Showing posts with label Recormon. Show all posts

Banyak Kali

Baru je lepas kena cucuk 2 jarum^^ Btw, tadi tengok kat kotak komen, uncle wafa nak tahu berapa banyak deno kena cucuk seminggu....


Ok bagi yang nak tahu ubat deno tu namanya Recormon. Ubat ni fungsinya untuk meningkatkan hormon sel darah merah (hemoglobin). Darah merah deno kurang, sebab tu kena ambil ubat ni... Haaaa... Ni dia jarum-jarumnya, dah sekali dengan ubat yang perlu inject tu.. Setiap bulan kena amik kat hospital ~


Okey, sebelum ni deno kena inject ubat ni 3 kali seminggu, jadi bila dah makin rendah HB deno, terpaksa la cucuk 4 kali seminggu... Soooo.. Korang kira la berapa kali sebulan deno kena inject ya.. Hihihi :p Deno tak inject sendiri, my bloved mama tolong inject. Dah macam nurse deno tengok ma, deno tak berani inject sendiri. Kalau CAPD and dressing deno boleh buat sendiri, bila berkaitan inject ni... Alahai tak berani! ^^


p/s: harap2 lepas ni HB naik la, bleh kurang kena inject kan... heheh.. :p


Ubat HB


2minggu lagi. Biasanya jumpa doktor 3 bulan sekali tapi kali kena setiap bulan sebab kes hemoglobin (sel darah merah) yang sangat rendah.. Baru2 ni HB deno hanya 5.8. Nasib baik tak admit, biasanya kalau terlalu rendah perlu admit dan tambah darah. Tapi doktor bagi peluang lagi, just cucuk ubat..

Ubat tu namanya Recormon. Jarumnya kecik je, deno perlu cucuk setiap minggu untuk pastikan HB deno naik.. Deno cucuk sendiri? Ohh tidak.. tidak... Deno tak berani! Biasanya my mum tolong.. hehe..

Tak sakit pun, tahu2 dah siap. Pandai ma cucuk! hihi ^_^



p/s: harap2 HB deno naik :)



My Recormon


Petang tadi deno ke hospital.. *hospital lagi?

ke hospital sebab nak ambil ubat recormon ni...



ubat ni ambil di hospital.. sampai rumah simpan dalam peti sebab recormon perlu tempat yang sejuk^^

sebenarnya deno perlu cucuk ubat recormon ni untuk hormon meningkatkan sel darah merah.. HB (hemoglobin) iaitu sel darah merah deno sangat rendah.. sekarang pun HB deno masih rendah.. baru-baru ni ke hospital HB deno hanya 9..  

sejak tahun 2001 sampai sekarang still amik ubat ni sebab HB selalu rendah.. pernah HB deno tinggal 5 terus kena masuk darah ikut line.. kalau HB terlalu rendah biasanya deno akan semput, badan jadi lemah, muka pun pucat.. sebab tu perlu cucuk ubat ni..


setiap minggu kena cucuk recormon ^_^



p/s: sakit? tak la.. sakit sikit je.. hihi ^^


Ubat tukar @ Tukar ubat


tukar lagi??
hari nie deno ke hospital
macam biasa la..  tiap2 minggu ke hospital
tapi hari nie lain sikit, ubat biasa da ditukar pula......

ini ubat biasa deno
perlu di inject 3 kali seminggu, ini ubat untuk menambah sel2 darah merah...

RECORMON


tapi hari nie lain pula
nurse cakap bekalan ubat recormon ni da xpakai
guna jenis yg nie pula, lagi sakit tau... 
boleh tahan la sampai terkejut deno bile jarum masuk lengan... 

nie ubat terbaru
fungsinya sama sj...

EPREX 





AuocHHH!
sakiT!!!
http://www.emocutez.com