Dayang Deno: Personal
Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

3.7.19

2019
July 03, 2019 12 Comments

2019

Enam bulan telah berlalu, enam bulan juga blog sunyi dan sepi tanpa berita. Inilah entri pertama untuk tahun 2019:) Kali terakhir my baby blog dayangdeno diupdate ialah pada tahun lepas iaitu pada bulan Disember 2018. Lebih setengah tahun blog ditinggalkan, tanpa sedar kita dah berada di dalam bulan Julai 2019. Pelbagai dugaan dan perkara yang dah berlaku.. sekejap sungguh masa berlalu kan? Moga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan tabah dengan setiap ujian yang datang..  Amin.

*Deno rindu nak menulis, banyak yang nak dikongsi dan dicoretkan kat sini nanti.. Inshaa Allah.



Reading Time:

29.12.18

Tak Semua
December 29, 2018 4 Comments

Terkadang
Tak semua mampu diluah
Tak semua mampu dikongsi

Tapi hanya mampu ditelan, simpan, pendam
Kerna percaya semuanya akan baik-baik sahaja nanti ..




Reading Time:

19.12.18

19 Tahun
December 19, 2018 10 Comments

Sekejap sahaja masa berlalu..

19 tahun bersama Lupus.. Sebak, terharu, pada masa yang sama juga syukur Allah masih izinkan hamba ini hidup di bumi milikNya ini. Jika diimbas kembali kenangan-kenangan yang lalu, tak pernah sangka diri ini bertahan dan masih di sini. Alhamdulillah.. Aku percaya setiap kejadian, apa yang berlaku pada diriku ada sebab dan Allah tahu yang terbaik buatku.

Walaupun terkadang aku tewas, aku menangis. Namun aku cuba untuk kembali bangkit. Satu pintaku moga Allah berikanku kesabaran dan ketabahan di dalam setiap dugaan hidup yang bakal aku tempuhi.

Amin ya rabb


Reading Time:

4.7.18

Tujuh Bulan
July 04, 2018 3 Comments

Tujuh bulan berlalu..

Masih segar dalam ingatan... Mata ini sakit, pedih, bengkak teruk sangat. Bayangkan nak celik mata pun sakit. Deno dan abah emergency ke KL, abah tak nak tunggu lagi. 12 malam kami bertolak, hanya deno dan abah. Kesian abah, susah sebab anak abah yang selalu sakit ni..

Awal pagi ke ISEC. Berjalan berpimpin, dah macam orang buta gayanya. Sempatlah deno merasa pengalaman menjadi "orang buta" selama sebulan. Air mata yang mengalir pun merah, merah darah dah macam dracula! Doctor sendiri terkejut sebab condition mata deno sangat teruk. Mujurlah deno cepat datang ke KL. Alhamdulillah selepas dua bulan treatment di ISEC, deno makin pulih :) Cuma... sebelah mata sahaja yang nampak.

I lost my left eye sight. Seperti yang doctor pernah cakap sebelum ni, doctor tak dapat buat apa-apa sebab ia melibatkan saraf dan oksigen tak sampai pada mata. Deno redha.. Tak apa, mungkin sekarang belum ada ubat yang boleh menyembuhkan mata ini, tapi deno percaya masih ada "ubat" dengan berdoa, kan? Inshaa Allah :)

Btw, last week deno ke ISEC lagi untuk checkup dan result masih sama. Doctor pesan supaya jaga kesihatan, elak stress and jaga betul-betul mata kanan yang satu ini, mata yang masih nampak. Plus with my Lupus disease ni, dan salah satu sebab kepada masalah mata ini juga berpunca daripada SLE/ Lupus.

Hidup baru, cara baru dengan penglihatan sebelah mata. Struggle juga actually, kena biasakan diri. Sebelum ni deno hampir terjatuh longkang, terlanggar dinding dan terlanggar tiang! Pernah juga hampir terlanggar orang yang bawa dulang makanan dan minuman! Mujurlah masa tu my niece ada, dia sempat tarik deno ke tepi.. Semuanya sebab tak nampak and fail dengan jarak especially my left side. Aduhaii..

Sejujurnya deno sedih juga, nangis juga. Tuhan sahajalah tahu rasa hati ini bila tiba-tiba sahaja tak nampak. Terkejut, bingung, takut, sedih semua ada. Tapi, macam deno selalu cakap pada diri sendiri.. Sedih boleh, nangis boleh, tapi jangan lama-lama.

Sabar. Ingat Dayang Norhidayah, diri kamu punya terlalu banyak nikmat untuk rasa syukur. Terlalu banyak! Dapat melihat dengan satu mata ini pun rasa nikmatnya Ya Allah! Juga selalu ingatkan diri.. Apa-apa sahaja yang berlaku pada diri kita, kembalilah pada yang Haq iaitu kepada yang memberi kita ujian ini. Bila kita redha, kita terima, Inshaa Allah kita akan okey.. kan? :)





Reading Time:

25.5.18

Kisah Hari Itu
May 25, 2018 8 Comments

Terngiang-ngiang di telinga..
" Awak ni sakit betul-betul atau eksyen je lebih?"
Tersentak deno bila doc cakap macam tu.  Geram rasanya sebab kita sakit betul-betul, mata ini sakitnya seperti ditoreh pisau! Bayangkan kita yang sedang sakit kena macam tu. Ikut hati memang geram, tapi sebab sabar, deno jawab baik-baik. Sebab hormatkan dia doctr deno.. Sebenarnya dia doc baru deno, dan deno juga baru beberapa kali jumpa dia di Unit Opthma.
Kisah ni deno simpan dah hampir 7 bulan, terjadi pada bulan November tahun yang lalu sebelum deno dapat rawatan di KL. Hari ni baru deno berkesempatan share kat sini... Deno masih ingat nama dan wajah doc tu, cuma deno taknak bising. Takpelah, deno pun dah maafkan dia.. Hmm kadang-kadang terfikir juga, macam mana nasibnya kalau dapat patient yang cepat mengamuk. Tahu jelah zaman teknologi ni, silap haribulan boleh viral satu malaya!








Reading Time: