Showing posts with label Ragam Bulan Puasa. Show all posts

Ragam Di Bulan Puasa

Selamat petang semua:)

 

Satu
Bangun sahur memang mengikut sunnah tapi apa maknanya kalau melantak dua tiga pinggan sampai penuh perut.. Itu pun kalau ada selera, kalau tak membuta sampai terlepas subuh.

Dua
Banyak bazar ramadhan yang bersepah-sepah untuk memenuhi nafsu makan korang. Kadang2 meja makan kat rumah tak muat nak letak makanan yang dibeli di bazar.

Tiga
Dapat tukar-tukar juadah dengan jiran. Memanglah dapat pahal tapi lepas makan dan perut kenyang siap kutuk2 lagi jiran punya makanan

Empat
Pergi terwih sebab kedatangannya setahun sekali.. mula-mula bersemangat, lepas pergi terawih dua tiga kali lama-lama batang hidung pun tak nampak kat surau.

Lima
Nak jimat duit sebab nak beli kuih raya, sanggup setiap hari berbuka kat masjid sebab dapat makan free.. dapat jimat duit..

Enam
Bila tiba bulan ramdhan ramai la VIP bawak anak2 yatim ke hotel-hotel mahal untuk berbuka.. siap panggil media.. tapi bila dah habis bulan puasa batang hidung pun tak nampak kat rumah anak yatim.


p/s: beramallah selalu... :)