Showing posts with label Redha Ertinya Bahagia. Show all posts

Hadiah Allah


Walaupun mengidap SLE dan belum ada ubat yang boleh menyembuhkannya tapi deno rasa bahagia, tak bimbang, tak rasa sedih.. Kenapa? Sebab REDHA. Betapa ajaibnya kuasa redha..... Deno tak rasa sakit tu membebankan deno tapi deno anggap ianya "hadiah" Allah untuk deno..

Tiada manusia di bumi Allah ni yang tiada ujian, dugaan cuma ujian kita berbeza.. Korang semua mesti dapat "hadiah" dari Allah juga kan? Deno redha, tapi bukan bermaksud pasrah dan menyerah... Allah tak zalim, setiap perkara yang berlaku kat kita ada hikmah di sebaliknya yang kita tak tahu.. Ujian yang tandanya Allah sayang kita, Allah rindu kita, Allah nak kita ingat padaNYA, Allah nak kita dekat padaNYA.. 

Redha.. Bila kita redha, sesusah manapun kita akan bahagia.. 

Dan benarlah Redha ertinya Bahagia -->> 


p/s: Allah is the best planner for us :')


Entri "Redha Ertinya Bahagia" Di-Review Blogger Bubblynotes.com

Deno menang segmen daripada kakfarah, dan entri Redha Ertinya Bahagia jadi pilihan deno untuk kak farah review :)

Ingat tak? Entri deno yang bertarikh 22 Ogos 2013 tu.. Entri deno yang bertajuk "Redha Ertinya Bahagia"


Salah satu perenggan dalam review daripada kak farah...

"Allah menghadiahkan musibah ke atas hamba-Nya sebagai tanda sayang, kerana Dia tahu hamba-Nya mampu untuk menyelesaikan setiap musibah yang diberikan. Setiap masalah yang ada di muka bumi ini ada jalan penyelesainnya, jika kita manusia berusaha mencari solusinya. Jika kita enggan menerima musibah daripada Allah, siapakah kita ini? Sedangkan nabi2 Allah, termasuk kekasih Allah Nabi Muhammad SAW juga menerima musibah yang hebat semasa hayat mereka."

Berbalik kepada apa yang Deno katakan Redha Ertinya Bahagia... continue....


*Jom kita sambung baca review kak farah pada entri deno ... klik