Showing posts with label Raya 2015. Show all posts

Raya Tahun Ini

budak pipi pau

Tahun ni sederhana sangat, plus dengan pemergian pakcik dan makcik deno dalam masa terdekat. Makcik pergi mengadap Ilahi pada bulan Ramadan baru-baru ni.. Rasa lain sangat sebab biasanya setiap kali raya, makciklah yang paling riuh bila beraya keluarga sebelah abah... Pakcik pula, arwah mesti ke rumah bawak lemang pada malam raya... Tahun ni dah tak ada.. Memang rasa lain sangat... Al-fatihah....

Tahun ni juga, seperti tahun-tahun lalu.. Family deno tak berpakaian sedondon sebab taste kami berbeza.. Abah warna ni, my mom warna ni, kakak warna tu, adik nak warna ni... hihik.. 

So, warna-warnai macam tahun lepas juga... Kecuali kakak2 deno yang sudah berkeluarga...

Deno, as always baju raya suka yang simple.. warna tak banyak.. corak tak banyak, plain je.. Tahun ni deno pilih turquoise blue. Simple je :)

Even batuk and flue waktu raya, dapat juga beraya dengan semangat! Hahaa duit raya pun dapat! Best2 :D


**raya kan sebulan... hehe


Raya Kan Sebulan...


Selamat hari raya!! 

Hehe.. Raya kan sebulan.. First time sepanjang 6tahun dayangdeno berblog, lambat update hari raya.. Hihik quite busy act.. Sempena bulan Syawal yang mulia ini, Dayang Deno nak minta maaf if sepanjang perkenalan kita di alam maya ini, Dayang Deno ada terguris perasaan kawan-kawan semua.. Maaf ya?

Salam 14 Syawal! :D