Showing posts with label Potassium. Show all posts

Potassium

 http://www.emocutez.com
Selamat tengahari semua :)

Hari ni deno rasa okey sikit... deno taknak jumpa doc lagi.. harap2 tak lama rasa semput ni.. sebenarnya hari ni deno gambira sangat sebab dapat juga akhirnya makan durian. abah beli durian semalam... alhamdulillah.. sangat enak dan sedap! sebenarnya deno dah lama teringin nak makan durian ni, dari minggu lepas lagi... tapi abah asyik lupa je... dapat juga hari ni



deno jarang-jarang je makan durian
tak makan selalu walaupun memang deno suka buah durian
sebenarnya buah durian ni tinggi potassium
potassium ni terdapat dalam darah kita
kalau terlalu tinggi sangat bahaya
sebab ia boleh menyebabkan jantung berhenti secara tiba-tiba
kalau potassium deno terlalu tinggi
biasanya doc akan beri ubat supaya ia turun
buah yang tinggi potassium ialah anggur, pisang, limau dan durian
tapi kalau orang yang sihat tak mengapa makan buah-buahan ni
orang sakit macam deno je doc tak galakkan makan buah ni 
takpe la makan sekali-sekala kan
penuh jugak hajat deno... hihi http://www.emocutez.com



p/s : deno suka durian :)