Showing posts with label Raya Di Hospital. Show all posts

Tahun Lepas Dan Tahun Ini

Deno baru perasan.. hari raya adilfitri dan aidil adha tahun lepas dan tahun ni tak banyak beza, cuma ianya terbalik! haha^^


Tahun 2012 deno dapat sambut hari raya aidilfitri bersama keluarga di rumah dan sihat... tapi hari raya korban deno sakit, sebulan deno di hospital, itu pun minta cuti 3 hari dengan doktor untuk raya korban tu. Nasib baik "bos" bagi greenlight cuti.. hihi^^ Balik pun bersama branula di tangan, lepas tu admit hospital balik.

Tahun ini (2013) deno tak dapat sambut raya aidil fitri di rumah dan beraya di hospital sebab sakit.. tapi hari raya korban tahun ni deno sihat, alhamdulillah dapat sambut raya dan bersama keluarga  :)

Tahun lepas dan tahun ini terbalik la... hihi^^


p/s: harap2 tak admit hospital lagi....


Apa Yang Best Dan Tak Best Raya Di Hospital

Selamat petang semua:)

Haaaa...... korang dah fikir ke nak makan apa berbuka nanti? deno cadangkan pada ma buat mi rebus.. ma cakap boleh jugak.. emmm.. nyum2! "terbayang mi rebus"

tadi kan, deno duk chat2 dengan rakan2 SLE kat facebook.. memang ada group untuk patient SLE.. kitaorang berbual-bual pasal sambut raya kat hospital ni.. macam ni la nasib kita-kita yang ada SLE ni, bila "dia" nak menyerang, memang tak ikut masa... time nak raya pun boleh... hihik :)


rupa-rupanya ramai juga yang pernah beraya di hospital... sebenarnya ada juga perkara best raya kat hospital..hihik :p

Best Raya Di Hospital

Dapat hamper besar dari pihak hospital

VVIP datang melawat dan dapat hamper lagi

Dapat lebih banyak duit raya bila saudara datang melawat


Tak Best Raya Di Hospital

Tak dapat sembahyang raya

Tak dapat pergi beraya rumah saudara-mara

Tak dapat makan-makan yang sedap-sedap macam nasi minyak, satey, nasi himpit, nasi dagang, nasi tomato... pergh... best2

Tak boleh makan kuih raya yang ada banyak kat rumah



kesimpulannya raya kat hospital memang sangat tak best!!!



p/s: semua orang tak suka raya di hospital kan? :)