Showing posts with label Redha. Show all posts

Hadiah Allah


Walaupun mengidap SLE dan belum ada ubat yang boleh menyembuhkannya tapi deno rasa bahagia, tak bimbang, tak rasa sedih.. Kenapa? Sebab REDHA. Betapa ajaibnya kuasa redha..... Deno tak rasa sakit tu membebankan deno tapi deno anggap ianya "hadiah" Allah untuk deno..

Tiada manusia di bumi Allah ni yang tiada ujian, dugaan cuma ujian kita berbeza.. Korang semua mesti dapat "hadiah" dari Allah juga kan? Deno redha, tapi bukan bermaksud pasrah dan menyerah... Allah tak zalim, setiap perkara yang berlaku kat kita ada hikmah di sebaliknya yang kita tak tahu.. Ujian yang tandanya Allah sayang kita, Allah rindu kita, Allah nak kita ingat padaNYA, Allah nak kita dekat padaNYA.. 

Redha.. Bila kita redha, sesusah manapun kita akan bahagia.. 

Dan benarlah Redha ertinya Bahagia -->> 


p/s: Allah is the best planner for us :')


Redha Ertinya Bahagia :')

Sebenarnya dah lama deno nak tulis entry ni.. Baru hari ini ada peluang ... :')


Tahun 2001 

Imbas kembali saat itu....

xxxxx


Usai solat, aku berehat di hadapan televisyen. mata aku sahaja yang merenung televisyen tetapi fikiranku jauh melayang memikirkan perkara lain sehinggakan mama bercakap dengan aku pun, aku tak sedar.. pandangan aku kosong

mungkin mama perasan dengan kelakuan aku dan keadaan aku, tiada langsung senyuman terukir di bibirku.. biasanya bila di rumah akulah orang yang paling ceria.. tiba-tiba mama menegurku 

"adik.. adik rasa macam mana, adik rasa sihat?" mama bertanya sambil tersenyum. "emm.. ok" jawab aku sepatah.. begitulah mood aku sejak aku pulang ke rumah.. sepatah mama dan abah tanya, sepatah aku jawab, aku tiada mood langsung nak bercakap.. tambahan pula aku belum sihat sepenuhnya..

"kenapa ni... kenapa diam je ni.. meh sini adik, duduk dekat ma.."  aku turutkan saja... aku baring, kepalaku di atas ribaan mama.. tiba-tiba mata aku berkaca-kaca, aku tak tahu kenapa aku rasa sedih tiba-tiba, aku rasa sungguh sebak

"eh.. adik! adik sakit?!" ma terkejut melihat aku. aku menggeleng.

"ma... kenapa deno dapat sakit ni... kenapa deno kena mesti lalui semua ni.." tanya aku pada ma. "deno tak tahan kalau sakit selalu macam ni.. kenapa deno tak mati?"

"eh.. kenapa cakap macam ni..." mama merenung aku tanpa berkelip, ada riak risau di wajah bonda yang kusayangi itu...

"ma.. deno penat.. ma... hari tu masa deno kat picu, abah cakap nafas deno dah berhenti, jantung deno dah berhenti.. kenapa masa tu Allah tak ambil terus nyawa deno.. biar deno rehat, biar deno tidur selama-lamanya.. deno takkan sakit lagi.. deno penat, penat dengan sakit ni.. sakit sangat.. rasa tak larat nak tanggung semua ni lagi.. sakit ma.."  akhirnya keluar juga apa yang aku pendam-pendamkan selama ini..

Air mata aku tak dapat ditahan-tahan lagi lantas aku memeluk ma....kolam air mataku yang bertakung lama akhirnya pecah jua.. aku terlalu sedih.. Allah,berat sangat rasanya...  hanya Allah tahu betapa hati aku pilu dan sedih..

"adik.. kenapa cakap macam ni.. " ma terkejut dengan soalan aku yang bertubi-bertubi

"adik.. adik sakit ni ujian dari Allah.. setiap ujian daripada Allah, tandanya dia sayangkan adik, ada hikmah adik sakit.. DIA uji adik, DIA nak adik sabar, adik tabah... ramai orang di dunia diuji Allah, tapi adik diuji sakit.. Kita tak tahu ramai orang yang ujiannya lebih berat adik..."

"adik mesti kuat.. ramai orang yang sayangkan adik, perlukan adik.. abah, ma, kaklong, kakngah, kak obi, kak ana... kawan-kawan.. doktor semua sayang adik.. "

"tapi.. tapi..." kata-kataku tersekat-sekat

"Dah adik jangan fikir lagi.. adik kuat kan.. ma tahu adik kuat, anak ma sayang ni memang kuat" mama memeluk aku dengan erat. aku tak dapat berkata-kata, lidahku kelu, esakku semakin kuat, air mataku mengalir laju.. keluar juga apa yang aku pendam sejak aku mendapat sakit ini.. 

hari ini aku berasa lega dapat meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku selama ini......


xxxxx


Bermula saat tu, deno belajar untuk redha.... Alhamdulillah deno dapat terima dengan ikhlas sakit ini ketika deno berumur 12 tahun :') 


xxxxx


Redha..

Redha bukanlah bererti hanya pasrah. Kita berdoa, selain itu kita berusaha. Berusaha means berusaha untuk lebih sihat, jaga kesihatan baik-baik. Jumpa doktor on time dan jangan tinggalkan ubat. Sekurang-kurangnya dengan ubat.. diri ini lebih sihat dan bertahan dengan izin Allah.. Terima seadanya sakit dengan ikhlas...

Datanglah dugaan sakit dan apa sahaja dugaan.. deno terima. Tipulah kalau deno tak rasa sedih, rasa nak give up sebab sakit ni..  Sampai sekarang pun rasa tu masih ada.. Normal la kan, normal bila kita dalam keadaan depressed dan sakit.. Tapi deno cuba untuk jadi positive balik, sebab deno tahu bila kita positive kita akan ok dan cepat sembuh. Deno sedar dan rasa bersyukur, deno sempat merasa nikmat kesihatan selama 10 tahun sebelum mula sakit.. Ada bayi yang lahir2 sahaja dah sakit macam baby Chong Ko Hong kat depan katil deno di WAD KK1 dulu.. Rasa bersalah mahu mengeluh.. Sepanjang deno sakit 14 tahun ini, paling teruk pun bila stress deno akan menangis.. Selepas menangis deno akan lega, rasa hilang beban dalam hati.. Sebolah-bolehnya deno taknak ada pressure lama2 sebab SLE ini akan aktif bila patients dalam keadaan stress. Pengorbanan keluarga juga  buatkan deno lebih semangat, rasa kuat nak melawan sakit.

SLE.. menyebabkan both kidney deno rosak, deno terpaksa buat rawatan CAPD.. sampai sekarang, deno masih dengan rawatan CAPD.. Setiap hari, 4 kali setiap hari.. penat? Memang penat tapi deno tak layan sangat rasa penat tu sebab kalau dilayan satu kerja pun tak jadi... dan rawatan itulah juga yang bantu deno sihat sekarang... Ringkasnya SLE telah menyerang otak, sendi, kulit, jantung, darah dan paling teruk kidney. Sampai sekarang pun deno masih bertemu doktor. Alhamdulillah, Allah bagi deno sabar dengan semua ujian tu.. Last sekali deno beraya di hospital pada bulan Syawal baru-baru ini.. Memang sedih, tapi deno redha.. janji deno sihat.

Redha ertinya bahagia.. Bila redha, kita akan tenang.. Deno tak rasa sakit tu membebankan, deno cuba menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin walaupun kadang2 deno sakit juga. Biasalah SLE ni, sakit tu perkara biasa. Deno akan berusaha supaya lebih sabar dan kuat dalam mengharungi hari2 yang mendatang dan boleh menjalani hidup seperti orang lain walaupun sakit .. Deno selalu diperli, macam-macam orang kata, pernah ditengking di hadapan kelas, diejek, dipandang rendah.. Susah orang faham dengan SLE.. Hanya abah, ma dan keluarga yang faham, yang tahu how struggle deno di hospital, yang lihat deno sakit. Hmm biarlah, orang tak faham.. Dengan rutin menelan berpuluh ubat, buat rawatan CAPD yang memenatkan, syukur masih di sini.... masih bernafas, masih ada peluang melihat wajah abah ma setiap hari, masih diberi peluang mengucapkan "alhamdulillah" 

Sungguh ajaib kuasa redha kan? :')  Deno sentiasa ingatkan diri, ramai lagi di luar sana yang ujiannya lebih berat daripada deno dan itu semua rahsia Allah.. Allah tidak akan zalim pada hambaNya, setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya.. Hanya Dia tahu yang terbaik untuk kita.. bersangka baiklah pada Allah, Allah tidak akan menguji kita lebih dariapda kemampuan kita.

Walaupun belum ada ubat yang boleh menyembuhkan SLE, tapi ada "ubat" dengan berdoa kepadaNya..... kan :')



**Terima kasih kawan2 yang sentiasa support dan mendoakan Dayang Deno.. love and hugs!