Showing posts with label Prednisolone. Show all posts

Kenapa Dos Steroid Naik?


Setiap pesakit SLE akan mengambil ubat prednisolone iaitu sejenis steroid...

Apakah SLE? SLE ialah  penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. *cth serangan SLE pada deno ialah serangan pada otak, buah pinggang, kulit, sendi dan jantung..Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Senang nak faham :
Antibodi badan pesakit bercelaru.. sepatutnya antibodi yang melindungi badan telah  mengkhianati badan sendiri dengan menyerang tisu-tisu dalam badan pesakit! Pesakit akan diberi steroid(prednisolone) untuk slowdown kan SLE.. semua pesakit yang ambil steroid, sistem imun memang lemah. Pesakit pun mudah sakit dan mudah terkena infection. Doktor akan naikkan lebih dos steroid apabila SLE pesakit aktif!

Kenapa doktor naikkan dos steroid apabila SLE aktif??

Apabila SLE aktif, antibodi badan pesakit yang bercelaru akan bertindak agresif menyerang organ2/ tisu2 pesakit. Pada masa itulah doktor akan naikkan dos steroid. Bila doktor naikkan dos, means antibodi pesakit akan lebih perlahan, pada masa yang sama SLE pun akan kurang agresif dan perlahan.. That's why dos dinaikkan dan dos steroid yang doktor naikkan pula bergantung kepada keadaan pesakit.... :)

What is SLE? --- >>> KLIK
Deno & SLE  --- >>> KLIK



p/s: LUPUS.. learn about it



Kenapa Saya Tak Besar

 

Deno kecik?
ramai orang macam tak percaya
deno berumur 23tahun
ada yang kata macam budak sekolah
macam kanak-kanak
sampai ada yang kata deno tipu
tapi deno tak tipu!

tahu tak kenapa deno tak membesar normal?
semuanya kerana steroid!
ubat steroid yang deno ambil ialah Prednisolone

sejak deno sakit SLE.. deno perlu ambil steroid setiap hari
deno makan steroid ni sejak tahun 1999 sehingga sekarang

untuk pengetahuan semua....
kanak-kanak di bawah usia 14 tahun yang mengambil steroid
akan membantut tumbesaran
deno ambil steroid sejak bermumur 10 tahun
sebab tu deno tak membesar seperti biasa
deno tak pernah berhenti ambil ubat ni
kalau deno berhenti.. SLE akan kembali aktif
doc pernah cuba sekat steroid untuk deno dulu
tapi deno jadi sakit....jadi kena ambil jugak..
terpaksa la kan....



p/s: deno da makan steroid 13 tahun



Prednisolone

            Satu hari tak datang sini... deno demam la... bukan apa, nie kes lupa makan ubat prednisolone tu.. ubat steroid... dah la demam, satu badan sakit2, dengan sakit lututnya... biasa macam nie la kalau terlupa makan ubat steroid nie, satu badan sakit...

Ubat nie, kalau lupa makan memang teruk kesannya... deno rasa la kan sebab dah terlalu lama makan steriod, bila tinggal ubat tu kita jadi sakit! mana tak sakit, da 12 tahun makan ubat nie... dulu pernah jugak doc nak buat supaya deno makan selang sehari ubat nie, tapi tak boleh... mesti jadi sakit...


Sekarang deno dah kurang demam... awal pagi tadi deno tak lupa makan prednisolone tu.... yang ajaibnya, badan deno dah kurang panasnya, lutut dah tak sakit dan sakit2 badan terus hilang! Sekarang dos ubat nie 2 biji deno makan, dulu mula2 sakit 12 biji.

Doc memang akan kurangkan mengikut tahap kesihatan.. kalau sle aktif memang banyak la makan ubat nie... yang tak bagusnya steroid nie ada banyak kesan sampingan seperti muka jadi bulat "moon face", boleh jadi rabun, selalu sakit perut. tulang rapuh, lemah sistem imun badan dan membantutkan tumbesaran... bila deno sakit sle dan banyak makan ubat steroid nie, kesannya... deno rabun dan terpaksa pakai spek, selalu kena gastrik dan tengok la, badan tak besar... kecikkkk...!!!!

Kalau kira2 kan, agaknya dah beribu-ribu ubat steroid dalam badan deno nie, tu tak masuk 8 jenis ubat lain lagi.... kadang2 memang rasa bosan makan ubat.. tapi deno akan pujuk diri anggap ubat tu macam gula-gula... gula-gula ubat! :p


~ Psst2, kobi skodeng apa tu... haip!