terlalu panjang dengan apa yang deno lalui sepanjang dua bulan ini, deno rasa cukuplah deno kongsikan setakat ini dan sekarang deno sedang recovering... Deno percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita ada sebab, ada hikmah di sebaliknya dan Allah takkan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya. Deno redha..

Syukur alhamdulillah adanya abah, ma, kaklong, kakngah, kak obi, kak ana, all family members, doctors, nurses, tak lupa kawan-kawan semua yang sentiasa support dan mendoakan Dayang Norhidayah a.k.a dayangdeno ini.. Terima kasih semuaaa! **muahh nah tangkap flying kiss sorang satu ♡

x x x x x

Semuanya pasti akan baik-baik sahaja nanti ...

InshaaAllah :')



**UPDATE : I'm home!  :)


Happy Birthday


28 May.

Dear Dayang Deno. Syukur alhamdulillah, kamj masih di sini. Dayang, tolong saya.. Tolong terus kuat, tolong terus semangat, tolong terus senyum.. Tak lupa juga semoga awak sentiasa murah rezeki, sentiasa sihat, sentiasa positive and semoga Allah berikan kamu ketabahan dalam menghadapi setiap dugaan dalam hidup kamj. Janji, jadi orang yang kuat ya? In shaa Allah!

Happy birthday dayang :')


Untuk Terus Senyum


Kadang-kadang... Orang suka membuat andaian, menghukum kita hanya dari mata kasar yang mereka lihat.

Akan tetapi adakah orang tahu apa yang kita lalui setiap hari, apa yang kita buat, apa yang kita hadapi, apa masalah kita, adakah orang tahu? 

Orang tidak akan pernah tahu, kerana bukan semua dapat kita kongsi, bukan semua dapat kita luah. Kita boleh sahaja untuk marah, membentak dengan tekanan yang kita hadapi tetapi.. kita memilih untuk senyum dan diamkan sahaja. Kita boleh memilih yang baik, kan..

Hati ini, hanya Allah sahaja yang tahu macam mana. Apa kita rasa, apa yang kita pendam.. Hanya DIA tahu..

Kita berserah, berdoa, agar Allah berikan kita kekuatan setiap hari. Kita sabar, cuba kuat, cuba apa yang kita mampu.

.... Dan cuba untuk terus senyum