Dayang Deno: Resipi Cucur Ikan Rangup
Showing posts with label Resipi Cucur Ikan Rangup. Show all posts
Showing posts with label Resipi Cucur Ikan Rangup. Show all posts

11.9.13

Resipi Cucur Ikan Rangup Dan Pedas
September 11, 2013 16 Comments
Deno ada janji kan nak share resipi cucur ikan baru2 ni... Ok, ini resipi deno.. :) Senang dan simple je cara buat cucur ikan ni ~

Bahan-bahan :
  1. Tepung gandum
  2. Telur
  3. Bawang
  4. Daun kucai
  5. Cili api (atas korang nak kepedasan macam mana)
  6. Ikan yang telah digoreng (ikan selar kuning atau ikan apa2 je la korang nak)
  7. Garam secukup rasa


Cara-cara :
  1. Goreng ikan macam biasa.. Goreng garing sikit. Bila dah masak, isi ikan diasingkan daripada tulang. Racik2 sikit.
  2. Hiris bawang
  3. Potong kecil-kecil 2-3 biji cili api.. (kalau nak lebih pedas letak lebih cili)
  4. Campur semua bahan dalam mangkuk (tepung, telur, hirisan bawang, daun kucai, cili api dan garam secukup rasa) dan kacau semua bahan tu..
  5. Masukkan isi ikan tadi. Kacau2 lagi. Then bolehlah panaskan api. Goreng adunan cucur tadi..... Biar sehingga kuning keemasan, kemudian angkat. 


Sedia untuk dimakan panas-panas! Makan dengan sos cli maggie atau sos life. Memang best!


Reading Time: